Baru nak merasai kehidupan di dunia, apalah nasib Dia lebih menyanyangimu si kecil manja. Itulah yang dihadapi oleh seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemui di dalam lubang tandas di Terminal Sentral Kuantan (TSK) kira-kira jam 9.00 pagi Isnin.
Menurut pemandu teksi yang berpangkapan di TSK, wan Subhi Wan Jusoh, 54, pekerja wanita itu menjerit menyatakan terdapat tandas yang bertakung dengan air bercampur darah dan apabila dipam, air tersebut melimpah keluar dari mangkuk tandas.
Pada mulanya mereka sangka ada yang membuang tuala wanita sehingga berlakunya tandas tersumbat, tapi setelah diperiksa, ia kelihatan seperti ada uri terapung di dalam tandas menyebabkan mereka membuat keputusan menggunakan dawai untuk mengambil uri tersebut.
Namun setelah uri selesai dikeluarkan, tandas itu tetap tersumbat menyebabkan mereka menyesyaki ada bayi tersangkut kerana melihat terdapat tali pusat di situ dan terus menghubungi polis.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohamad Noor Yusof Ali berkata pihaknya sudah meneliti rakaman kamera tertutup (CCTV) di terminal itu dan mendapati terdapat seorang wanita berbaju hitam masuk ke tandas pada 5.58 pagi bersama beg dan keluar kira-kira setengah jam kemudian dengan memakai baju kurung.
Tambahnya, walaupun dipercayai tidak cukup bulan, bayi lelaki itu sudah cukup sifat dan tandas itu sebenarnya ditutup kepada orang awam sejak Khamis lalu (19 Sept) bagi tujuan penyelenggaraan dan naik taraf.
Bagaimanapun, pihak polis kini sedang mengesan wanita itu yang dipercayai suspek utama kes ini dan berharap orang ramai termasuk pemandu teksi yang ada mengambil penumpang wanita mencurigakan pada awal pagi untuk tampil membantu siasatan.
Mayat bayi itu kemudiannya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk bedah siasat.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran dengan membuang bayi dan boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
SUMBER: Sinar Harian
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Suka Masak Lebih Untuk Bagi Pada Jiran” Wanita Ini Kongsi Resipi Masakan Buat Warga Maya
Berkongsi rezeki bersama jiran tetangga memang amalan yang sangat mulia. Minatnya dalam memasak membuatkan Puan Sharla Rose sentiasa akan menyediakan hidangan lebih untuk jiran tetangganya. Malah dia tidak lokek berkongsi resipi masakkanya di sosial media. Ikuti perkongsian ini.
Suka masak lebih bagi kat jiran-jiran sebelah rumah, bagi anak-anak jiran yang main sama dengan ank kita.. kongsi rezeki.. Tapi kadang ada rasa risau takut jiran tak selesa.. ada tak org tak suka kalau kita selalu bg makanan?
Saya tak minta balas pun.. sebab tu memang beli bekas plastik banyak kat rmh.. tak guna tupperware supaya jiran tak rasa segan nak kena balas balik pinggan mangkuk kita. Siap pesan kat jiran “jangan ngada-ngada nak balas ya😅makan je😁” harap jiran tak rasa kurang senang la kalau kita slalu bagi makanan.. sebab niat nak kongsi rezeki..❤️
Yang mana tanya saya jual ke? saya tak berniaga, ni semua untuk makan sendiri..Bab food coloring tu saya tak buat selalu.. kadang-kadang je buat kuih atau desert warna warni ni.. untuk anak-anak.
TRIFFLE PUDING COCKTAIL 🍰
Bahan-bahan untuk 1 adunan:
1 roll kek gulung (tak kisah perisa apa2 pun)
1 tin buah cocktail
1 paket kristal jelly (sy guna perisa Red Berry, EPal, Manggo)
5sb tepung custard
1 tin susu cair
Gula ikut sesedap rasa
selasih (optional)
Cara menyediaknnya:
1. potong dan susun roll cake dlm bekas.
tuang air buah cocktail sikit2 menggunakan sudu ke atas kek yg disusun dlm mangkuk.
2. Masukkan susu cair ke dlm periuk sehingga mendidih, bancuh 400ml air dgn 5 sudu tepung custard..masukkan ke dlm periuk bersama susu cair yg dh mendidih tadi.. Kacau atas dapur hingga kental dgn api yg perlahan. Sentiasa kacau supaya tak hangit. Dah agak kental. Curahkn atas kek yg dah susun tadi. Ratakan.
3.Tuang buah² cocktail ats lapisan custard. Ratakan. Boleh tambah selasih klu suka.
4.masak kristal jelly dgn 400ml air, sedikit gula. Dah larut semua tapis curah slow² atas lapisan cocktail. Mskkn dlm peti sejuk.
😍🍰❤️doneee..
KUAH ROJAK BUAH HOMEMADE ❤️
❤️1 botol kecil sos cili
❤️1 botol kecil kicap manis
❤️1/2 botol kecil sos tomato
❤️1 Senduk cili kisar
❤️1/2 botol otak udang
❤️1/2 inci belacan bakar
❤️sedikit air asam jawa
❤️2 sudu tepung jagung (bancuh dgn sedikit air)
❤️3 sb gula melaka (ikut citarasa, nak manis blh tmbh lg)
❤️3 sb gula putih (ikut citarasa, nak manis blh tmbh gula lg)
❤️1 cwn bijan(goreng smpi garing keemasan)
❤️3 cwn kacang(di goreng dan dikisar)
- Kacau semua bahan hingga kuah menjadi pekat dan berkilat..masukkan bijan yg sudah digoreng.. biarkan mendidih menggunakan api kecil..sejukkan dan blh simpan di dalam peti..
- Potong buah, tuang kuah rojak ke atas buah dan taburkan kacang..😊❤️
MACARONI MEATBALL CHEESE BAKED❤️
Bahan-bahan:
-350gm macaroni (direbus hingga sedikit lembut bersama sedikit minyak masak)
-1kg meatball (ank suka byk meatball jadi sy letak 1kg..boleh kurangkan 1/2kg)
-250gm mozzarella cheese
-6 keping cheddar cheese
-350gm prego bolognese tomato
-1 biji bawang holland (cincang)
-3 biji bwg putih (cincang)
-capsicum (merah & kuning)
-cendawan butang 1 cwn (boleh juga nak masukkan carrot/brokoli)
-1 cwn susu cair/susu segar (optional)
-1/2sb Parsley
-1/2sb Oregano
-1/2sb lada sulah
Cara penyediaan:
1.Panaskan minyak/butter.. tumis bawang holland dan bawang putih hingga sedikit garing..
2.masukkan sos prego, kacau hingga mendidih,
3.masukkan meatball, gaul rata bersama sos prego.. kemudian masukkan capsicum dan cendawan (boleh juga masukkan carrot/brokoli) dan masukkan susu cair/fresh milk..
4.masukkan perasa, 1/2 sb lada sulah..1/2 sb oregano dan 1/2sb parsley
5.akhir sekali masukkan macaroni dan gaul hingga sebati..
6.masukkan macaroni tadi ke dalam bekas (foil/loyang)
7.letakkan cheddar dan taburkan mozzarella cheese di atasnya..
8.Kemudian bakar dlm oven selama 170° 20minit..
siappp.. 😊❤️
SENGKUANG CALIT❤️
❤️6 sb sos cili
❤️1/2 cwn kicap manis
❤️6 sb sos tomato
❤️5 sb cili kering kisar
❤️3 sb otak udang
❤️1/2 inci belacan bakar
❤️sedikit air asam jawa
❤️2 sudu tepung ubi (bancuh dgn sedikit air)
❤️4-5 sb gula melaka (ikut citarasa, nak manis blh tmbh lg)
❤️3 sb gula putih (ikut citarasa, nak manis blh tmbh gula lg)
❤️1 cwn bijan(goreng smpi garing keemasan)
❤️3 cwn kacang(di goreng dan dikisar)
- Kacau semua bahan hingga kuah menjadi pekat dan berkilat..masukkan bijan yg sudah digoreng.. biarkan mendidih menggunakan api kecil..sejukkan dan blh simpan di dalam peti..
- Potong sengkuang, sapu kuah petis ke atas buah, dan taburkan kacang..
Kredit:Sharla Rose
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Berminat untuk sertai Virtual Pa&Ma Gala Moms bersama artis terkenal secara PERCUMA? Daftar di sini https://toko.ideaktiv.com/product/pama-gala-moms-reunion/
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Setuju Atau Tak, Wajib Pakai ‘Mask’ Di Tempat Awam Mulai 1 Ogos Ini!
Mulai 1 Ogos ini, pelitup muka wajib dipakai di dalam kenderaan awam dan ketika berada di kawasan sesak atau tumpuan umum.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yakub, berkata langkah itu diambil berikutan peningkatan kes jangkitan COVID-19.
Katanya, pemakaian pelitup muka itu diwajibkan di kawasan tumpuan ramai seperti pasar, pasar tani dan pasar raya serta stesen pengangkutan awam.
“Dengan arahan terbaru itu, orang ramai juga boleh memakai topeng muka yang dijahit sendiri tetapi perlu mematuhi spesifikasi yang ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).
“Kementerian Kesihatan akan mengeluarkan spesifikasi untuk topeng muka buatan sendiri itu di media massa dan sosial,” katanya dalam sidang akhbar khas selepas mesyuarat menteri mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Parlimen, hari ini.
WHO benarkan pemakaian pelitup muka dijahit sendiri
Ismail Sabri menjelaskan walaupun pemakaian pelitup muka itu berkuat kuasa 1 Ogos depan, orang ramai digalakkan untuk melaksanakan peraturan itu mulai sekarang.
Katanya, sebelum ini kerajaan tidak mewajibkan pemakaian pelitup muka kerana mengambil kira golongan kurang berkemampuan.
“Ini kerana pemakaian pelitup muka adalah pakai buang yang sebaiknya digunakan untuk setiap keping bagi tempoh tiga jam atau sekurang-kurangnya sehari.
“Kini, WHO benarkan pemakaian pelitup muka yang dijahit sendiri, maka kerajaan memutuskan mewajibkan pemakaiannya di kawasan tumpuan awam dan dalam pengangkutan awam sama ada di darat, udara dan laut,” katanya.
Sumber: Berita Harian
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Daki Gunung Bersalji Tapi Masih Gigih Menyusukan, Suami Isteri Ini Kongsi Pengalaman Aktiviti Outdoor Dengan Bayi
Walau pun di mana berada, ibu tetap ibu. Mendaki dan kembara dalam cuaca sejuk tidak mematahkan semangat ibu ini untuk terus memberikan susu ibu kepada anaknya. Aktiviti outdoor diperkenalkan sejak anak berusia 3 bulan memberikan kesan positif.
Puan Nabeelajay tetap memberikan ‘titisan emas’ susu ibu buat si buah hati, Cinta Nabeela, 1 tahun, walau pun sedang dalam pendakian dalam suhu yang sejuk. Suaminya, Muhamad Riduwan turut menyatakan rasa terharu melihat pengorbanan Nabeela dan turut berkongsi beberapa tips kembara dengan anak kecil.
Suhu negatif, anak menyusu ketika dia mahu/ lapar. Bukan boleh ikut jadual
Dalam masa 3-4 jam mesti menyusu 2-3 kali. Terharu sampai menitik air mata tengok isteri menyusukan anak on trek masa salji turun.
Cinta elok. Tak ada masalah acute mountain sickness (AMS) dan hypoxia ketika berada di altitud tinggi.
