Runsing juga dibuatnya bila berat anak tidak naik walaupun anak makan dengan berselera. Jenis pemilihan makanan anak sebenarnya memainkan peranan penting bagi menaikkan berat badan anak kita. Selain lengkap sumber karbohidrat, protin dan serat, anak juga perlu dibekalkan dengan sumber vitamin yang lain.
Bila anak menolak karbohidrat seperti nasi, mama bolehlah sediakan dari kumpulan yang sama buat anak seperti mi, roti atau pasta yang turut membekalkan karbohidrat kepada anak. Barulah anak dapat nutrisi yang seimbang setiap hari.
Petangnya pula, boleh sediakan menu ringkas tetapi berkhasiat yang dapat membantu kenaikan berat anak. Salah satunya adalah Frozen Yogurt Bites/ Bak yang tinggi khasiatnya buat anak. Nak buatnya pun senang saja.
Resipi Frozen Yogurt Bites, perkongsian Dr Ain Zul ini mudah je, tak sampai 30 minit dah siap. Jom ikut caranya.
Aileen ni cinonet tau kalau tengok depan-depan, so walaupun mummy dia doktor tapi anak cinonet pun kene bebel jugak dengan kakak misi. Tak terkecuali.
Buat frozen yogurt bites ni salah satu cara nak upkan berat anak. Tapi guna full cream yogurt tau ibu-ibu, bukan low fat. Nak buat frozen bites ni tak sampai setengah jam, cepat dan senang lepas tu anak pun suka sangat. Tak perlu masak or bakar, just biar dalam freezer ajer.
Anak pun suka dok mintak and mintak lagi even rasa sejuk macam ais benua antartika.
Bahan-bahan yang perlu cuma:
1) Full cream yogurt – boleh guna farm fresh
2) Madu asli
3) Calciyum/ buahan pilihan yang di blend
4) Kismis/cereals/potongan buah untuk toppings
5) Silicon mould/ bekas cupcakes
Boleh cuba tau nanti dengan anak.
Full cream yogurt (farm fresh) mummy guna 10 sudu + calciyum (anggur/vanilla/strawbery). Alternatif lain boleh blend buah e.g. pisang, starwbery, blueberry, apple dan sebagainya.
Tambah madu asli sebagai sweetener. Untuk kurangkan rasa masam yogurt. Mix them well.
Letak dalam acuan cupcakes, boleh but nipis/tebal. Letak toppings, ibu-ibu boleh potong buah jugak and tabur atas yogurt.
Masukkan dalam freezer dan tunggu.
Frozen bites are ready to eat. Biarkan 5 minit kat luar dan dah boleh makan. Boleh keluarkan frozen bites dan alih dalam freezer plastic storage dan simpan dalam freezer but stok anak kunyah hihihi.
Aileen suka rasa manis masam yogurt bites. Sampai makan sendiri pulak mintak dengan mummy.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI