Kemahiran komunikasi atau bercakap mesti datang dulu sebelum bolehnya kemahiran membaca. Masalah zaman sekarang ialah, pendedahan screen gadget terlalu awal (sebelum masuk 2 tahun) menyebabkan anak kenal huruf lebih cepat dari kemahiran bercakap.
Kemahiran membaca dan komunikasi adalah 2 perkara berbeza dan melibatkan keupayaan kognitif yang berbeza.
Jika anak pandai baca atau kenal huruf pada awal usia, itu tidak menjadi hal. Yang menjadi hal apabila kenal huruf semua dah, tapi nak panggil mama ayah pun tidak. Nak minta susu, ais krim, keropok pun dengan cara tarik-tarik tangan ibu.
Betapa besarnya kesan screen gadget terhadap keupayaan interaksi dua hala kanak-kanak.
Bagi yang sudah terlepas, kurangkan tempoh masa anak bersama skrin atau sebaiknya hentikan terus.
Luangkan lebih banyak masa duduk bersila depan anak dan layan dia main mainan di rumah. Dia dah biasa ada gajet, jadi ibu bapa mesti beli mainan untuk dia lupa kepada gajet.
Beli mainan saja tak cukup. Kena layan anak bermain, bergilir bermain dengan dia dan cakap sambil bermain.
Hanya 15 minit sehari. 15 minit saja….tinggalkan dapur, kain baju, drama korea atau facebook dan tumpu kepada komunikasi dengan anak dulu.
Kredit: Ruby Atika (Jurupulih Pertuturan)
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)