Gadis Umur 11 Tahun Dibedah Kerana Ada Cyst Sebesar Limau Gedang!

Siapa sangka gadis sunti berumur 11 tahun pernah dibedah kerana ada cyst sebesar saiz limau gedang!

Penyakit cyst yang menjadi ketakutan wanita sebenarnya turut boleh dihidapi oleh sesiapa pun walaupun masih seorang gadis sunti.

Kisah benar ini dikongsikan oleh Metro IVF yang pernah mengendalikan kes tersebut.

Umur 11 tahun disahkan mempunyai dermoid cyst sebesar limau gedang (grapefruit)

Gadis M berusia 11 tahun dan sering aktif di dalam setiap aktiviti yang disertai sama ada di sekolah mahupun bersama keluarga.

Namun sejak kebelakangan ini, M sering mengadu sakit perut. Mungkin salah makan atau masuk angin adalah sesuatu yang biasa difikirkan oleh ibu yang prihatin tentang anak gadisnya.

Tetapi yang lebih merisaukan si ibu Saiz perut M turut dirasakan besar daripada saiz yang normal.

Kesakitan yang dialami M menjadi lebih teruk dan tidak dapat dibendung membuatkan ibunya menjadi semakin runsing lalu membawa M untuk berjumpa doktor di hospital.

Setibanya di hospital dan pemeriksaan awal mendapati terdapat ketumbuhan di bahagian pelvis. Mujur M mempunyai tanda kesakitan, jika tidak ianya mungkin dikategorikan sebagai “Asymptomatic”.

M telah diusulkan untuk membuat pemeriksaan lanjut bersama doktor pakar sakit puan iaitu Dr Pravin Peraba.

Hasil pemeriksaan mengesahkan bahawa ia berpunca daripada ovari dan ketumbuhan telah membesar dalam lingkungan 10cm x 10cm jadi laparoscopy tidak dapat dilakukan.

Sebaliknya, pembedahan yang dikenali sebagai laparotomy dilakukan kerana saiz cyst yang besar.

Ternyata cyst tersebut mengandungi rambut, gigi dan juga tulang setelah ianya berjaya dikeluarkan.

Pembedahan berjaya membendung cyst daripada terus membesar dan mampu mengelak daripada menghadapi komplikasi yang lain.

Apakah Itu Cyst Dan Adakah Ianya Berbahaya?

Ovarian cyst adalah kantung yang berisi lendir/air yang berada di dalam kilang telur ovari, diameternya melebihi 3 cm.

Ia bukan sesuatu yang diwarisi dan hanya dermoid cyst berlaku sejak lahir manakala cyst yang lain hadir ketika usia reproduktif iaitu 15-45 tahun.

Ovarian cyst jenis kanser atau barah pula biasanya dalam lingkungan 45 tahun ke atas.

Sebagai contoh, semasa proses pengovulan, cyst terbentuk apabila telur cuba dikeluarkan. Proses tersebut mengambil masa antara 4 – 6 minggu. Sista ini jarang merembeskan hormon.

Sista folikel dan korpus luteum – sista folikel terbentuk apabila folikel yang menghasilkan telur dalam ovari membesar dan dipenuhi cecair.

Sista korpus luteum merupakan jisim tisu berwarna kuning yang terbentuk daripada folikel selepas proses pengovulan.

Sista jenis ini timbul dan hilang setiap bulan. Ia dikaitkan dengan fungsi normal ovari. Sista yang abnormal atau sista neoplasma – Ia terjadi kesan dari pertumbuhan sel dan kebanyakannya merupakan ketumbuhan benigna.

Dalam beberapa kes tertentu, ianya boleh menjadi kanser. Sista yang abnormal ini memerlukan rawatan perubatan dari doktor. Ini termasuklah:

Dermoid cyst – mengandungi pelbagai jenis tisu seperti bahan-bahan lemak, rambut, gigi, serpihan tulang dan tisu rawan.

Ovari polisistik – disebabkan oleh timbunan sista-sista kecil yang berganda menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan hormon.

