Keraguan memilih susu terbaik pada anak-anak seringkali menjadi topik utama perbincangan bagi ibu. Antara yang dibimbangkan adalah sesuai atau tak jenama susu ni dengan anak.

Ada ibu yang risau anak sembelit, alahan dengan susu dan macam-macam lagi masalah.

Bagaimanapun, ramai juga ibu bapa yang masih tertanya-tanya bila waktu yang sesuai untuk beri fresh milk pada anak?

Fresh Milk Bukan Untuk Bayi Bawah Setahun. Tak Perlulah Bagi Walaupun Sikit

IKLAN

Menurut Pakar Kanak-Kanak, Dr Salehuddin Sulaiman, fresh milk tak sesuai untuk bayi bawah umur setahun.

Untuk bayi antara 1-2 tahun, limitkan kepada 350ml sehari. Susu segar ini boleh menghalang penyerapan zat besi di dalam usus.

IKLAN

Fresh Milk Bukan Untuk Bayi Bawah Setahun. Tak Perlulah Bagi Walaupun Sikit

Kandungan protein juga sangat tinggi. Kajian menunjukkan pengambilan protein yang tinggi di bawah umur 2 tahun boleh menyebabkan kegemukan kemudian hari.

IKLAN

Walaubagaimanapun, susu segar digalakkan untuk diberikan kepada kanak-kanak selepas umur 2 tahun.

As usual, kalau ada info yang salah, tolong betulkan saya.

Sumber: Dr Salehuddin Sulaiman

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI