Pelakon Datin Fouziah Gous mendedahkan dia terpaksa menceraikan susu anak keduanya, Zaheen Yusof, 2, selepas payudaranya mula bernanah.
Menurut Fouziah apa yang berlaku ada hikmahnya kerana ia terjadi sebelum dia dan suami, Datuk Mohd Zhafran Md Yusof berangkat ke tanah suci Makkah untuk mengerjakan umrah pada awal tahun ini.
“Saya menyusu penuh anak kedua saya sejak dia lahir namun saya terpaksa memberhentikannya selepas payudara saya didapati bernanah.
“Mungkin ia berlaku kerana anak saya menyusu dengan banyak dan agak kasar, biasalah anak lelaki.
Ads
“Tapi apa yang berlaku ada hikmahnya kerana ia terjadi sebelum kami sekeluarga mengerjakan umrah.
“Jadi ibadah saya di sana juga menjadi lebih mudah dan saya mula memberikan anak saya susu formula. Alhamdulilah ia dipermudahkan,” katanya kepada Gempak.
Ads
Pengasas FG Walet itu ditemui selepas sambutan hari jadinya yang diadakan di Artelia, Bangsar Shopping Centre, beberapa hari lalu.
Ads
`
Fouziah berkahwin dengan Datuk Mohd Zhafran Md Yusof pada 21 September 2013 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Muhammad Zeeshan, 4, dan Zaheen Yusof,2.
Ramai yang beranggapan bahawa kalau merokok jauh dari rumah ataupun dalam kereta dengan membuka tingkap, asap tersebut akan terus berlalu. Tapi sedarkah anda, kesan asap rokok tersebut tidak akan hilang dan boleh membahayakan nyawa orang lain yang dipanggil thirhands smoke.
BAHAYA ASAP ROKOK YANG ANDA TIDAK TAHU!
Pernahkah anda pergi ke rumah rakan, jiran atau sedara mara yang menghisap rokok terbau rokok yang kuat walaupun pada hari tersebut mereka tidak menghisap rokok?
Pernahkan anda memasuki kereta seorang perokok dan terbau udara yang tidak menyenangkan padahal rakan anda tidak merokok pada ketika itu?
BAHAYA ASAP ROKOK YANG ANDA TIDAK TAHUPernahkah anda pergi ke rumah rakan, jiran atau sedara mara yang menghisap rokok terbau rokok yang kuat walaupun pada hari tersebut mereka tidak menghisap rokok?Pernahkan anda memasuki kereta seorang perokok dan terbau udara yang tidak menyenangkan padahal rakan anda tidak merokok pada ketika itu?Ramai beranggapan jika tiada asap rokok di rumah atau kereta, bermaksud kereta itu telah bebas asap rokok. Ramai perokok beranggapan jika mereka hisap rokok di luar rumah atau bangunan, bahaya asap rokok tidak akan pergi kepada dalam rumah. Namun ramai tidak mengetahui, asap rokok tidak semestinya boleh dilihat, ianya boleh datang dalam keadaan partikel kecil atau debu yang melekat di badan, pakaian, rambut, tangan dan semua objek.Itulah yang dikenali sebagai thirdhands smoke atau asap rokok ketiga. Kajian terbaru mendapati bahawa thirdhand smoke adalah sama bahaya dengan asap rokok pasif. Asap rokok thirdhand ini boleh melekat pada pelbagai permukaan seperti dinding, lantai, langsir, baju, badan, rambut, dan hampir semua objek yang ada di dalam rumah. Dan lebih malang, golongan yang paling terdedah adalah anak-anak kecil yang sedang merangkak dan juga ibu mengandung.Kucing dan haiwan peliharaan juga mempunyai risiko sama kepada asap rokok thirdhand.Bau dan kesan asap rokok ini sangat sukar untuk dibuang dan untuk membersihkan dengan peralatan pembersihan yang khusus memerlukan kos yang tinggi.Apakah langkah pencegahan yang boleh dibuat untuk mengelak bahaya asap rokok thirdhand?Jangan merokok di dalam rumah atau kereta. Jika anda ingin membeli kereta secondhand, sebolehnya kereta tersebut bukan dimiliki seorang perokok.Jika anda menyewa rumah, jangan benarkan penyewa merokok di dalam rumah.Dan yang terakhir dan terbaik adalah – BERHENTI MEROKOK/VAPE#blueribbon
Ramai beranggapan jika tiada asap rokok di rumah atau kereta, bermaksud kereta itu telah bebas asap rokok.
Ramai perokok beranggapan jika mereka hisap rokok di luar rumah atau bangunan, bahaya asap rokok tidak akan pergi kepada dalam rumah.
Namun ramai tidak mengetahui, asap rokok tidak semestinya boleh dilihat, ianya boleh datang dalam keadaan partikel kecil atau debu yang melekat di badan, pakaian, rambut, tangan dan semua objek.
Itulah yang dikenali sebagai thirdhands smoke atau asap rokok ketiga.
Kajian terbaru mendapati bahawa thirdhand smoke adalah sama bahaya dengan asap rokok pasif.
Asap rokok thirdhand ini boleh melekat pada pelbagai permukaan seperti dinding, lantai, langsir, baju, badan, rambut, dan hampir semua objek yang ada di dalam rumah.
Dan lebih malang, golongan yang paling terdedah adalah anak-anak kecil yang sedang merangkak dan juga ibu mengandung.
Kucing dan haiwan peliharaan juga mempunyai risiko sama kepada asap rokok thirdhand.
Bau dan kesan asap rokok ini sangat sukar untuk dibuang dan untuk membersihkan dengan peralatan pembersihan yang khusus memerlukan kos yang tinggi.
Apakah langkah pencegahan yang boleh dibuat untuk mengelak bahaya asap rokok thirdhand?
-Jangan merokok di dalam rumah atau kereta.
-Jika anda ingin membeli kereta secondhand, sebolehnya kereta tersebut bukan dimiliki seorang perokok.
-Jika anda menyewa rumah, jangan benarkan penyewa merokok di dalam rumah.
-Dan yang terakhir dan terbaik adalah – BERHENTI MEROKOK/VAPE
Biasanya bila anak sakit tekak, mama dan papa selalu beri anak makan aiskrim vanilla. Tidak dapat dinafikan ramai yang mempraktikkan perkara ini tambahan pula aiskrim memang anak suka makan.
Bagaimanapun ramai mama dan papa yang tidak tahu bahawa bukan semua aiskrim sesuai diberikan pada anak. Ada aiskrim yang boleh menyebabkan sakit tekak yang dialami oleh anak takkan reda. Jadi pastikan kita pilih aiskrim yang betul untuk diberi. Info ini dikongsi oleh pegawai perubatan, Dr Mazliana Mazlan.
Menurut beliau aiskrim vanilla atau pelbagai perisa yang selalu diberi pada anak waktu demam tidak sesuai dan harus dielakkan. Beliau memberikan penjelasannya.
Elakkan aiskrim vanila waktu anak sakit tekak. Aiskrim inilah sebenarnya mungkin membuatkan radang tekak tidak sembuh-sembuh.
Ais. Yang ini memang boleh kurangkan sakit. Sakit lebam dahi anak sebab jatuh, kita letak ais. Kaki anak tergeliat main basikal, kita letak ais.
Ais, hanya untuk kurangkan rasa sakit di tekak. Cari ais yang tak dapat tambahkan radang pada tekak anak.
Aiskrim vanila, banyak betul bahan ramuannya. Gula bahan yang pertama. Perasa tiruan, pewarna tiruan, pengawet, dan banyak lagi kan. Sakit tekak ini, biasanya disebabkan jangkitan bakteria atau virus. Gula makanan bakteria. Kita bagi baja gula, makin lambat anak nak sembuh dari sakit dan radang tekak bila makan aiskrim vanila sebenarnya.
Walau yang buat sendiri di rumah guna susu segar dan gula organik, tetap ada sumber radang dari susu yang boleh memekatkan kahak. Dan gula walau organik sekalipun, ia tetap gula, tetap pemanis yang kita perlu kurangkan dari anak bila tak sihat.
Boleh saja kita nak bagi makan aiskrim waktu anak tak sihat. Bagi aiskrim dari buah.
Kisar sendiri buah semata-mata, gula pun tak payah letak. Cari buah yang manis, kalau tawar sangat tambah madu sikit.
Inilah baru namanya aiskrim sihat yang walau anak sakit pun masih boleh makan. Kita yang pilih apa anak boleh makan dan tak boleh makan. Kita cuba sama-sama ya.