View this post on InstagramA post shared by Wild Adventurer ? (@pakatanbejalan) on
Nabeela sendiri mengakui ia bukan mudah. Dia pernah digigit anak semasa menyusu dalam cuaca sejuk me tetapi dia nekad memberikan Cinta susu ibu kerana mahu anaknya menerima kebaikan susu ibu yang menguatkan antibodi.
Sakit badan dan buka baju dalam cuaca sejuk -10 hingga -15. Anak pula menggigit masa menyusu.
“Pengalaman paling mahal & gila dalam journey breastfeeding setakat ni.”
View this post on InstagramA post shared by @mourel.my (@nabeelajay) on
UMUR 3 BULAN CINTA MULA AKTIVITI OUTDOOR
Puan Nabeelajay yang dihubungi Pa&Ma turut berkongsi yang Cinta telah didedahkan dengan pelbagai aktiviti outdoor sejak berusia 3 bulan. Antara lokasi outdoor yang pernah disertai Cinta bersama mummy & daddy nya ialah Bukit Broga, Bukit Gasing, Chilling Waterfall KKB, Pulau Weh Acheh Indonesia ( ke tengah laut utk snorkelling ), Air Terjun Pria Laot Sabang Acheh dan perkhemahan 4 hari 3 malam di Air Terjun Jerangkang.
PERCUBAAN KE HIMALAYA
“Terkini ialah attempt ke Annapurna Circuit, Thorong La Pass di Himalaya, Nepal pada ketinggian 5400meter, tapi tak sampai disebabkan cuaca angin yang sangat kuat dan salji tebal. Cuma sampai ke ketinggian 3500meter di Manang.
INGIN MENAWAN GUNUNG FUJI
“Untuk training memang kami bawa dia hiking ke bukit-bukit kecil dan ajar dia biasa duduk dalam carrier masa berbasikal. Swimming 3 kali seminggu dan biasanya mandi tanpa air suam untuk prepare ke alpine. Insya Allah next kami akan attempt semula ke sana dan Gunung Fuji, Jepun.
SEMASA HAMIL
Semasa mengandungkan Cinta, Nabeela tidak berhenti melakukan aktiviti outdoor. “Masa preggy saya cuma byk berjalan. Hiking hanya bukit kecil di Phuket. Masa pregnant saya cuma ada kencing manis (gestational diabetes mellitus -GDM). Apa yang saya lakukan ialah kawal pemakanan dan monitor gula dalam darah serta memperbanyakkan senaman.”
PENGALAMAN BAWA BAYI BERSAMA
Beliau turut berkongsi pengalaman membawa Cinta bersama ke trip pendakian.
Bila sampai guesthouse Cinta bertenaga dan ajak untuk bermain. Mesti spend masa dengannya.
MANFAAT AKTIVITI OUTDOOR KEPADA ANAK
“Benefit kepada anak kalau bawa ke outdoor dan nature bagi saya ialah dapat mengelakkan penggunaan gajet dan ketagihan gajet pd. Mereka akan lebih tertarik nak explore nature dan benda-bendabaru semasa travel. Macam anak saya suka tengok jenis-jenis pokok yang jarang dia nampak, tengok sungai mengalir sambil kita boleh ajar tentang alam (pendidikan tidak formal). Nature membuat mereka aktif dari segi mental dan fizikal. Udara yang segar jauh dari pencemaran alam di bandar,” kata ibu ini.
Dalam masa yang sama ibu bapa boleh mengenal potensi diri anak. Mengetahui minat mereka tentang alam dan geografi serta sifat anak sama ada visual, auditory atau kinestetik. “Aktiviti ini juga dapat meningkatkan social skill anak dan mengeratkan hubungan keluarga. Anak membesar dengan sifat lebih peka dan sensitif.Bagi saya bawa ana-anak ke nature dan travel sangat bagus untuk perkembangan anak pada masa kini dan akan datang,” kata Nabeela.
Sumber: nabeelajay & pakatanbejalan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI