Ramai peminat yang selalu mengikuti perkembangan Shakilla Khoriri selepas dia melahirkan anak sulungnya, Ameena Sofia pada bulan Mac yang lepas. Dalam entrinya di Instagram dia memuat naik sebuah foto dengan caption “Good morning. Macam mana puasa so far? Insya-Allah harap semua okay dan masih bertahan. Ramai yang kata I bam bam. HeHe… Of course dear. From 73kg nak ke normal weight 49kg tak kelakar tau.”
Betul, memang tidak mudah untuk mengembalikan bentuk badan seperti sebelum bersalin. Apatah lagi anak masih kecil, bagilah masa sikit kan! Kata pelakon ini, perjalanannya untuk mendapatkan berat badan sebelum bersalin bukan sesuatu yang kelakar. Katanya lagi, dia kini sedang berdiet untuk cuba dapatkan kembali berat badan asalnya dari 73kg ke 49kg.
Shakilla sebenarnya semakin berseri-seri sejak menjadi ibu ni. Berat badan sukar turun dan badan yang tembam bukan pengukur kita ni ibu yang baik atau tidak. Rezeki masing-masing, ada yang turun cepat. Ada yang ambil masa sedikit. Apa pun, Pa&Ma doakan agar Shakilla dan bayinya sentiasa diberikan kesihatan yang baik. Good luck Shakilla, you can do it!
Sumber: Shakilla Khoriri