Ini akan menyebabkan berlakunya haid yang tidak teratur, timbulnya bulu-bulu roma di badan dan ketidaksuburan.

Rawatan

Ia bergantung kepada saiz dan jenis cyst bergantung kepada umur iaitu sama ada anda dalam usia reproduktif atau menopause.

Adakalanya, cyst akan hilang begitu sahaja tanpa dirawat. Sekiranya gejala kesakitan dikesan oleh pesakit, rawatan awal dapat dilakukan seperti pembedahan kecil seperti laparoscopy dapat dilakukan.

Harus diingat bahawa kadangkala ia tidak mempunyai sebarang simtom iaitu keadaan yang dikenali sebagai asimptomatik sehingga pesakit menjalani ujian perubatan (ultra sound atau penyiasatan pemeriksaan yang lain).

Ada beberapa kes di mana ovari perlu dibuang yang membabitkan tiub fallopian dan juga rahim. Ia bergantung kepada tahap cyst tersebut dan hasil analisa daripada pemeriksaan lanjut, doktor dapat merumuskan rawatan yang bersesuaian dengan tahap kritikal sesuatu kes cyst tersebut.

Tanda-Tanda Cyst

Lazimnya tidak memberikan sebarang gejala. Ada beberapa kes di mana pesakit mempunyai salah satu atau beberapa gejala termasuklah :

  • Muntah dan loya
  • Sakit perut
  • Perut terasa buncit, tidak selesa dan cepat kenyang
  • Sukar atau kerap kencing
  • Rasa berat pada ari-ari
  • Sakit semasa hubungan kelamin (wanita yang telah berkahwin)

Tetapi sekiranya ia terlalu besar anda mungkin perasan perut sedikit buncit dan terdapat ketulan pada bahagian bawah perut

Segera berjumpa doktor andai anda tidak pasti sama ada anda atau ahli keluarga mempunyai cyst.

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati tetapi jika dikesan lebih awal ia dapat mengelak daripada keadaan menjadi lebih parah dan bahaya seperti kanser kerana ianya tidak memilih usia.

Lakukan pemeriksaan kesihatan secara rutin agar kesihatan anda atau ahli keluarga sentiasa berada dalam keadaan optimum.

Sumber: Metro IVF

IKLAN

This post was last modified on November 2, 2018 4:00 pm

Hasnita Sawal

Recent Posts

“Abi Bukan Buat Lawak, Abi Tengah Marah!”. Tak Takut, Urwa Siap Gelak Tengok Nadzmi Naik Angin!

Pasangan ini sering menjadi inspirasi kerana perkongsian tentang kehidupan dan anak mereka, Arwa Malaikha Urwa

2 mins ago

Cantiknya Hayla, Impian Nak Ada Gigi Tercapai! Wawa Zainal Akui Lambat Jumpa ‘Dentist’ Punca Gigi Rosak

Masalah gigi rosak sering terjadi dalam kalangan kanak-kanak. Punca gigi rosak adalah

42 mins ago

“Pandainya Berenang, Siap Pusing-Pusing” Berani & Tak Menangis Masuk Dalam Air, Wargamaya Seronok Tengok Gelagat Fatima!

Selepas menerima suapan pertama, pada usianya kini enam bulan, anak pasangan pelakon, Fazura dan Fattah…

2 hours ago

Resipi Sambal Bilis Kering ‘Legend’, Pedas Berapi, Boleh Tahan Sampai 2 Minggu!

Hidangan bersahur atau berbuka tidak bangkit enaknya jika tanpa sambal yang pedas dan sedap. Bulan…

4 hours ago

Resipi Filipino Fruits Cocktail, Creamy Lagi Berlemak, Gerenti Sedap!

Tercari-cari resipi untuk dicuba di bulan puasa ini, apa kata anda cuba Filipino Fruit Cocktail…

4 hours ago

“Tak Perlu Paksa Anak Kecil Berpuasa Penuh, Mereka Perlu Nutrisi” Pesanan Dr Izzar

Bila masuk bulan ramadan, ramai ibu bapa yang cuba nak mendidik anak-anak agar berpuasa

16 hours ago