Sekejap masa berlalu, dah menginjak usia 10 bulan anak sulung kepada selebriti popular, Neelofa iaitu Muhammad Bilal. Setiap keletahnya sentiasa menjadi tumpuan ramai apatah lagi selepas wajahnya dikongsikan oleh ummi dan abahnya kepada umum.
Baru-baru ini, akaun Instagram peminat Neelofa @lofa.page memuat naik semula satu InstaStory daripada selebriti berusia 33 tahun itu memaparkan dia bersama anak kesayangannya di dalam kereta.
Menerusi video tersebut, Bilal kelihatan sangat leka menonton siri animasi kanak-kanak popular dari Indonesia berjudul Riko the Series.
Difahamkan, Bilal gemar menonton siri bercorak Islamik yang terkandung bacaan pelbagai surah al-Quran itu sehingga mampu ‘melayan’ untuk sejumlah episod.
Ramai juga yang memuji Neelofa, bab anak dia begitu metitikberatkannya. Bermula dari Bilal dalam pantang lagi Neelofa menggunakan pelbagai pendekatan untuk perkembangan anak.
Bukan itu saja, cara tidur Bilal, penyusuan susu ibu dan pemakanan Bilal juga Neelofa banyak belajar daripada pakar yang khusus dalam bidang tersebut untuk memastikan anaknya membesar dengan baik.
Ads
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat Neelofa memuji kecomelan Bilal yang amat fokus sambil mendengar bacaan surah sekali gus dititipkan doa agar menjadi anak soleh.
Anak soleh, lengkap pakej
Untuk rekod, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan pendakwah bebas Haris Ismail pada 27 Mac tahun 2021 dan dikurniakan Bilal pada 29 Januari lalu.
Mungkin ada di antara ibu bapa yang terpaksa memberikan anak-anak dibawah umur 7 tahun melihat TV atau gadget untuk mengalihkan perhatian mereka. Namun ada juga yang risau tentang kesan penggunaan skrin terhadap anak-anak.
Puan Maryam Jamadi,Terapis cara kerja berkongsi cara memilih rancangan TV untuk anak yang sesuai mengikut umur dan beberapa panduan lain.
CARA PILIH RANCANGAN TELEVISYEN MENGIKUT UMUR
“Saya PJJ dengan suami, anak jenis melekat jadi saya terpaksa buka skrin masa saya mandi/masak” 😔
Saya sebenarnya dapat banyak soalan dimana mak ayah yang terpaksa beri anak tengok gadget/TV atas sebab-sebab tertentu.
Kalau ikutkan saranan dari American Association of Pediatrics, anak 0-18 bulan tidak boleh didedahkan dengan skrin lagi. Tapi saya tak pernah “judge” mak ayah yang beri anak sebab saya tak berada di kasut mak ayah lain. 👟
– Ada yang ibu/bapa tunggal, anak ramai, rumah sempit, 24 jam rumah bising dan masa buka TV sekejap itulah ibu/ayah dapat rehatkan telinga.
– Ada yang kerja WFH, terpaksa buka skrin untuk anak masa tengah bermesyuarat penting.
– Ada yang kerja berniaga di pasar malam, kalau tak bagi gadget nanti anak merayau ke tengah jalan.
– Ada yang anak ekzema, masa tengok skrin barulah boleh sapu krim satu badan dan duduk diam sampai kering.
🖥 CARA PILIH RANCANGAN TELEVISYEN UNTUK ANAK 0-7 TAHUN 🖥
Jadi, sekiranya dalam keadaan terpaksa tunjuk skrin pada anak umur 0-7 tahun. Ini cadangan saya berdasarkan pengalaman dan perspektif sebagai Terapis Cara Kerja Kanak-Kanak, mengikut umur:
👶 ANAK 0-12 BULAN 👶
1. Rancangan yang memang khas untuk bayi seperti BabyTV. 2. Pergerakan yang sangat perlahan, pastikan mata anak ikut pergerakan. Bukan termenung. 3. Lagu atau muzik dengan rentak lembut. 4. Warna yang tidak terlalu banyak atau menyakitkan mata. 5. Jika watak dalam cerita itu bercakap, tiada bunyi lain di “background” sebab dah ada kajian yang bayi tidak boleh fokus pada bahasa sekiranya ada bunyi lain (background sound) sehingga umur 7 bulan. 6. Anak 0-3 bulan, boleh cari rancangan yang menggunakan warna hitam, merah dan putih. Gambar statik ataupun setiap pertukaran gambar 7-8 saat. Pergerakan yang sangat perlahan sekiranya ada. 7. Maksimum 3 minit sekali tengok. (Sempatlah lari ke tandas sekejap 😂)
Contoh: Peekaboo, I see You Visual Stimulation for Babies Find the Acorn
🧒 ANAK 1 – 3 TAHUN 🧒
1. Boleh buka “nursery rhyme” tetapi pastikan nyanyi bersama dengan anak. Semakin perlahan kelajuan lagu semakin anak boleh cepat tangkap. 2. Pilih rancangan yang anak boleh belajar mengikut pergerakan bersama. 3. Tengok bersama anak dan berinteraksi bersama. Sekiranya anak tengok seorang diri, cuba uji pemahaman anak. 4. Rancangan yang menggunakan bahasa yang mudah dan sebutan jelas setiap suku kata. 5. Maksimum 4-10 minit sekali tengok, 1 jam sehari.
Contoh: Pinkfong Dance Along Blippi Super Simple Songs Didi & Friends Omar & Hana
👦ANAK 3 – 7 TAHUN 👦
1. Pilih rancangan yang ada nilai moral. 2. Pastikan anak faham, perlu perhatikan pergerakan bola mata anak, respon serta emosi anak semasa menonton. 3. Jika anak hanya termenung atau tiada perubahan respon mungkin anak sudah “overstimulate”. Tutup terus skrin. 4. Uji pemahaman anak selepas menonton. Jika anak tak faham, masa anak tengok itu hanya terbazir begitu sahaja. 5. Maksimum 10 – 20 minit sekali tengok, 1 hingga 2 jam sehari.
Contoh: Daniel Tiger’s Neighborhood Dora the Explorer Blue’s Clues Tayo the Little Bus
Saya ada berikan contoh supaya mak ayah boleh dapat gambaran cerita yang bersesuaian untuk anak 7 tahun ke bawah. Kalau ada cadangan lain boleh tepek di komen ya 😍
Perlu ingat yang anak 7 tahun ke bawah masih belum boleh 100% menapis maklumat yang diterima. Jadi, masih perlu pantauan lagi. Saya cadangkan mak ayah lihat dan kaji dahulu episod pertama sebelum beri anak tengok.
Sekiranya mak ayah perasan ada hari yang anak terlebih kuota tengok skrin ataupun anak mula;
– Ada masalah perkembangan. – Kurang fokus. – Panggi tak dengar. – Selalu tantrum. – Anak mula ketagih atau asyik minta buka TV/gadget
Mohon terus buat hari atau minggu tanpa skrin ataupun “Digital Detoks” segera supaya tidak ada masalah lebih besar di masa akan datang. ⚠️
Inilah antara apa yang disampaikan di sesi live saya Selasa lepas, harapnya bermanfaat.
Followers Pa&Ma yang nak dapatkan barangan penjagaan diri boleh klik di SINI
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mama papa adakalanya buntu, tidak tahu bagaimana nak tenangkan tangisan bayi. Apa kata cuba teknik yang dicadangkan ini.
Semua bayi mamalia termasuk bayi manusia menangis banyak pada beberapa bulan awal kelahiran. Bayi kecil masih belum boleh bercakap. Mereka berkomunikasi menerusi tangisan untuk memenuhi keperluan diri. Justeru, mama dan papa perlu tahu bagaimana untunk menghentikan tangisan bayi.
Menurut Uswatun Hasanah Mohd Habib, Konsultan Tangisan Bayi, pada awal kelahiran, bayi sensitif kepada persekitaran yang wujud di sekelilingnya. Malah bayi mudah merasa over stimulate (letih) dengan semua perkara yang berlaku di sekelilingnya. Ia merangkumi bunyi, cahaya, sentuhan serta perubahan drastik terhadap jadual rutinnya seperti jadual makan dan tidur, suasana dan orang asing.
Namun, bagi yang pertama kali bergelar mama dan papa, tangisan bayi pastinya menjadi sesuatu yang asing buat anda hingga ada yang buntu untuk tenangkan bayi. Tidak tahu bagaimana untuk menenteramkannya? Hakikatnya terdapat pelbagai cara untuk menenteramkan bayi termasuk teknik Cuddle Cure. Ia adalah teknik yang membuatkan bayi berasa seakan berada dalam rahim ibu.
5 LANGKAH CUDDLE CURE TENANGKAN BAYI
Cuddle cure yang dibuat dengan sempurna mampu mengaktifkan refleks yang memberi ketenangan kepada bayi dalam masa yang amat singkat! Ia merangkumi kombinasi 5S ini iaitu:
1.Swaddle
Membalut bayi dengan kemas dan ketat. Langkah pertama ini bertujuan mengekang gerakan tidak terkawal tangan dan kaki bayi yang sedang mengamuk.