Boleh cuba aiskrim dari buah betik. Kisar betik dan air, tambah madu. Masuk dalam aiskrim mould. Anak sakit tekak makan mesti kurang sakit dan radang tekak, InsyaAllah.
Ini aiskrim dari buah naga dan pisang sahaja.
Ini pula aiskrim vanilla. Walaupun homemade, tetap ada susu dan gula organik. Dua sumber radang juga. Elakkan waktu anak tak sihat. Boleh makan waktu biasa.
Mabuk teruk ketika awal kehamilan itu lumrah. Ada waktunya keadaan mabuk atau alahan hamil ini membuatkan banyak aktiviti terbatas. Sudahnya ibu hanya berbaring lesu terutama waktu pagi.
Cara mengatasi mabuk teruk Waktu hamil adalah memperbetulkan corak diet anda sepanjang hamil. Namun ini anda perlu tahu terlebih dahulu mengenai mabuk kehamilan.
Mabuk hamil adalah satu fenomena yang sangat biasa berlaku sekitar 70-80% kehamilan. Secara umumnya, ia adalah ringan dan tidak melarat. Majoriti wanita tidak memerlukan bantuan perubatan dan boleh dirawat di rumah.
Punca sebenar wanita mabuk semasa hamil atau mengapa sesetengah wanita mempunyai gejala yang teruk masih tidak diketahui. Banyak kajian yang mengaitkannya dengan perubahan hormon yang berlaku diawal kehamilan. Didapati wanita yang muntah-muntah pada awal kehamilan mempunyai paras estrogen yang lebih tinggi.
Berapa lamakah ia akan berpanjangan?
Rasa loya dan muntah lazimnya bermula sekitar 6 minggu kehamilan. Kebiasaannya ia berlaku pada waktu pagi, tetapi ianya boleh juga berlaku pada bila-bila masa siang atau malam.
Lebih kurang 80% wanita akan berhenti mengalami gejala ini sekitar 12 minggu kehamilan, selebihnya beransur pulih sekitar 16 minggu kehamilan. Walau bagaimanapun ada juga segelintir wanita yang akan mengalami masalah ini sepanjang kehamilannya.
Kesan mabuk hamil keatas kandungan
Wanita yang mengalami loya dan muntah-muntah yang ringan diawal kehamilan tidak perlu risau kerana ianya tidak mendatangkan sebarang kesan buruk kepada diri mereka atau bayi dalam kandungan. Walau bagaimanapun, jika muntah menjadi lebih teruk dan wanita tersebut tidak mengambil makanan atau minuman seperti biasa, seseorang itu perlu mendapatkan rawatan di hospital.
Wanita yang mengalami mabuk hamil yang teruk boleh mengalami dehidrasi dan memerlukan rawatan cecair melalui saluran vena di hospital. Jika rawatan tidak diberi, ianya boleh mengakibatkan ketosis (keadaan di mana asid di dalam badan naik tinggi) atau ‘metabolic acidosis’ dan ini boleh membahayakan bayi dalam kandungan atau ibu sendiri.
Tip untuk mengurangkan mabuk semasa hamil
Mabuk pagi boleh dikurangkan dengan mengubah diet seperti berikut:
* Kerap makan dan minum, tetapi dalam kuantiti yang kecil, lebih kurang 5-6 hidangan kecil sehari. Ini untuk memastikan air dan pemakanan yang mencukupi.
* Makan semasa bangun tidur biasanya membantu, contohnya apabila bangun dari tidur, makan beberapa keping biskut kraker dan rehat 15 minit sebelum bangun dari tempat tidur.
* Terus makan sesuatu makanan apabila mengidamkannya (teringinkannya)
* Elakkan makan makanan berminyak, pedas atau bergoreng
* Elakkan makan makanan yang boleh menyebabkan anda berasa loya
* Elakkan minum air dengan banyak semasa makan atau sebaik sahaja sebelum atau selepas makan
* Minum minuman diantara hidangan untuk mengurangkan muntah
* Mengambil halia (teh, halwa dan kapsul) terbukti boleh mengurangkan rasa loya dan muntah semasa hamil.
* Dapatkan rehat yang secukupnya, udara yang bersih dan sokongan keluarga yang mencukupi.
Anda perlu mendapatkan rawatan jika:
* Anda tidak berupaya untuk makan dan minum melebihi 24 jam
* Jika gejala-gejala di bawah berlaku bersama muntah-muntah anda demam, cirit birit, sakit perut dan sakit kepala.