Bagi Datin Rita Sosilawati, tiada yang lebih membahagiakan selain melihat keluarga menikmati air tangan sendiri. Biarpun bergelar ahli perniagaan yang jadualnya penuh dari pagi ke malam, Rita tetap memilih untuk masak sendiri di rumah.
Katanya, dari dapur itulah dia dapat salurkan rasa cinta dan tanggungjawab sebagai isteri serta ibu. “Makan di luar tak sama macam makan hasil air tangan sendiri,” ujarnya ringkas tapi penuh makna. Kalau suami dah kenyang makan di restoran sekalipun, tetap akan minta dia masak juga — sebab katanya rasa di rumah lebih ‘kena di hati’.
Masak Itu Terapi, Bukan Tugas
Bukan semua orang suka masak bila penat. Tapi tidak bagi Rita. Dapur baginya adalah ruang me time yang paling selesa. Di sinilah dia cari ketenangan, lepaskan tekanan, dan dapat rasa ‘hidup’ balik lepas seharian bekerja.
“Jangan anggap satu bebanan, tapi fikir bila masak tu untuk kita pun nak makan bersama anak-anak. Ini salah satu tip rumah tangga ya, kena memasak walaupun sibuk macam mana sekalipun.”
Ilmu masak pula bukan datang dari kelas mahal atau rancangan TV — sebaliknya diturunkan sendiri oleh arwah ibunya dan selebihnya hasil dari usaha gigih mencuba dan belajar sendiri. Setiap kali masak, bukan sekadar lauk yang terhidang, tapi juga kenangan dan rasa syukur.
Ads
Bila Asam Pedas Jadi Bahasa Cinta
Bila ditanya masakan apa yang suami paling suka, Rita tersenyum dan jawab — “asam pedas”. Jawapan itu disahkan sendiri oleh Datuk Khamarulazlan. Menurutnya, asam pedas air tangan isteri adalah comfort food nombor satu.
Tak kira hari hujan atau panas, itulah menu yang akan diminta. Dan menariknya, asam pedas ini bukan sekadar makanan — ia juga jadi ‘ubat’ kalau pasangan ini ada sedikit salah faham. Rita akan masakkan asam pedas, dan suami pula akan ‘cair’ tanpa perlu banyak kata.
Ads
Strategi Halus, Hati Pun Tulus
Rita percaya, rumah tangga perlukan strategi — bukan tipu daya, tapi seni memahami pasangan. Daripada memanjangkan pertelingkahan, dia pilih untuk luahkan maaf dan sayang melalui lauk kegemaran suami.
“kalau kata saya bergaduh, tipulah kalau kata suami isteri tak ada bergaduh kan. saya terus masak asam pedas. Setiap kali saya masak tu, suami akan jeling-jeling dan kata ‘dah tahu dah’. Terus baik dan jadi sweet moment sebab kami akan gelak-gelak je lepas tu.”
Satu periuk asam pedas boleh jadi jambatan hati yang renggang. Dan itulah rahsia kecil dalam hubungan mereka yang Rita simpan kemas dan diamalkan penuh konsisten. Bila hati suami dah ‘kena pancing’, hubungan pun jadi tenang kembali.
Ads
Dari Dapur ke Hati, Cinta Itu Dimasak
Siapa kata cinta tak boleh dimasak? Rita buktikan, dengan sedikit usaha dan niat yang ikhlas, air tangan isteri mampu menyatukan hati seisi rumah. Dalam dunia yang serba laju dan serabut, kadang-kadang yang paling menyentuh hati adalah perkara paling sederhana — seperti semangkuk asam pedas hasil tangan isteri tercinta.
Kementerian Pertahanan (MINDEF) komited untuk mempercepatkan proses permohonan perubahan penempatan tugas bagi seorang anggota yang mengalami kehilangan anaknya berusia lapan bulan di sebuah taska baru-baru ini.
Menurut Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari, kementerian memahami betapa sukarnya situasi yang dihadapi oleh Mejar Mohd Fikry Amri Abdul Halim, 39, dan isterinya, Sabrina Hakiem Zaini, 39, yang telah menunggu selama 13 tahun untuk memperoleh cahaya mata.
Lebih menyedihkan, bayi lapan bulan, Muhammad Al Fateh Fikry Amri itu baru lima hari dihantar ke taska di Taman Kelemak Utama. Malah ibu mangsa yang bertugas sebagai guru sanggup mengambil cuti tanpa gaji selama setahun.
“Buat masa ini, kita akan berusaha untuk membantu Mejar Mohd Fikry Amri, yang bertugas di Kem Perdana Sungai Besi, agar dia dapat tinggal sebumbung dengan isterinya yang menetap dan bekerja di Melaka. Permohonan untuk perubahan penempatan ini akan dipertimbangkan, tetapi ia juga bergantung pada kelulusan pihak berkuasa perkhidmatan pertahanan,” ujar beliau selepas melawat keluarga tersebut di rumah mereka di Taman Kelemak Utama.
Adly juga menambah bahawa kementerian akan memastikan kesejahteraan keluarga ini terjaga dengan memberi sokongan psikologi yang diperlukan, terutamanya untuk Mejar Mohd Fikry Amri, yang jelas paling terkesan dengan kejadian ini.
“Kita akan terus pantau dan berikan bantuan, termasuk sokongan psikologi, bagi memastikan kestabilan emosi keluarga ini, yang seterusnya boleh mempengaruhi perkhidmatan anggota berkenaan,” tambahnya.
Beliau juga menggesa pihak berwajib, khususnya Jabatan Kebajikan Masyarakat, agar lebih tegas dalam memastikan taska swasta mematuhi undang-undang dan mempunyai lesen yang sah untuk beroperasi.
Kejadian tragis ini melibatkan bayi Muhammad Al Fateh Amri yang ditemui tidak sedarkan diri dengan keadaan hidung berdarah di sebuah taska sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Alor Gajah. Seorang pengasuh taska berusia 34 tahun kini direman selama seminggu untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Takziah diucapkan kepada keluarga bayi 8 bulan yang telah kembali ke rahmatullah di taska. Semoga Allah SWT memberikan kekuatan dan kesabaran kepada ibu bapa dalam menghadapi dugaan yang amat berat ini. Doa kami bersama kalian. Al-Fatihah.
Perkongsian video anak kepada pempengaruh, Ryzal Ibrahim dan Maryam You Narae yang dimuat bapanya mendapat pujian ramai.
Jika sebelum ini Rina tampil dengan video mukbang ketika makan namun video Rina yang menguruskan dirinya sendiri kita sedang makan dipuji wargamaya.
Aksi dan gelagat Rina yang mengemas ketika baru selesai makan itu dikongsikan oleh bapanya melalui kamera CCTV rumah mereka.
Apa yang menariknya pastinya sifat berdikari Rina yang bukan hanya membersihkan makanannya bahkan mengelap meja malah turut membawa pinggan makanannya ke dapur.
“Dah boleh cari rumah sendiri,” tulis Ryzal menerusi kapsyennya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum melihat kerenah Rina yang dianggap bijak walaupun baru berusia tiga tahun.
Warganet turut memuji cara didikan Ryzal dan Maryam sehingga menjadikan Rina menjadi anak yang disiplin dan pandai berdikari.
Tarikh: 22 Februari 2025 (Sabtu)
Lokasi: Masjid Negara Malaysia
Masa: 9.00 pagi – 12.30 tengah hari
Apa yang anak anda akan dapat?
✅ Sijil Penyertaan
✅ Goodies Istimewa Bintang Kecil
✅ Makanan disediakan
Bayaran hanya RM50! Terhad kepada 200 peserta sahaja! Jangan lepaskan peluang ni! Tempat terhad, daftar segera! Untuk maklumat lanjut, hubungi: 019-6222989 (Nor)
Usahawan berjaya, Madammu atau Eriyca Baiduri terpanggil untuk membantu golongan yang memerlukan dikala semua orang sedang hangat membuat persiapan raya.
Menyedari pelbagai rungutan tidak dapat menyediakan kelengkapan raya, Madammu tampil dengan menyediakan lebih 1000 helai baju raya buat yang memerlukan.
Malah katanya lagi, dia tersentuh hari membaca kisah mengenai mereka yang tidak berkemampuan membeli kelengkapan hari raya.
“Baru-baru ini saya terbaca berita tentang ramai yang tak dapat beli baju raya tahun ini dan tersentuh dengan kepayahan yang terpaksa di lalui mereka.
“Saya terpanggil untuk berkongsi rezeki dengan insan-insan memerlukan di luar sana.
“Saya nak berikan secara percuma. Saya sediakan 1000 pasang baju kepada mereka yang memerlukan.
“Saya akan berada di butik Sabella untuk buat pilihan dan akan maklumkan bila tarikh pemberian yang akan dibuat dalam masa terdekat,” katanya.
Malah Madammu juga menyeru untuk sesiapa yang mengenali individu yang benar-benar susah dan memerlukan.
“Kepada yang kenal golongan susah, boleh maklumkan kepada saya.
“Saya juga tak boleh nak buat penghantaran secara pos sebab masa sudah suntuk. Saya akan beritahu bila akan diedarkan nanti,” katanya lagi.
Tragedi kanak-kanak 5 tahun lemas selepas majlis graduasi tabika ini mengundang pilu dan menjadi peringatan penting tentang keselamatan air. Ketahui kronologi, luahan keluarga dan langkah pencegahan.