
Adalah suatu perkara biasa bila mana ada wanita hamil berasa takut atau fobia untuk bersalin. Lebih-lebih lagi jika pernah mendengar pengalaman bersalin daripada keluarga, kawan atau melihatnya di media massa dan media sosial.
Tahukah anda perasaan takut itu akan memberi kesan tidak elok kepada proses kelahiran yang bakal berlangsung? Perasaan takut menjadi mesej dan diproses sebagai ketakutan yang amat dahsyat dan memberi kesan buruk kepada emosi ibu dan bayi dalam kandungan
1. Hormon stres terhasil
Apabila perasaan takut tidak dapat dinyahkan daripada fikiran anda, sistem pertahanan badan akan menghasilkan hormon stres catecholamine.
2. Darah dan oksigen sukar melalui plasenta
Apabila hormon catecholamine dirembeskan, saluran darah di sekitar rahim akan menjadi tegang dan sempit lalu menyukarkan pengaliran darah dan oksigen ke plasenta untuk kegunaan bayi.
3. Rahim tidak berkontraksi
Kesan buruk akibat proses ini akan menyebabkan rahim tidak dapat bekerja dalam keadaan normal. Otot di kawasan rahim tidak boleh meregang lalu mengakibatkan bukaan rahim terganggu. Kesannya, anda mungkin perlu melahirkan secara pembedahan caesarean
- 4. Kekurangan oksigen
Kekurangan bekalan oksigen ke kawasan rahim bermaksud kekurangan bekalan oksigen pada bayi. Lalu boleh menjadi punca risiko bayi lemas sebelum dilahirkan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Virus Dah Merebak 1-2 Hari Sebelum Bintik Timbul, Ambil Masa 2 Minggu Untuk Sembuh

Virus cacar air juga dikenali sebagai virus varicella. Ia adalah virus sama yang menyebabkan kayap. Ia merupakan penyakit yang senang berjangkit dan boleh merebak daripada seorang ke seorang. Seseorang yang dijangkiti virus ini akan mengalami demam dan timbul ruam lepuh (blisters). Ianya merebak:
Melalui udara apabila seseorang yang menghidap cacar air itu mengalami batuk atau bersin.
Dengan menyentuh atau bernafas masuk “partikel virus” yang terdapat pada cecair yang keluar daripada lepuh (blister) .
Apakah tanda dan gejala?
Anak anda akan mendapat cacar air 10-21 hari selepas terdedah kepada seseorang yang mengidap cacar air. Cacar air boleh merebak 1–2 hari sebelum ruam kelihatan pada orang yang di jangkiti sehingga semua ruam kering. Kebanyakan kanak-kanak mengalami jangkitan yang tidak serius. Namun jangkitan cacar air bagi orang dewasa,remaja serta anak kecil kurang dari setahun boleh menjadi lebih serius.
Gejala:
- Demam, rasa tidak sihat dan letih lima hari sebelum ruam timbul.
- Ruam bermula bintik merah yang kecil dan gatal (seperti jerawat) pada semua badan termasuk mulut. Biasanya ruam bermula di dada dan belakang, kemudian merebak ke muka, kepala, kedua-dua lengan dan kaki.
- Dalam masa 24 jam, ruam-ruam akan kelihatan seperti lepuh air (blister), kemudian pecah, kering dan menjadi keruping (4 -5 hari).
- Bintik-bintik baru akan terus timbul untuk lima hari dan mengambil masa dua minggu untuk hilang.
Cacar Air
Biasanya jangkitan cacar air ini menghasilkan pelalian seumur hidup. Walau bagaimanapun, virus ini mungkin bersembunyi dan berulang sebagai kayap (shingles) kepada orang dewasa dan kadang-kala kepada kanak-kanak.
Apakah komplikasinya?
Biasanya cacar air ialah masalah kesihatan ringan bagi kanak-kanak dan kebanyakannya akan pulih.
Walau bagaimanapun, sesetengah orang berisiko mendapat komplikasi yang teruk, iaitu bayi yang baru lahir, orang dewasa dan seseorang yang mempunyai sistem pertahanan badan yang lemah.
Komplikasi lain yang boleh berlaku termasuk:
- Jangkitan kuman pada kulit.
- Jangkitan pada darah (blood stream infection).
- Radang paru-paru.
- Keradangan otak (“encephalitis,cerebellar ataxia”).
Bagaimana jangkitan cacar air dirawat?
Amnya:
- Elakkan anak anda ke sekolah atau taman asuhan kanak-kanak sehingga ruam menjadi berkerak (lebih kurang tujuh hari daripada permulaan ruam). Jika tidak kemungkinan kawan-kawannya akan turut dijangkiti. Elakkan dari naik kapal terbang pada masa ini.
- Ambil ubat paracetamol untuk mengurangkan demam.
- Minum banyak air masak.
- Ambil makanan yang seimbang.
- Sentiasa membasuh tangan.
Untuk rasa gatal:
- Sapu losen kalamine di tempat ruam.
- Potong kuku pendek untuk mengelakkan kecederaan kulit semasa menggaru.
- Ubat antihistamine mungkin diberi oleh doktor jika rasa gatal yang teramat sangat sehingga anak anda tidak dapat tidur.
Ubat antivirus untuk cacar air (dalam bentuk makan) boleh didapati dan selalunya akan diberi oleh doktor kepada mereka yang berisiko mendapat jangkitan yang teruk, iaitu:
- Berumur 12 tahun ke atas.
- Mengidap penyakit paru-paru/kulit yang kronik.
- Mereka yang menjalani terapi lama dengan mengambil ubat “salicylate” seperti aspirin.
- Mereka yang menjalani terapi steroid sama ada jangka pendek atau berkala (dalam bentuk sedut).
- Segolongan ibu-ibu mengandung.
Bagaimana cacar air boleh dicegah?
Cacar air boleh dicegah dengan suntikan pelalian.Vaksin “varicella” ini tiada di dapati dalam program immunisasi sekarang akan tetapi terdapat pada sektor swasta. 2 dos diperlukan, suntikan pertama pada usia 12-18 bulan dan suntikan kedua pada usia 4-6 tahun.
Bayi yang baru lahir di mana ibunya mendapat penyakit cacar samada 5 hingga 7 hari sebelum atau 5 hingga 7 hari selepas bersalin perlu diberi profilaksis.
Jika anda mendapat cacar air, elakkan jangkitan kepada orang lain dengan tidak pergi ke sekolah atau ke tempat kerja sehingga lepuh menjadi kering dan berkerak.
Vaksin juga boleh diberi kepada anak anda yang belum pernah dijangkiti penyakit ini jika terdedah kepada individu yang menghidap cacar air untuk mengelakkan anak anda daripada mendapat penyakit ini. Sila berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat.
Seseorang yang berisiko mendapat cacar air yang teruk (bayi yang baru lahir, yang mempunyai sistem pertahanan badan yang lemah, wanita mengandung) yang terdedah kepada seseorang yang mengidap cacar air, mungkin diberi antibodi dalam bentuk immunoglobulin untuk memberi perlindungan segera.
Kredit: Portal Health
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Jangan ketinggalan okay! Teruskan menyokong kami di @majalahpama #majalahpama #pamasuperbhuffaz
Buat pertama kalinya BINTANG KECIL membawa anda menyaksikan kisah magisnya ciptaan Allah di samping mendekati kehidupan para sahabat nabi dan tokoh ilmuwan di dalam siri Hikayat 1001 Malam yang disokong sepenuhnya dari TATEH. Saksikan setiap hari sepanjang bulan Ramadan ini istimewa bersama PU RIZ dan team BK Squad di Youtube Channel Bintang Kecil bermula 1 Ramadan pada jam 6.30 petang. Jangan ketinggalan! Follow @bintangkecil #bintangkecilmy #bintangkecil #1001Malam
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jangan Bagi Anak Makan Kicap, Nanti Parut Hitam. Eh, Betul Ke?

Mungkin sebelum ini anda pernah mendengar, makan kicap akan buatkan parut luka anda menjadi gelap. Kata-kata ini sudah lama berpindah dari mulut ke mulut tanpa wujudnya penerangan di sebalik mengapa ia boleh terjadi sedemikian. Sikap semula jadi penulis yang gemar mencari jawapan sebenar di sebalik cakap-cakap ini telah membawa kepada satu jawapan yang kukuh. Jika anda juga ingin mengetahui jawapan sebenar bagi dakwaan ini, baca apa yang telah kami sediakan di bawah ini.
Kicap buat parut luka jadi gelap?
Terdapat kepercayaan yang menyatakan jika anda mempunyai parut luka atau mendapat chicken pox, jangan sesekali memakan atau mengambil kicap. Ini kerana dikatakan warna gelap daripada kicap tersebut akan menyebabkan kuping parut menjadi gelap dan meninggalkan parut yang tidak dapat dihilangkan.
Untuk pengetahuan anda, kacang soya mengandungi sejenis asid amino yang dinamakan sebagai tyrosine dan ia boleh menggelapkan warna kulit. Tyrosine akan bertukar menjadi melanin apabila anda terdedah kepada cahaya matahari. Melanin pula adalah pigmen gelap yang bertanggungjawab terhadap warna kulit yang gelap. Walau bagaimanapun, di sebalik kewujudan tyrosine dalam kacang soya, ia masih bukan menjadi penyebab luka anda gelap. Mengapa?
