Gabungkan Dua Tauhu Dalam Resipi Tauhu Berlauk, Menu Tinggi Protein Dan Kalsium Buat Anak!

Share

Jika menu bergedil atau bebola berinti mungkin sudah terbiasa bagi anak-anak kecil kita, kali ini menu Tauhu Berlauk dilihat cukup unik dan istimewa buat si kecil kita. Sesekali mencuba resipi baru pastinya buat anak-anak lebih teruja.

Tauhu jarang disukai anak-anak kita tetapi resipi yang disediakan oleh Puan Dahlia Kamaruzza di facebooknya ini mungkin membuka selera anak-anak kita. Gabungan dua jenis tauhu pastinya memberi rasa berbeza dan khasiat berganda buat anak-anak. Jom cuba!

Bahan-bahan.

Pagi ni makan tauhu berlauk je. Lama tak buat kudap-kudap untuk dia. Buat lebih simpan frozen. Esok-esok nak makan boleh goreng. Alhamdulillah Hilman suka.

Resepi Tauhu Berlauk

Tauhu biasa 3 keping
Tauhu telur 1 tube
Daging kisar 2 tbs
Daun ketumbar 1 tangkai
Carrot 1 inci
Telur 2 biji
Blackpepper sedikit
Serbuk ayam homemade sedikit
Bawang putih 1 ulas
Tepung jagung 1 tbs

Loyang/bekas untuk mengukus
Sedikit minyak

Masukkan semua bahan ke dalam blender atau food processor.

Blender sampai sebati.

Sapu sedikit minyak pada loyang atau bekas. Tuang adunan ke dalam loyang dan ratakan. Ketuk-ketuk sikit loyang supaya adunan padan dan tak berongga. 

Kukus selama 25 hingga 40 minit atau sehingga masak. Sejukkan.

Cara menggoreng, minyak perlu panas betul sebelum masukkan tauhu. Guna api sederhana saja. Boleh goreng terus atau celup dalam bancuhan telur dan goreng. Boleh juga celup dalam bancuhan telur dan golek dengan breadcrumb atau oat.

Published by
SRM