Cemas dibuatnya bila melihat anak berusia enam bulan ke atas seakan-akan tercekik dan hampir termuntah ketika makan.
Tak perlu cemas kerana ia merupakan proses ‘gagging’ sebagai salah satu cara pelindung ketika mereka makan. Apa itu gagging?
Ikuti perkongsian Dr Amalina Mohd Daud mengenai masalah gagging ini.
Bila nak mula beri anak makan, sangat normal untuk anak ada gagging. Gagging ni selalu buat parents panik nak tukar tekstur. Gagging ni selalu buat parents panik nak beri certain jenis makan.
Gagging ini sebenarnya adalah normal reaction.
Bukan tanda tercekik
Bukan tanda anak tak suka makanan tersebut
Tapi adalah cara anak melindungi airway bila makan
Most of the time bila kita bertenang dan perhatikan anak, anak akan boleh handle gagging ni. Sama ada dia keluarkan balik atau dia sambung kunyah dan telan macam biasa.
Nak tau gagging biasanya ada tanda:
✅ Muka merah
✅ Mata merah
✅ Keluar suara uwek uwek
Biasakan diri tengok gagging supaya anda confident handle anak time gagging. Tengoklah video ini berulang kali supaya anda tak cemas tengok anak sendiri gagging
Saya ada kupaskan tentang gagging dan choking serta banyak lagi panduan lengkap mula makan anak makan supaya anda dapat mulakan anak makan dengan confident.
Menarik: Intan Najuwa Bakal Timang Anak Perempuan, Potong Kek Simbolik Umum Jantina Anak!
“Know Know Dah Dua Bulan” Sharifah Amani Tayang Muka Anak, Comelnya!
Burnout Jaga Anak Sendirian, Suami Tempat Wany Hasrita Mengadu!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my