Punya anak ramai dan jumlah adik beradik yang ramai pastinya tidak terlepas daripada melakukan kesalahan dan pergaduhan adalah satu hal yang dianggap biasa. Namun pergaduhan kadang-kala buat ibu bertambah pening. Makin buntu bila setiap hari anak-anak bergaduh. Bukan saja payah nak dileraikan, malah pergaduhan memakan masa berhari-hari.
Namun bagi ibu anak lima ini, Aisha Shukor Mohd Fairuz, beliau mempunyai caranya yang tersendiri dalam meleraikan pergaduhan dengan kelima-lima anaknya. Menariknya ibu muda ini, menggunakan pendekatan positif setiap kali anak-anaknya bergaduh. Ikuti perkongsiannya.
“Seronok tengok anak-anak Aishah, diorang tak penah bergaduh ke adik beradik?”
Sumpah pernah. Setiap hari mesti pernah gaduh. Mustahil adik beradik tak pernah bergaduh. Suami isteri pun bergaduh kan. Inikan pula budak-budak. That comes kita sebagai juri. Jangan sesekali bezakan anak-anak. Kalau sorang kena marah, semua pun mesti kene tazkirah. Gaduh la pun, takpe..itu kenangan yang mereka akan ingat bila masing-masing dah besar nanti. Tapi lepas dah lerai, kene dengar la mama tazkirah.
M: Penat tak gaduh? A: Penat, Mama M: Apa Dapat? A: Dapat Penat, Mama M: Sape Menang? A:Krikk Krikkk…(so moralnya, gaduh tak ada apa-apa faedah pun..penat je kan)
Ads
Cara saya didik anak (diulangi, cara saya ye, orang lain saya tak tau) gaduh macamana pun, makan kene setalam, sepinggan dan secawan. Solat kene berjemaah (kalau papa tak ada, mama imamkan, kalau mama tak ada, kakak imamkan adik-adik.
Dan selepas solat WAJIB bersalaman, minta maaf dan cium pipi kiri kanan dan dahi. Ikut keutamaan, anak-anak mulakan pada papa mama dan diikuti dengan yang paling kecik buat pada yang paling besar dahulu dan seterusnya.
Mula-mula diorang malu-malu tapi lama-lama akan jadi amalan?. Tak perlu didikan yang berat-berat sangat sebab mereka takkan hadam pun di usia macamni. Bagi diorang faham konsep je dah lebih dari cukup.
Ads
Untuk Abang dan Adik, sedari kecik lagi latih selalu sayang adik, peluk cium adik. Adik pun sama, bila abang buat adik atau adik buat abang, bagitau kenapa tak boleh buat..sebab dosa, Allah tak sayang kalau budak nakal. Dan percayalah selepas tu setiap kali dia nak buat salah, dia sendiri rasa sesuatu.
“Ecah garang tak? Pukul anak tak? “Sumpah, pukul..guna hanger dari lutut ke bawah. Lagi satu memang piat telinga. Bebel tu dah jadi desserts. Dan jujur saya memang garang. Sebab tu mama pandang je, anak 5 akan behave. Tapi yang peliknya, dalam apa keadaan pun diorang akan cerita dengan mama, akan refer mama, akan tanya mama.
“Alahhh, budak-budak ni depan mama baik la, belakang mama dia, mana kita tau kan” Saya bagitau anak mudah je. Mama tak nampak, tapi Allah tak pernah tidur. Tipu mama, mama tak tau tapi Allah tau. Kalau nk kene bakar dengan api neraka, buatlah”.
Ads
Sebelum tidur latih anak 5, salam dan minta maaf. Kita pun minta maaf dari anak-anak. Jangan ego sangat. Tanpa kita sedar, kita banyak abaikan masa dan perhatian kita pada mereka.
Wajibkan baca Ayatul Qursi dan 3 Qul dan akhiri dengan dua kalimah Syahadah. Masa anak-anak separa sedar (mamai la senang cakap), baca Al-Fatihah dan 3 Qul dan hembus di ubun-ubun). Tenung muka mereka dan bisik kat telinga “anak mama anak yang soleh solehah, baik, bijak, pintar, sihat, genius”.
Pujian-pujian ni selalu-selalu la sebut bila-bila masa je. Mohon Allah makbulkan..bukan untuk sesiapa pun, untuk anak-anak kita juga kan.
Last sekali, cara saya dan istiqomah saya dari mengandung anak pertama ialah saya tak akan sebut apa-apa yang negatif walaupun “buas”@”nakal” atau “degil”..atau “jangan lari-lari, kang jatuh berdarah baru padan muka” NEVER.
Sebab setiap patah yang keluar dari mulut ibu bapa ni adalah doa. Kita tak tau masa bila Allah buka langit dan makbulkan doa-doa kita. So kalau papa terlepas cakap apa-apa yang negatif, papa yang mama tazkirahkan hehe. Wallahualam.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak-anak kebanyakkanya lebih rapat dengan ibunya kerana ayah sibuk mencari rezeki. Masa anak-anak bersama si ibu lebih banyak berbanding bersama dengan ayah. Kadang-kadang anak tak sempat berjumpa dengan ayahnya kerana faktor pekerjaan yang memerlukan si ayah bekerja lebih masa sehingga lewat malam.
Doktor Taufiq Razif telah berkongsi tentang fakta anak menjadi hebat dan kurang bermasalah dengan adanya bapa yang cakna tentang keperluan dan emosi anak. Ikuti perkongsian ringkas ini.
Nak Anak Kita Hebat dan Kurang Bermasalah?
Cuba la sesekali tu pujuk dan ajar suami kita supaya cakna dan sensitif dengan keperluan dan emosi anak-anak
Bapa yang cakna, sensitif, ambil berat dan terlibat secara langsung membesarkan anak ni dipanggil sebagai INVOLVED FATHER
Anak yang membesar dengan INVOLVED FATHER ni:
– 39% akan skor semua A di sekolah
– 60% lebih rendah kebarangkalian untuk dibuang sekolah
– 75% lebih rendah kemungkinan untuk hamil ketika remaja
– 80% lebih rendah kemungkinan untuk meringkuk di penjara
– 2x ganda kemungkinan untuk dapat kerja yang stabil dan memuaskan di masa hadapan
Kalau nak anak hebat dan berjaya, kita sebagai ibu bapa harus bersama-sama untuk involve dengan emosi dan keperluan anak. Jangan biarkan anak melakukan semua perkara tanpa kita disisi. Anak yang hebat datangnya dari ibu bapa yang prihatin dan cakna.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Jom kita pergi jalan-jalan” kata si isteri, tak minta pun percutian mewah cuma teringin untuk keluar rumah bersiar-siar, tapi hampa bila suami tak endahkan.
Percayalah, isteri hanya mahukan sedikit ketenangan untuk melegakan emosi dan minda mereka setelah penat bertungkus-lumus menjaga keluarga. Kenapa perkara ini penting? Ikuti perkongsian pengalaman daripada Dr Taufiq ini.
Serius dulu saya ingat bercuti ni sia sia je.
Dulu saya ni jenis yang agak serius sikit. Saya fikir buat apa nak bercuti kalau tak ada tujuan. Tengok youtube, search google pun boleh kalau nak tengok pemandangan kan.
Itu dulu. Sehinggalah satu hari hidup saya jadi macam tepu bila kena jaga isteri berpantang. Yelah, tiap hari nak kena hadap anak. Tiap hari nak kena masak. Tiap hari nak kena cuci pinggan.
Rutin yang sama ni je saya duk ulang tiap hari. Rupanya rutin harian ni perlahan lahan membuatkan hidup saya jadi tepu. Dia bukan penat fizikal sangat tapi lebih kepada ’emotional burnout’.
Masa tu lah saya baru sedar. Rupanya isteri saya bukan nak bermewah mewah dengan ajak bercuti sangat. Rupanya dia nak keluar daripada ’emotional burnout’ je!
Ni saya bawa anak isteri saya bercuti ke Port Dickson kejap. Memang nampak bersinar sinar wajahnya. Senyum je memanjang. Sebenarnya tak perlu bawa ke tempat mahal pun. Kadang ke kedai Eco ke kedai RM2 pun dia dah suka sangat dah. Ikut bajet masing masing je sebenarnya.
Selama ni kita duk ingat isteri kita manja dan mengada ngada nak ajak pergi bercuti rupanya memang benda ni keperluan bagi dia supaya emosi dan psikologinya tetap segar dan terjaga.
Kredit: Taufiq Razif
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sedang kita kalut menukar lampin si bongsu, selepas penat memasak dan mengemas rumah tiba-tiba si abang tertumpah nasi berlauk di atas karpet yang baru dibeli.
Aduh bukan main marah kita kan. Sabar ibu sabar. Jangan diikut perasaan. Si abang tak sengaja. Gunakan tips ini untuk elak marah dan elak dari memukul anak.
1. Bertenang (pause) selama beberapa saat. Ingat! mulut lebih laju dari akal.
Ambil masa untuk bertenang beberapa saat. Tarik nafas dan hembus beberapa kali. Pastikan hati sudah cukup tenang sebelum mengeluarkan apa-apa perkataan. Konsep ‘pause’ ini sangat membantu kita untuk rasional semula.
Rasulullah pesan ketika marah, jika berdiri duduklah, kalau belum reda maka baringlah. Bila sudah okey barulah datang kepada anak dalam senyuman. Senyuman dapat memberi arahan kepada otak agar respon diri terhadap situasi lebih positif.
2. Minum segelas air
Air dapat menyejukkan hati. Air juga adalah elemen lawan bagi api iaitu elemen syaitan dan kejahatan. Tiupkan bismillah kepada air dan selawat. Bacakan doa semoga hati dilembutkan. Juga boleh guna cara mencuci muka agar rasa lebih lega.
Ingat kemarahan adalah salah satu cara syaitan memanipulasi hati.
Setelah tenang barulah dekati anak dan nasihat dengan cara baik.
3. Tinggalkan tempat kejadian
Cuba pergi ke ruangan lain dari tempat kejadian. Dengan cara ini sebenarnya bukan sahaja kita dapat mengawal semula emosi tetapi juga sebagai tanda kita tidak suka dengan perbuatan si anak.
Di ruangan lain cuba fikirkan tindakan yang paling terbaik untuk kita katakan kepada anak.
4. Hidu haruman wangi
Haruman wangi adalah aroma terapi untuk membantu menstabilkan semula emosi. Kewangian akan membantu kita lebih positif dan rasional. Jika perlu semburkan wangian aroma terapi setiap masa.
Setelah tenang minta anak untuk mengaku kesalahan dan jangan lupa berikan pelukan setelah mereka meminta maaf.
5. Berzikirlah
Semoga Allah sentiasa memberi kita ketengan dan kedamaian dalam apa jua situasi mendidik anak.
Amalkan zikir ini ketika marah
La haula wala quwwata illa billah (Tiada daya upaya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah)
InsyaAllah kita akan ingat bahawa tindakan marah dan memukul anak hanya akan mendera emosi dan menghidupkan rasa dendam yang mempengaruhi kehidupan mereka sehinga dewasa.
Berlembut dengan anak bukan bermakna kita memanjakan mereka tetapi sebaliknya terapkan rasa hormat dalam diri anak terhadap kita dan diri mereka sendiri. Dalam masa yang sama bertegaslah secara kreatif dan berhikmah. Jadi sekiranya anda mempunyai masalah untuk mengawal emosi ketika marah kepada anak, cubalah tips ini hari ini!.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.