Kadang-kadang kering idea nak masak apa untuk keluarga. Lai-lagi raya dah semakin hampir ni, jadi nak masak yang mudah saja. Kalau boleh, biarlah resipi itu tidak renyah dan semua bahan untuk menyediakannya ada di dapur.
Fatin Pauzi berkongsi satu resipi yang senang untuk dibuat. Mempunyai gabungan rasa pedas dan masam, pasti dapat memikat selera suami dan anak-anak. Jika anda sekeluarga sukakan lauk speerti di restoran Cina Muslim, maka cubalah resipi menarik ini.
RESEPI AYAM MASAK CILI KERING STAIL CINA MUSLIM
Try la. Sedappp sangat. Rasa masam masam manis pedas
Sebab suami suka, atin masak je la. Kalau gi makan restoran cina muslim, dia suka makan ni. Atin share resepi k. Diizinkan #SHARE dengan syarat komen “Share” dulu. Hehe
Bahan-Bahan:
Bawang merah – mayang dan potong besar (2 versi)
Bawang putih – mayang
Lada besar 1 biji – mayang
Cili padi 3 biji – mayang
Cili kering 10 tangkai – potong kecil
Daun kari
Sos cili, sos tomato dan sos tiram
Paste asam jawa
Tepung gandum
Telur
Cara-caranya : 1) Ayam potong kecil. Atin potong besar sebab suka besar. 2) Lepas basuh dengan air garam, celup dalam telur dan tepung. Then goreng. 3) Toskan minyak ayam.
Ads
4) Tumis cili kering dan daun kari sampai garing. 5) Masukkan bawang merah, bawang putih, cili padi dan lada besar.
6) Letak semua sos tadi secukupnya. Ikut kuantiti ayam. 7) Masukkan sedikit air. 😎 Biar sedikit pekat. Masukkan paste asam jawa dan gula serta garam secukup rasa. 9) Masukkan ayam goreng tepung tadi dan gaul.
10) Bila sebati, biar sekejap dan siap!
Mudah kan?
Ads
Tip untuk menyediakan lauk ini adalah dengan memastikan ayamnya digoreng rangup, barulah rasanya sedap. Selain itu, gunalah bawang besar dan bukannya bawang Holland kerana rasa manisnya berbeza. Lebih sedap jika gunakan bawang besar biasa.
Kalau nak pilih cili kering yang kurang pedas dan boleh dinikmati anak-anak, carilah yang jenis lebar dan besar. Kulit cili jenis ini juga licin dan ia sesuai untuk digunakan dalam apa jua masakan buat anak-anak.
Bagi yang merindui laksa yang seringkali di jual di kiosk Pusat Membeli Belah, Aeon, jangan gusar kerana anda kini boleh mencubanya sendiri di rumah dengan rasa yang sama. Resipi yang dikongsikan oleh Sharifah Zuhaiza ini anda boleh cuba.
Resipinya ringkas malah tanpa disangka hanya menggunakan bahan yang mudah dan tidaklah terlalu banyak. Mudah dicari. Jom cuba!
Ok gaisss. Aku nak share resepi laksa sama rasa laksa aeon tu. Memang sedap nangis bucu meja punya. Suami aku yang tak makan laksa pun makan bertambah. Dahlah senang giler buatnya.
RESEPI ALA-ALA LAKSA AEON
Bahan-bahan:
Sardin 2 tin kecil (1 tin blend, 1 tin lenyek kasar je)
Pes asam pedas adabi
Bawang besar
Bawang holland setengah biji
Asam keping
Belacan
Daun kesum
Bunga kantan
Bebola ikan
Laksa basah
Blend sardin 1 tin, pes asam pedas, bawang, belacan. (boleh juga nak blend nenas sikit).
Campak semua bahan dalam periuk. Letak air. Masak le ikut pekat mana kuah yang kita nak. Jangan lupa letak garam dan gula.
Sos/kuah sardin tu letak sikit. Kalau suka rasa ikan yang kuat letak semua pun tak apa. Tapi better letak sikit-sikit sampai dapat rasa yang kita suka. Takut bau hanyir.
Last sekali letak bebola ikan. Petis udang terpulang nak letak ke tak. Nak masuk nenas pun boleh. Daun pudina pun boleh. Anak-anak aku tak makan jadi aku tak letak pun. Olah ikut selera masing-masing.
Taaraa, dah siap. Resepi atas ni untuk 3-4 orang makan ye.
Sekali pandang persis kuih bakar pandan namun kuih yang satu ini bukanlah kuih bakar sebaliknya Seri Muka Bakar Pandan yang cukup istimewa rasanya. Gabungan pulut dengan bahagian atas adunan yang berlemak buat seri muka bakar ini cukup sedap.
Uniknya resipi yang dikongsikan oleh Chef Azmin Zain ini cukup hebat malah bukan hanya dikukus bahkan turut dibakar bagi menambah kerangupan pada bahagian atas kuih seri muka. Nak tahu macam mana rasanya sedapnya, kenalah cuba!
Kuih yang popular di belah-belah utara tanah air kita. Harum semerbak bau pandan bakar dia. Asalnya kuih ni kita buat macam kuih Serimuka Pandan Kukus, dah separuh masak kita bakar pulak dalam oven, pakai api atas oven tu tinggi.
Resipi Pulut
1 kg beras pulut
300 ml santan
1 sb garam
500ml air
3 helai daun pandan
Kukus letak minyak satu sudu makan selama 45 minit.
Resipi Bakar Pandan
10 biji telur
1 kg santan
500gm gula
300ml air pandan
300gm Tepung Ros
400gm Tepung ubi
50gm Tepung beras
50gm Tepung jagung
1 sk garam
Bancuh sekali (campurkan semuanya) dan tapis.
Pulut yang dah siap kukus, tekan padat-padat dalam loyang yang dah di letak minyak sikit. Rata dan padatkan.
Baru tuang kepala santan pandan tadi. Kukus lagi 45 minit.
Lepas itu panaskan oven dengan api 200c. Guna api atas je. Masak dalam 20 minit.
Jenguk-jenguklah juga tengok dia hangus-hangus manja kira dah ok lah tu.
Apa-apa pun jangan lupa bismislah dan selawat sebelum nak mula masak. Inshaallah menjadi lah dia nanti.
Lempeng antara salah satu menu yang sedap dimakan dengan sambal bilis, sambal sardin atau dicicah kelapa. Penyediaannya yang mudah dan tidak banyak bahan antara alternatif cepat nak disediakan.
Jika teksturnya lembut memang makan sekeping pun tak cukup. Sedar-sedar 4-5 keping boleh habis sekali makan.
Istimewanya resipi kali ni, ia cantik kerana berwarna-warni dan disediakan sekali dengan resipi sambal pencicahnya. Nak tahu macam mana stepnya, ikut je resipi yang dikongsikan oleh Siti Khajar.
PANCAKE HIPSTER
– 1 paket tepung cap ros
– 1 biji telur
– 4 1/2 tin air(akak guna air masak biasa)
– 4 sudu susu pekat
– 1/2 tin minyak
– 2@3 titik butter oil (tak ada tak apa – untuk aroma sahaja)
– 2 sudu makan garam
* sukatan tin-guna tin susu
Cara-caranya:
– Campur semua bahan kacau sebati. Biarkan anggaran 10-20minit
*kadar kecairan/kepekatan boleh diubahsuai
– Lainkan sedikit untuk letak pewarna (masuk dalam botol sos lubang satu)
Kuali yang dah panas..pipe adunan berwarna seperti lingkaran ubat nyamuk. Tuang sesenduk adunan plain. Golek-golekkan kuali agar menutupi semua permukaan kuali.
Dah masak…boleh angkat dan gulung
RESEPI SAMBAL LADA CILI BERAPI
– 1 paket cili merah *
– 4x ganda cili hijau dr cili merah *
– 2 labu bawang besar(nk lebih pun boleh) *
– 1 labu bawang putih *
– 3/4 cawan minyak *
– Sedikit belacan *
– 8 sudu makan gula(ikut kesesuaian rasa)
– Air asam jawa/garam(sesedap rasa)
– Blender bahan bertanda *
– Tujuan blender dengan minyak untuk mengurangkan kadar masa proses bahan tumisan mengaring.
– Panaskan kuali, masukkan bahan yang dah blender. Letak gula. Bila dah garing perisakan dengan garam dan air asam. Biar dia merenih lagi lama lagi sedap. Tapi jangan sampai GESENG.
Kredit: Siti Khajar (BIKKM)
Nak dapatkan kelengkapan dapur pada harga promosi, klik sini
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa je yang tak nak hubungan suami isteri sentiasa bahagia, penuh kasih sayang dan rasa dihargai, kan? Setiap pasangan pasti impikan rumahtangga yang penuh...