Ramai peminat yang selalu mengikuti perkembangan Shakilla Khoriri selepas dia melahirkan anak sulungnya, Ameena Sofia pada bulan Mac yang lepas. Dalam entrinya di Instagram dia memuat naik sebuah foto dengan caption“Good morning. Macam mana puasa so far? Insya-Allah harap semua okay dan masih bertahan. Ramai yang kata I bam bam. HeHe… Of course dear. From 73kg nak ke normal weight 49kg tak kelakar tau.”
Betul, memang tidak mudah untuk mengembalikan bentuk badan seperti sebelum bersalin. Apatah lagi anak masih kecil, bagilah masa sikit kan! Kata pelakon ini, perjalanannya untuk mendapatkan berat badan sebelum bersalin bukan sesuatu yang kelakar. Katanya lagi, dia kini sedang berdiet untuk cuba dapatkan kembali berat badan asalnya dari 73kg ke 49kg.
Ads
Shakilla sebenarnya semakin berseri-seri sejak menjadi ibu ni. Berat badan sukar turun dan badan yang tembam bukan pengukur kita ni ibu yang baik atau tidak. Rezeki masing-masing, ada yang turun cepat. Ada yang ambil masa sedikit. Apa pun, Pa&Ma doakan agar Shakilla dan bayinya sentiasa diberikan kesihatan yang baik. Good luck Shakilla, you can do it!
Selain hamil dan seterusnya bersalin, ini fasa perubahan dalam bentuk fizikal dan emosi yang sering dilalui oleh wanita-wanita. Bukan itu sahaja malah ketika menyusukan bayi juga ada beberapa perubahan yang ada ketikanya dipandang ringan oleh orang lain terutamanya suami.
Melalui perkongsian Puan Nurasyikin Ali, terdapat beberapa perubahan besar yang boleh menyebabkan ibu menyusu lebih sensitif. Ia merupakan pengalaman dari dirinya sendiri. Menurutnya lagi penyusuan memerlukan sokongan dari suami dan keluarga terdekat.
Ada orang kata bini waktu berpantang dan menyusu anak ni, mengada-ngada je lebih. Alasan anak susah nak menyusu, padahal dia nak ‘MEMBUTA’.
Diorang tak tahu, bini tu seksa nak lalui sorang. Lelagi anak pertama takde pengalaman. Pejam mata, ketap bibir menahan sakit puting luka masa menyusukan anak.
Ada jugak yang kak ekin dengar sampai satu tahap ibu menyusu ni rase nak cubit anak, picit hidung suruh diam. Stress sampai macam tu sekali. Allahu..
Sebab tu kak ekin nak bagitahu ibu menyusu ni mereka bukan mengada-ngada. Tapi ada beberapa perubahan besar yang menyebabkan ibu menyusu lebih sensitif.
Based on pengalaman kak ekin sendiri, journey berpantang dan menyusukan anak ni tak mudah. Perlu support dari suami dan keluarga terdekat.
Yes, peritnya tempoh penyusuan 2 tahun itu bukan sekejap. Tapi trust me ibu-ibu, yang diri kamu itu Allah jadikan sungguh istimewa. Besar pahala dan ganjaran buat ibu-ibu semua.
Air mineral terutama yang mengandungi kandungan siliki yang tinggi memang elok kita amalkan setiap hari. Selain bagus diminum, air mineral juga boleh digunakan untuk mencuci kulit wajah. Jika diamalkan secara konsisten, kulit wajah akan lebih sihat dan bebas daripada masalah jerawat.
Dr Malar Santhi Santherasegapan yang juga doktor di Jabatan Kecemasan Hospital Columbia Asia, Cheras, berkongsi tip penjagaan kulit wajahnya.
Dr Malar Kongsi Tip Cantik
“Saya bagi satu rahsia, kalau travel saya cuci muka dengan air mineral saja. Saya tak guna air di hotel sebab takut ada outbreak, tumbuh jerawat. You all tak nak ikut tak mengapa tapi pastikan minum air putih secukupnya dengan kandungan mineral yang cukup.”
“Awas, jangan terpedaya dengan produk pil yang putihkan wajah ya! Nak kekal cantik secara semula jadi luar dan dalam sebenarnya tak susah pun. Konsisten saja dengan rutin asas. Lebih mudah, jimat kos!
“Usah mudah terpedaya dengan iklan-iklan produk pemutihan kulit lebih-lebih lagi yang menjanjikan kesan yang cepat contohnya pil, jus, suntikan, krim dan seumpamanya.”
Menurut Dr Malar, kulit yang glowing bukannya kulit yang putih. Kulit yang glowing adalah kulit yang bersih dan sihat. Untuk mendapatkan kulit yang bersih dan sihat, tidak perlu pun makan pil untuk memutihkan kulit sampai buah pinggang rosak.
Cuci Muka Dengan Air Mineral Bila Travel
Ada tiga sahaja tip dengan tiga langkah untuk dapatkan kulit glowing.
Tip Kulit Glowing
Langkah Satu
1. Cuci muka paling kurang dua kali sehari. Cari pencuci muka yang sesuai dengan kulit.
2. Guna skrub muka paling kurang dua atau tiga kali seminggu.
3. Lepas skrub muka, guna pula facial mask. Lepak, rehat bagi kulit bernafas.
Langkah Dua
1. Minum air putih yang cukup. Ini paling penting, bukannya minum jus-jus yang mengarut. Bila minum air putih, pastikan pilih yang ada mineral untuk kecantikan kulit.
