Meskipun sibuk dengan rutin harian sebagai seorang pelakon, pengacara dan juga usahawan, ibu kepada Zeeshan Yusuf, 4 tahun dan Zaheen Yusof, 2 tahun, Datin Hajah Fouziah Gous tidak menjadikan itu alasan untuk mengabaikan keluarga tersayang.

“Kalau kita fikir kita tak ada masa dengan anak-anak kita akan jadi seperti apa yang kita fikirkan. Allah beri rezeki dekat saya bukan untuk saya simpan sendiri. Mungkin dalam rezeki saya juga ada terselit rezeki orang lain sebab itulah saya perlu ada pembantu untuk saya tak abaikan anak-anak saya.

“Contohnya kalau saya pergi gym, jika anak-anak tak tidur dan perlukan saya, saya bawa mereka bersama dengan bantuan pembantu. Kalau saya bersenam, mereka juga boleh buat aktiviti mereka di sana. Dekat ofis pun sama, saya tengah meeting atau ada perbincangan, saya boleh Nampak anak-anak saya. Itu cara saya spend time dengan anak-anak walaupun mempunyai rutin yang agak sibuk sepanjang hari.

“Cuma saya akan rasa bersalah bila saya langsung tak bercakap dengan anak-anak seharian. Jadi apa yang saya buat bila balik saya akan bercakap dengan mereka, bergurau, berborak terutamanya pada waktu malam. Itu cara saya luangkan masa bersama anak-anak. Begitu juga dengan suami, saya mungkin bukan seorang isteri yang selalu ada di rumah. Saya dan Zhaf kami berdua masih muda tapi kami saling berkomunikasi antara satu sama lain walaupun hanya call untuk tanya nak makan apa?

Fouziah Gous Ajar ‘Magic Words’ Pada Anak, Cara Positif Nak Bentuk Akhlak Mulia Si Kecil

“Dalam usia yang masih muda ini, kami berdua mempunyai cita-cita yang sangat tinggi. Apa yang kami impikan untuk diri sendiri dan anak-anak terlalu tinggi, jadi untuk capai itu semua bukan mudah, jadi kami berdua kena usaha sama-sama. Tapi dalam waktu yang sama janganlah abaikan suami dan anak-anak.

IKLAN

“Pendek kata anak-anak memang selalu dengan saya. Kereta saya memang sentiasa penuh dengan barangan mereka, malah di pejabat juga turut ada bilik untuk mereka. Walaupun pejabat dekat, saya bawa juga mereka dan itulah cara saya luangkan bersama keluarga saya. Kalau suami balik rumah dia akan tanya jika saya masih di pejabat, dia juga akan sertai kami. Paling penting jangan bandingkan kehidupan kita dengan orang lain kerana hidup kita dan orang lain tak akan pernah sama.”

Ajar Anak ‘Magic Words’ dari rumah, bantu bentuk akhlak yang baik.

Dua anaknya yang comel memang sangat baik. Menurut Fouziah, untuk mendidik anak-anak ia perlu bermula dengan positive mind.

“Semuanya bermula dengan positive mind. Didikan anak sangat penting, ajar anak dulu dengan magic words seperti terima kasih, tolong, Assalamualaikum, Hello, Syukur dan perkataan lain yang sepatutnya ada supaya bila dia ada attitude yang ada yang positif. Bila dia membesar dengan attitude sebegitu dan dia akan ajar rakan-rakan sebayanya dengan apa yang dia pelajari dan bila dia berkomunikasi atau bersosial dengan orang lain dia tahu bagaimana nak react.

IKLAN

“Semua positif attitude ini akan cerminkan bagaimana anak-anak kita itu akan membesar. Biarlah dia membesar dengan cara positif untuk hargai antara satu sama lain tidak kira berlainan bangsa atau agama.

Fouziah Gous Ajar ‘Magic Words’ Pada Anak, Cara Positif Nak Bentuk Akhlak Mulia Si Kecil

“Walaupun anak pandai sekalipun sejak dari kecil tapi perangai atau moral mereka tidak bagus, tidak ada gunanya juga. Betul semua ibu ayah mahukan anak yang pandai, tapi kalau ada kedua-duanya pandai dan juga baik kelakuan itu pastinya satu bonus untuk setiap ibu bapa.

IKLAN

“Bagi saya attitude is very important, bila itu dah sangat bagus, education will come easily sebab kita dah ajar untuk menghormati orang lain.

“Bukan sahaja ibu bapa, malah orang-orang sekeliling juga perlu menitik beratkan yang sama iaitu terapkan nilai-nilai murni pada kanak-kanak. Untuk saya itu caranya untuk kita nak ajar anak-anak jadi insan dengan akhlak yang tinggi.”

sumber: Mingguan Wanita

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI