Fokus Naikkan Berat Badan Anak, Pilih ‘Real Food’ Lengkap Tiga Sumber Utama Untuk Anak!

Share

Melihat saiz anak yang terlalu kurus membuatkan kita terus bimbang. Adakah anak kita tidak cukup nutrisi setiap hari atau berat badan susah untuk naik. Apa sebabnya?

Menurut perkongsian Dr Mazliana Mazlan, fokus utama untuk menaikkan berat badan anak adalah dengan mengutamakan tiga sumber utama makanan iaitu karbohidrat, protein dan lemak baik dalam menu harian anak. Ini penting.

Banyakkan makanan padat nutrisi untuk naikkan berat badan anak. Kita tak nak anak berlebihan berat badan hanya sebab dari gula dan transfat.

Banyakkan real food untuk anak-anak, dan bukan makanan ultra processed. Supaya kita dapat naikkan berat badan yang berkualiti pada anak.

Tiga sumber utama yang kita boleh bagi anak makan, untuk naikkan berat badan mereka.

1. Karbohidrat
2. Protein
3. Lemak baik

Penting untuk kita cukupkan keperluan anak dari 3 sumber ini, untuk dapatkan berat badan yang ideal buat anak.

Jika kurang, berat badan tak akan naik. Jika lebih, berat badan akan bertambah.

Berpada, walaupun ianya real food, tetap ada limit untuk anak kita makan. Saya bagi contoh makanan untuk tambah berat badan, yang ada di rumah saya.
Banyak lagi pilihan yang ada di pasaraya, boleh cari ikut kesesuaian keluarga kita.

Karbohidrat – nasi, pasta, ubi
Protein – ikan, ayam, daging, kacang, telur
Lemak baik – cheese, avocado, butter, minyak sapi, kacang

Cuba cari makanan di atas, yang kurang diproses. Pilihan sentiasa ada, cuma perlukan sedikit pengetahuan supaya kita jumpa pilihan yang lebih baik.

Saya ada kongsikan tips macam mana nak beli, dalam perkongsian-perkongsian saya sebelum ni. Sama-sama kita cuba ya, sediakan pilihan makanan yang baik untuk anak.

Menarik: “Kita Dah La Cepat Nervous” Wany Hasrita Dedah Wajah Anak, Kongsi Pengalaman Pertama Kali Naik Flight Bawa Aishah

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
SRM