Ini kerana kacang soya bukanlah satu-satunya jenis makanan yang mengandungi tyrosine. Terdapat pelbagai lagi jenis makanan lain yang mengandungi tyrosine seperti keju, daging lembu, daging kambing, ikan, ayam, kekacang dan bijirin penuh. Senang kata, apa yang anda makan setiap hari sebenarnya mengandungi kandungan tyrosine. Anda makan ayam setiap hari, tetapi tyrosine dalam ayam tidak pula menyebabkan tubuh badan anda berwarna merah jambu.
Tyrosine dan fungsinya terhadap tubuh
Fungsi sebenar tyrosine adalah untuk menghasilkan bahan kimia otak bagi membantu sel saraf berkomunikasi dan mengawal selia mood. Tyrosine juga meningkatkan kewaspadaan, perhatian dan fokus seseorang individu. Tubuh badan anda hanya menggunakan tyrosine apabila diperlukan dan pengambilan banyak makanan yang mengandungi tyrosine tidak akan menjadikan tubuh badan anda lebih gelap. Ia juga tidak akan meningkatkan penghasilan melanin dalam tubuh anda kerana anda masih memerlukan sinar matahari untuk menggelapkan warna tubuh. Pokok pangkalnya, tyrosine semata-mata masih tidak akan menggelapkan tubuh anda tanpa pendedahan terhadap sinar UV.
Parut chicken pox bukan sebab kicap?
Ya, kicap bukan penyebab terjadinya parut yang gelap pada chicken pox. Parut akibat chicken pox sebenarnya terbentuk disebabkan oleh aktiviti menggaru yang menjejaskan proses penyembuhannya dan meningkatkan risiko jangkitan bakteria. Sekiranya anda mahu mengelakkan parut gelap akibat chicken pox, jangan sesekali menggarunya. Hilangkan kegatalan yang dialami dengan cara mandian air sejuk atau penggunaan losyen calamine.
Secara logiknya, jika anda menganggap makan kicap boleh buat luka jadi hitam, anda mungkin boleh makan telur untuk jadikan parut anda berwarna putih atau kuning kan? Atau makan sawi hijau untuk menjadikan luka berwarna hijau, baru rare. Tetapi pasti ramai yang tidak mempercayainya. Mengapa? Sebab ramai yang tahu ia tidak logik dan tidak boleh diterima akal. Begitu juga dalam kes kicap ini. Oleh itu, kongsikan artikel ini untuk bantu kami memecahkan mitos yang telah lama membelenggu masyarakat kita. Seiring kita bergerak menjadi anggota masyarakat yang lebih berilmu.
Sumber: Hello Health Group
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Happy Nak Discharge, Tak Sabar Nak Balik Rumah” Mira Filzah Dipuji Cantik Lepas Bersalin!

Selepas 10 hari melahirkan putera sulungnya, Wan Khair Amir, ibu cantik manis ini turut memuat naik gambar thowback selepas bersalin yang ketika itu masih di hospital.
Namun apa yang menarik perhatian ramai pastinya kecantikan Mira Filzah biarpun selepas melalui proses bersalin dan rutin baru berpantang yang memenatkan.
Menerusi Instagramnya, Mira memuat naik dua keping gambar bersama suami dan anak, buat pertama kalinya selepas kelahiran Wan Khair Amir.
“A lil throwback while baby is sleeping.
“Our first official gambar bertiga masa discharge dari hospital minggu lepas,” tulisnya berkongsi.
Meninjau di ruangan komen, ribuan pujian diberikan buat Mira kerana kelihatan cukup berseri selepas bersalin. Malah wajah Mira yang segar jelas menunjukkan tubuhnya yang semakin sihat dan pulih dari proses melahirkan anak.
Teruja Nak Balik Rumah
Pun begitu, Mira turut membalas pujian yang diberikan kepadanya di ruangan komen. Akui Mira, dia begitu teruja untuk bawa baby pulang ke rumah. Disebabkan itulah dia benar-benar bersemangat untuk bersiap cantik.
“Ya Allah jangan cakap macam tu! Mira cuma rasa happy nak discharge, tak sabar nak balik, nak bawa baby balik rumah.
“Bangun awal pun sebab excited nak discharge!
“Sempatlah makeup sikit, belit tudung sikit. Tapi keluar daripada ward sampai je kereta tetap pakai wheelchair. Sama je macam orang lain.
“Tak jalan pun, tak larat. Gambar-gambar ni biasalah boleh berdiri sekejap-sekejap kan,” kongsi Mira.
Seronok mendengar perkongsian dan penjelasan ibu cantik manis ini. Memang terujanya lain macam bila sudah dibenarkan pulang dari hospital.
Terdahulu, Mira selamat melahirkan bayi sulungnya, Wan Khair Amir pada 10 Mei lalu.
Menarik: Satu Bilik Dia Tawaf, Demam Pun Aktif, Anak Kedua Dato’ Siti Nurhaliza Dah Pandai Berjalan
Ketahui fungsi caresat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up! Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI