Ibu mana yang sanggup melihat bayi kecilnya yang baru sahaja dilahirkan pada 22 Mei lalu, terpaksa dimasukkan semula ke hospital selepas kelahirannya kerana masalah jangkitan pada paru-paru.
Inilah yang dilalui Sheera Iskandar bila mana cahaya mata sulungnya, Puteri Long Harrisaa yang terpaksa mendapatkan rawatan di Hospital Kajang sejak sebulan lalu.
Walaupun kini sudah dibenarkan pulang dan semakin sihat, kata Sheera dia mula rasa takut untuk keluar berjumpa dengan ramai orang.
“Selepas bersalin seperti biasa akan ada check up untuk bayi dan ibu, dari situ dapat tahu bayi kami demam panas dan terpaksa dimasukkan ke hospital.
“Memang terseksa rasanya berjauhan dengan anak sendiri lepas bersalin. Apa lagi melihat keadaannya ketika menerima rawatan.
Ads
“Disebabkan dia masih bayi jadi pihak hospital perlu masukkan tiub untuk bantuan oksigen dan ubat. Tak dapat saya bayangkan bagaimana bayi yang baru lahir menerima rawatan sebegitu,” kongsinya sebak dan rasa sayu hati melihat keadaan anaknya.
Tambah membuatkan dia bersedih bila mana keadaan dirinya ketika itu yang masih berpantang dan membataskan pergerakannya untuk melihat anaknya di hospital. Hanya gambar anak tersayang di hospital menjadi pengubatnya.
“Saya pun tak boleh selalu keluar rumah sepanjang anak berada di hospital kerana masih berpantang, jadi hanya melihat gambarnya sahaja.
Ads
“Saya sentiasa berfikiran positif dan sentiasa kuatkan semangat. Dalam fikiran saya perlu sihat untuk menjaga anak,” kongsinya lagi.
Bercerita mengenai jangkitan pada paru-paru yang dialami anaknya itu, dia sendiri tidak pasti dan mengakui tidak berjumpa dengan ramai demi menjaga keselamatan anaknya.
“Selepas bersalin pun saya tak berjumpa dengan ramai orang. Jadi tidak tahu bagaimana anak boleh terkena jangkitan paru-paru.
“Syukur anak kami kini semakin sihat dan sekarang hanya lakukan pemantauan di rumah sahaja. Rasa fobia nak bawa anak keluar itu masih ada,” ceritanya lagi.
Ads
Terdahulu, Sheera mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Mohd Halim Abd Ghani pada 3 Mei tahun lalu. Pasangan ini menyambut kelahiran cahaya mata sulung mereka pada 22 Mei yang lalu.
Setiap ibu bapa mengimpikan untuk mendapat anak yang soleh dan solehah. Anak yang cerdik, lembut hati dan mendengar kata ibu bapanya. Kebanyakan ibu bapa sentiasa mahu memberikan didikan dan ajaran yang terbaik untuk anak mereka.
Bagi yang beragama Islam, mereka sentiasa mengamalkan doa-doa mujarab yang boleh dibaca untuk membentuk anak-anak yang baik dari segi kebijaksanaan dan juga sikap menghormati orang tua. Walau bagaimanapun, sesetengah ibu bapa akan berasa risau dengan persekitaran anak-anak yang boleh memudaratkan masa depannya.
Tetapi, sejauh mana kita boleh memantau anak-anak? Hanya kepercayaan dan doa sahaja yang boleh menjadi pendinding kepada anak-anak supaya terhindar daripada gejala sosial. Jom kita amalkan doa di bawah ini.
Doa untuk melembutkan hati anak yang degil Ibu bapa bolehlah amalkan membaca Surah As-Syura ayat 19
“Allah Maha Lembut takdir-Nya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihan-Nya) terhadap hamba-hamba-Nya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa “.
Baca doa ini 19 kali pada air dan minta anak tersebut meminumnya. Insya-Allah perangai anak yang degil akan berubah kepada baik dengan izin Allah.
Boleh juga baca doa ini pada ubun-ubun anak itu ketika dia tidur.
Doa untuk anak lembut hati, pintar dan soleh Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200 dari Surah Ali Imran yang bermaksud:
“Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”
Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir ‘Ya Hayyu, Ya Qayyum, Ya Latiff dan Ya Rahman’ berulang-ulang.
Atau baca Surah al-Fatihah, surah Taha ayat 1 sehingga 5, diikuti doa Nabi Daud sebanyak 3 kali. Doanya, ‘Ya Allah, lembutkanlah hati anakku (sebut namanya), seperti mana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi. (Sebut namanya). “Kemudian hembuskan pada makanan dan minuman. Kalau anak masih menyusu, hembuskan pada susu.
Doa untuk menangani anak lasak dan nakal Amalkan ayat 40 daripada Surah Ibrahim yang bermaksud
“Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang mendirikan sembahyang, dan zuriat keturunanku. Wahai Tuhanku perkenankanlah doa permohonanku.”
Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari Surah Al-Furqan ayat 74 yang bermaksud
“Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati kami, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertakwa.”
Doa supaya anak rajin kerjakan solat. Ibu bapa bolehlah amalkan membaca Surah Ibrahim ayat 40-41.
“Ya Allah Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak-anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat. Ya Tuhan kami perkenankanlah doaku. Ya Tuhan kami beri ampunlah aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat ).
Doa ini seeloknya dibaca selepas solat, atau setiap kali teringatkan anak. Amalkan membaca doa ini InsyaAllah anak-anak akan utamakan solatnya.
Doa anak taat perintah Allah Supaya anak taat perintah Allah boleh amalkan doa ini; Surah Al-Baqarah ayat 128.
“Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan (jadikanlah) di antara anak cucu kami orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat-tempat ibadah haji kami dan terimalah taubat kami ini . Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.
Amalkan dan bacalah doa ini setiap kali selepas solat.
Doa agar anak dengar kata Amalkan membaca Surah Al-Anbiya ayat 69. “Kami berfirman, Hai api, jadilah engkau sejuk, dan menjadi keselamatan bagi Ibrahim. Atau Al-Hasyar ayat 22-24.
“Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, raja, Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Mengurniakan Keamanan, Yang Maha Memelihara , yang Maha Perkasa, yang Maha Kuasa, yang memiliki segala keagungan, Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan.
Dialah Allah yang Menciptakan, yang Mengadakan, yang Membentuk Rupa, yang mempunyai Hasmaul Husna, bertasbih kepadanya, apa yang ada di langit dan di bumi, dan Dialah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Doa memohon rahmat dan keberkatan Jika surah-surah di atas telah diamalkan, ibu bapa juga dituntut untuk meminta rahmat dan keberkatan dalam setiap yang dilakukan supaya hasilnya akan lebih baik. Bolehlah amalkan surah di bawah ini.
Surah Al-Imran ayat 8-9 “Mereka berdoa, Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan, sesudah Engkau memberi pertunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami, rahmat dari sisi Engkau, kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi Kurnia.
Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau mengumpulkan manusia, untuk menerima pembalasan pada hari yang tak ada keraguan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji.
Ibu bapa yang terbaik akan sentiasa mendoakan anaknya menjadi yang terbaik. Oleh hal yang demikian, menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk memastikan didikan agama yang sempurna diberikan yang secukupnya kepada anak-anak mereka.
Biarlah kita mendidiknya dari kecil lagi. Supaya kelak, dia membesar nanti dengan didikan agama. Semoga doa yang terbaik untuk anak-anak ini dapat dijadikan panduan untuk semua.
Bila masih ada anak kecil menyusu badan, suami patut tolong sebagai cara tanda sokongan pada isteri. Wanita bila mempunyai anak, tiada lagi masa untuk diri sendiri melainkan jika urusan rumah tangga dan anak selesai. Tambah lagi yang bekerja. Sampai rumah, letak beg sekejap terus fikirkan apa nak buat untuk suami dan anak.
Lagi payah, anak cuma nak dengan si ibu. Balik-balik kerja dua-dua anak tarik ibu. Agak-agak macam mana seorang suami boleh mudahkan urusan isteri dalam situasi ini?
Ok, cuba ikut tip ni perlahan-lahan. Kalau dapat suami yang ada masa untuk memahami dunia mak-mak beranak kecil, untung-untung semua benda ni dah siap balik kerja nanti.
Tolong buat air untuk isteri
Biasanya ibu menyusu selalunya akan rasa dahaga. Maka eloklah suami tolong sediakan minuman untuk isteri. Serius, isteri pasti akan hargai dan hilang penat balik kerja walau suami cuma bagi air kosong.
Sediakan tempat bersandar
Memang tugas menyusukan bayi adalah tugas isteri tapi bukan bermaksud suami hanya tidur lena tak sedarkan diri pada waktu malam. Apa salahnya suami jadi tempat isteri bersandar dan berehat semasa menyusukan bayi. Selesa sikit isteri nak menyusukan bayi. Untung-untung cara ini boleh rapatkan hubungan suami isteri.
Uruskan anak yang lain
Kalau dua-dua anak kecil itu masih menyusu badan, biarkan dia menyusu kejap. Nanti suami bolehlah tarik salah seorang dan buat main kejap. Tak adalah isteri rasa susah nak handle anak. Kena faham situasi ini, tak boleh tunggu arahan kaum mak-mak yang dah penat. Tapi kalau anak yang lain dah besar dan tak menyusu, suami tolonglah uruskan keperluan anak-anak macam mandikan atau bagi makan. Jangan biarkan isteri seorang yang menguruskan keperluan anak. Tahu tak kalau mak-mak menyusu ni stress, susunya pun boleh drop.
Basuh peralatan pam susu
Kadang balik kerja dah penat, nak basuh peralatan pam susu pun tak sempat. Haaa… masa inilah suami boleh bantu. Suami boleh meringankan beban isteri dengan membersihkan segala peralatan tersebut. Jadi masa nak guna, isteri boleh terus ambil yang dah bersih. Mudah juga kerja mak-mak nak menyusu.
Bantu buat kerja rumah
Jangan bebankan isteri dengan tugas-tugas rumah tangga. Suami juga boleh membantu isteri melakukan kerja-kerja membasuh pakaian, mengemas rumah, menyapu lantai, membasuh pinggan dan mungkin juga memasak. Isteri boleh tumpukan perhatian untuk menyusukan si kecil tanpa memikirkan pakaian yang belum tersidai.
Suami boleh tolong tukarkan lampin
Andai anak menangis di tengah malam, suami jangan buat-buat tak dengar dan tidur ‘mati’. Suami sepatutnya bangun dulu untuk tengok sama ada lampin si kecil sudah basah atau hendak susu.
Jika lampin perlu ditukar, tak perlu kejutkan isteri sebaliknya anda boleh buat sendiri. Kemudian barulah kejutkan isteri untuk menyusukan bayi.
Uruskan bayi selepas menyusu
Suami juga boleh membantu isteri menguruskan anak selepas disusukan seperti sendawakan anak (bayi baru lahir), mendukung, mandikan atau tidurkan bayi. Biasanya ibu akan rasa sedikit penat selepas menyusukan anak. Jadi isteri perlu berehat seketika.
Jaga mood isteri
Tak mudah beranak kecil ni, tambah kalau isteri itu pun keluar bekerja. Penat emosi dan badan. Jadi suami kena tahu cara nak buat isteri gembira walau penat nak menyusu anak. Haaa… ini juga salah satu formula untuk menghasilkan susu yang banyak dan berkualiti. Jangan sakitkan hati isteri dan jangan cari pasal dan menyebabkan mood isteri terganggu. Sebolehnya mengalah dan cuba letakkan diri anda dalam situasi mak-mak.
Balik awal
Mungkin banyak kerja tetapi kalau dah tahu ada anak kecil eloklah suami usahakan balik awal. Kalau nak ikutkan kerja yang tak siap, memang setiap hari kerja tak habis. Andai betul-betul tak boleh pulang awal, beritahu isteri awal-awal dan balik terus ambil alih tidurkan anak. Bagi isteri rehat kejap.
Cedok ilmu mudahkan kaum ibu menyusu
Jangan nak harapkan kaum mak-mak 100% dalam urusan menyusu dan menjaga anak. Sekurang-kurangnya suami tahu sedikit sebanyak tentang menyusu dan sesekali bolehlah berkongsi tip dan bagi sokongan waktu isteri rasa air susu kurang.
Ok, nampak tak caranya? Sebenarnya tak susah pun nak ‘manjakan’ kaum isteri yang masih menyusukan anak kecil. Percayalah, suami yang membantu dan menyokong isteri menyusukan anak akan memberikan perubahan besar dalam hidup sebagai pasangan suami isteri walau zaman bercinta dah berlalu pergi.
Jom tonton cara suami ini tolong isterinya yang menyusu anak. Suami lain pun boleh contohi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kebimbangan dalam kalangan ibu-ibu di Malaysia terhadap ketelusan sumber makanan dilihat meningkat melalui satu kajian yang dijalankan baru-baru ini.
Kajian dijalankan dari Disember 2019 hingga Februari 2020 terhadap 400 para ibu yang sedang mengandung dan para ibu yang mempunyai anak berumur satu tahun ke atas itu menunjukkan kebanyakan ibu mengharapkan jenama formula susu untuk lebih telus dalam mendidik ketulenan, keselamatan dan kualiti produk susu.
Hasil kajian berkenaan menunjukkan 96 peratus ibu mahu tahu pemeriksaan kualiti ketika penghasilan makanan. Manakala, 92 peratus ibu mahu tahu tentang jenis kawalan kualiti kerana mereka merasakan maklumat tertera di pek produk tidak mencukupi.
Imbas kod QR
Sumber: Friso Gold
Bagi menyelesaikan kerisauan itu, Friso Gold® melancarkan inovasi pembungkusan pintar pertama di Malaysia, Friso Gold® TrackEasy yang membolehkan ibu bapa mengesan perjalanan lengkap Frisomum Gold® dan Friso Gold® daripada sumber asli diladang milik kami di Netherlands hingga pengumpulan susu, pembungkusan, pemeriksaan kualiti akhir, tarikh kelulusan eksport dan tarikh tiba di Malaysia. Ibu bapa hanya perlu mengimbas kod QR di bawah tin 900 gram (g) untuk melihat perjalanan lengkap Frisomum Gold® dan Friso Gold® yang bermula dari sumber asli ladang Netherlands
Friso Gold dapat mencipta pengalaman unik ini kerana kami mengambil yang terbaik dari ladang milik kami di Netherlands dan mengawal keseluruhan pengeluaran susu dari rumput hingga gelas – memberikan lebih daripada sekadar nutrien yang diperkaya kepada ibu dan anak. Ini merupakan sebab utama Friso Gold dapat menjamin ketelusan, keselamatan & kualiti produk kepada ibu bapa untuk ketenangan hati bahawa pilihan susu mereka telah melalui pemeriksaan kualiti yang teliti di setiap titik sentuh utama.
Friso Gold® adalah jenama susu tepung rumusan premium dihasilkan untuk ibu mengandung (Frisomum Gold®) sehinggalah kanak-kanak yang sedang membesar (Friso Gold® Step 3 & 4).
Sumber : Friso Gold
Saksikan pelancaran Friso Gold® TrackEasy secara maya pada hari Sabtu 20 Jun ini jam 10 malam melalui laman YouTube dan Facebook Friso Gold Malaysia, dihoskan oleh Aishah Sinclair. Sertailah pelancaran ini untuk memahami inovasi TrackEasy dengan lebih baik dan berpeluang untuk memenangi baucar diskaun serta hadiah bernilai sehingga RM250,000!
Ketahui lebih lanjut mengenai Friso Gold® TrackEasy di TrackEasy Home dan layari Shopee atau Lazada untuk membeli Frisomum Gold® atau Friso Gold®.
Dapatkan Sampel PERCUMA hari ini di laman sesawang Friso Gold.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Semakin ramai pasangan berkahwin kini cenderung memilih gaya hidup 'childfree', iaitu tidak mahu mempunyai anak. Trend ini dilihat membimbangkan.Walaupun keputusan ini dilihat sebagai hak...