Sememangnya Fouziah Gous merupakan individu yang sangat menjaga kesihatan diri sejak daripada zaman bujang. Setelah berumah tangga dengan Md Zhafran dan memiliki Muhammad Zeeshan dan Zaheen Yusuf, ibu muda ini meneruskan amalan itu demi kesejahteraan keluarga.

Saya menjaga pemakanan keluarga. Kami jarang makan makanan berminyak. Hanya gunakan minyak zaitun. Ada waktunya kami makan di luar tetapi banyak yang saya ‘tapis’. Apa yang berminyak, kami tak makan.

Saya jenis kuat makan. Semua saya makan tetapi saya kurangkan minyak, garam, manis dan ais. Bagi saya ringkas sahaja. Ambillah sesuatu yang menyenangkan tekak dan tidak meloyakan.

IKLAN

Fouziah Gous Kurangkan Minyak, Garam, Gula Dan Ais Dalam Menu Harian. Patutlah Slim!Saya kurus sebab menyusukan anak dan jaga pemakanan. Ibu selepas melahirkan, kena beri susu ibu. Bukan untuk kurus sahaja tetapi untuk kecutkan rahim agar cepat sembuh. Ada sebab Allah jadikan susu ibu terbaik untuk bayi.

Semasa pantang 44 hari, saya buat betul-betul dan kadang-kadang terlebih daripada yang sepatutnya. Sampai ke umur Zaheen 10 bulan, saya tak makan laksa dan pulut. Pantang air batu pun lebih 100 hari.

IKLAN

Jaga makanan anak-anak juga

Untuk anak saya Zaheen, saya beri dia makanan organik. Zeeshan pun begitu, masa dia bayi. Lepas umurnya dua tahun, baru ajar dia makan campur sedikit demi sedikit. Kerepek yang merepek, saya tak bagi makan.

Fouziah Gous Kurangkan Minyak, Garam, Gula Dan Ais Dalam Menu Harian. Patutlah Slim!Pagi dan malam kami akan makan sarang burung asli masa perut kosong sebagai suplemen kesihatan. Kalau ambil suplemen tablet, kena banyak minum air dan ia boleh menggemukkan. Lagipun suplemen begitu tak boleh overdose, boleh beri kesan kepada buah pinggang. Jadi, kita kena ambil tahu dan faham apa sahaja makanan yang diambil.

IKLAN

Jatuh cinta dengan muay Thai

Sejak bujang, saya memang suka ke gim. Dah biasa. Saya individu yang menjaga kecergasan sejak zaman sekolah. Saya main hoki untuk Kuala Lumpur dan terlibat juga dengan sukan larian dan olahraga.

Selepas bersalin saya mula melibatkan diri dengan sukan muay Thai. Jiran yang ajak dan kami sama-sama buat. Sekarang, saya dah jatuh cinta dengan muay Thai.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI