G6PD? Apa kaitanya dengan kacang parang? Kenapa tak boleh makan? Jika rujuk buku merah kesihatan anak (hospital kerajaan), ada catatan yang mengatakan sama ada anak menghidapi G6PD atau normal. Kenapa ia menjadi catatan yang mesti ada dalam buku kesihatan anak.
Menurut Wikipedia, G6PD ialah Glokosa-6-Fosfat Dehidrogenase yang merupakan sejenis enzim keturunan yang terdapat di dalam sel darah merah manusia. Kekurangan enzim ini boleh memusnahkan sel darah merah apabila terdedah kepada jangkitan, ubatan tertentu atau makanan. Sebenarnya G6PD bukan penyakit tetapi berkaitan dengan genetik atau keturunan
Paling ditakuti bayi baru! G6PD akan menyebabkan jaundis (demam kuning). Oleh kerana kekurangan enzim G6PD, sel darah merah bayi mudah pecah dan menghasilkan kandungan bilirubin yang tinggi. Kandungan bilirubin yang tinggi akan menjadi toksik kepada otak dan menyebabkan kecacatan kepada bayi. Apabila ini berlaku, pemindahan darah perlu dilakukan dengan segera.
Namun anda tidak perlu risau jika anak mengalami kekurangan G6PD ini kerana pada dasarnya ia tidak berbahaya. Komplikasi hanya akan terjadi jika mereka terdedah kepada ubat-ubatan, makanan atau bahan kimia tertentu yang boleh menghasilkan proses homolisis di dalam darah. Dari segi yang lain, G6PD boleh menjadikan penghidap mempunyai daya ketahanan melawan penyakit Malaria.
Apa yang pastinya, kena jaga pantang larangnya. Jika langgar kemungkinan akan wujud permasalahan antaranya sel darah merah mati, sel darah merah pecah, kerosakan hati dan terdapat juga sesetengah kes yang menyebabkan kematian!
Berikut adalah antara pantang larang iaitu
Pemakanan:
1.Kacang parang (fava beans)
2.Asid askorbik tiruan yang terdapat dalam vitamin C
3.Gula-gula dan makanan berperisa menthol
4.Makanan yang mengandungi sulfida kacang soya atau produk soya.
5.Sesetengah produk bebas gluten seperti tepung semua jenis kacang atau produk kacang
6.Makanan yang mengandungi pewarna tiruan methylene dan toluidine blue
Persekitaran:
7.Ubat nyamuk (mengandungi pyrethium)
8.Ubat-ubatan herba atau jamu
9.Ubat anti-malaria
10.Ubat sakit kepala seperti paracetamol (mengandungi thylenol)
11.Ubat gegat (mengandungi napthalene)
12.Ubat-ubatan cina (senseh)
NOTA PENTING:
Maklumkan pada doktor atau pakar perubatan bahawa anak anda penghidap G6PD. Ia untuk mengelakkan kemungkinan tindakbalas yang berbahaya daripada rawatan yang diterima.