2.Side/Stomach Position
Memegang bayi secara mengiring atau di perutnya. Ia juga dipanggil ‘fetal postion’ merujuk posisi bayi semasa dalam rahim.
3.Ssshing
Membuat bunyi ‘Ssshhhh’ yang kuat dalam jarak dekat dengan telinga bayi. Ia meniru bunyi berirama yang dicetuskan gabungan aliran deras darah ke setiap salur darah ibu pada setiap saat, degupan jantung ibu serta pergerakan cecair amniotic (air ketuban). Irama semulajadi rahim ini telah menemani bayi selama lebih sembilan bulan yang lepas!
4.Swing
Menghayun bayi dengan intensiti ayunan yang berpadanan dengan kekuatan tangisan bayi. Bayi terbiasa ‘dihayun’ ketika masih dalam rahim, setiap kali ibu bergerak.
5.Sucking
Membiarkan bayi menghisap pada puting atau jari yang bersih. Situasi ini memberikan rasa ketenangan kepada si manja.
ALTERNATIF MEREDAKAN TANGISAN BAYI
Menurut Uswatun, antara alternatif lain yang boleh dicuba untuk menenteramkan bayi ialah seperti berikut;
a)Menaiki kereta; beberapa pusingan singkat sudah mampu menenteramkan.
b)Urutan; berkesan jika bayi belum di puncak tangisan.
c)Ambil angin luar; bersiar-siar sambil mendukung atau menggunakan kereta sorong.
d)Mandikan dengan air suam; tidak perlu lama. Setelah bayi tenang, lap dan sapukan minyak hangat sebelum dodoi lagu tidurnya.
TANDA SAWAN TANGIS
Anda boleh mengenali jika bayi anda mengalami sawan tangis atau bayi kolik. Bayi yang mengalami sawan tangis selalunya akan mulai kerap menangis seawal usia tiga minggu iaitu tiga jam sehari, tiga hari dalam seminggu, tiga minggu berturut-turut dan selalunya berakhir selepas usia tiga bulan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Biasanya ibu bapa yang ada anak kecil membeli stroller dengan niat untuk memudahkan dan memberi keselesaan kepada si anak apabila di bawa keluar berjalan. Tapi lain pula jadinya apabila anak menangis mahu diangkat.
Nak angkat atau biarkan sahaja anak di dalam stroller? Itu yang jadi dilema untuk ibu bapa.
Perlu diketahui semua anak kecil memang tak suka apabila diletakkan dalam stroller. Mereka tidak merasa pelukan si ibu atau ayah. Lagi satu apabila dipegang anak dapat melihat kawasan sekeliling dengan jelas selain mereka rasa lebih selamat.
Ibu bapa yang mengalami situasi ini tidak perlu risau. Cuba dulu 4 cara ini sekiranya anda dapati anak tidak selesa apabila diletakkan dalam stroller.
1) Bertahan dan jangan menyerah
Apabila mendengar anak mula merengek, anda perlu bertahan. Maksudnya cuba jangan diangkat secepat mungkin. Lekakan anak dengan cuba menolaknya. Mungkin apabila stroller dah mula bergerak anak dah mula berasa tenang dan seronok.
2) Letakkan mainan
Anda boleh meletakkan beberapa mainan yang boleh membuatkan anak leka untuk bermain atau memegangnya. Biasakan dengan mainan yang berbunyi. Mainan berbunyi apabila si kecil menangis dan dia mula mendengar bunyi tersebut, biasanya akan berhenti.
3) Berkomunikasi
Walaupun anak diletakkan di dalam stroller, anda perlu juga berkomunikasi dengan bayi anda. Sekurang-kurangnya dia tahu bahawa anda ada bersamanya. Biarpun anak tidak memahaminya tetap itu sudah cukup buat dia rasa selesa apabila berada di khalayak ramai.
4) Gunakan pengalihan
Apabila anda dah nampak anak mula bosan dalam stroller, bolehkan alihkan sekejap pandangan kepada pemandangan yang boleh menarik perhatiannya. Anda boleh melayannya sambil memberi makan atau menyusukan sekejap.
Kredit gambar: google
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sarung tangan, peniaga makanan perlu pakai atau tidak? Doktor ini kongsikan faktanya. sarung tangan dan ada yang tak? Mungkin ada yang tertanya-tanya, sebenarnya perlu ke pakai sarung tangan atau sekadar pilihan sahaja?