2. Cari air mineral semula jadi yang tinggi kandungan silika kerana ia penting untuk tubuh kita serap kolagen dalam proses pembinaan kolagen. Maksudnya kalau tubuh kita sedang membina kolagen, silika memperkuatkan ikatan tersebut seterusnya memastikan kolagen itu berada di tempat yang sesuai.
Silika juga penting untuk pastikan kulit kita tegang dan kurangkan kendur atau kedutan. Senang kata silika ini penting. Sebab itu sangat penting minum air putih yang cukup. Pastikan ia mengandungi mineral-mineral yang penting untuk kecantikan dalaman.
Dr Malar sendiri suka cari air mineral semula jadi yang tinggi kandungan silika. Beliau tidak percaya makan suplemen kolagen boleh tinggikan kolagen dalam tubuh. Bagi yang usia mencecah 30-40 tahun, kolagen makin berkurang dalam tubuh. Malah, wanita daripada usia 20 an sebenarnya pembinaan kolagen dalam tubuh agak berkurang.
Langkah Tiga
1.Buat facial. Tapi kalau tak sempat, nak buat di rumah pun boleh. Sekarang ini banyak yang diy. Yang penting cuci muka dan minum air putih secukupnya dengan kandungan mineral yang cukup untuk kecantikan kulit.
Bagi anda yang sedang gigih berusaha untuk mencantikkan kulit, bolehlah amalkan air putih dan jangan lupa cuci muka dengan air mineral. Siapa tahu, kulit anda akan lebih sihat dan bersih.
Sakit ketika anda dalam fasa menyusukan anak adalah satu perkara yang menyusahkan dan memenatkan. Namun yang demikian, percaya atau tidak, menyusu anak anda ketika anda tidak sihat adalah selamat untuk anak anda, bahkan boleh jadi bermanfaat kepada mereka.
Bolehkah saya menyusu anak saya ketika sakit?
Dalam kebanyakkan situasi, jawapannya adalah boleh. Biasa untuk ibu merasa risau tentang kemungkinan untuk anda menjangkiti anak anda. Ini bagaimana menyusu ketika sakit boleh mendatangkan manfaat kepada bayi anda:
Ketika anda sakit, antibodi mula dihasilkan untuk melawan jangkitan dalam masa 24 jam pertama walaupun simptom belum mula muncul. Antibodi ini boleh kekal di dalam badan selama beberapa hari.
Dalam jangkitan virus pula, tempoh inkubasi boleh mengambil masa sekitar 5 hingga 7 hari, membolehkan antibodi terhasil disalurkan dalam bentuk susu badan kepada anak anda.
Ini bermakna, anak anda mendapat dos perlindungan daripada jangkitan flu atau selsema yang anda dapat tanpa mendedahkannya kepada jangkitan tersebut.
Walaubagaimanapun, anda tetap perlu mengambil langkah berjaga-jaga apabila anak anda sudah mula bersin. Sekiranya anda mengalami jangkitan selsema yang biasa atau jangkitan virus berkaitan dengan sistem penghadaman – ataupun demam – tidak menjadi masalah untuk anda menyusu. Pastikan anda membasuh tangan anda sebelum sesi menyusu dan mengelakan daripada bahagian hidung atau mulut anda menyentuh muka atau tangan mereka. Sekirannya anda mengambil ubat, cuba untuk pam dan buang susu yang terhasil dalam tempoh waktu anda mengambil ubat..
Bila untuk menyusu?
Sekiranya anak anda di bawah usia 3 minggu, mereka terlalu lemah dan terdedah kepada jangkitan, justeru, menyusu badan ketika ini tidak digalakkan.
Sekiranya anda menghidap penyakit yang debilitatif (sakit jantung, buah pinggang atau anemia) atau kurang berat badan, cuba untuk elakkan menyusu kerana badan anda perlukan kalori dan lemak yang mencukupi sebelum anda boleh menghasilkan susu.
Sekiranya anda menghidap jangkitan yang teruk seperti TB yang tidak dirawat (mereka yang telah dirawat selama 2 minggu dibenarkan untuk menyusu), atau HIV/AIDS. Anda boleh menyusu jika dijangkiti Hepatitis A (jika anak anda mengambil globulin gamma) atau Hepatitis B (selepas anak anda mengambil globulin gamma dan diberi suntikan vaksin Hepatitis B)
Sesentegah bahan atau ubatan boleh menyebabkan anda tidak boleh menyusukan anak anda. Contohnya, ubat anti-barah, ubat untuk tiroid, ubat darah tinggi, penicillin, lithium, hipnotik atau perangsang, ubat tidur dan dadah atau alkohol. Sentiasa berjumpa dengan doktor anda untuk mendapatkan nasihat kesihatan dan konsultasi.
Bila anda sakit, penting untuk anda minum air yang mencukupi untuk memastikan susu yang mencukupi dihasilkan dan juga untuk mengelakkan anda daripada tidak bermaya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Satu kisah yang mengejutkan dan membuka mata ramai ibu bapa mengenai kepentingan pemakanan seimbang untuk anak-anak. Seorang pelajar darjah 2 dilaporkan mengalami buta sepenuhnya...