Dalam kegairahan ibu-ibu menghias rumah jangan pula sampai mengundang bahaya ya. Memang cantik bila rumah dihias dengan kertas dinding ataupun wallpaper tapi biarlah kena pada tempatnya. Tak semua benda atau tempat perlu ditutup dengan kertas dinding.
Usah Pasang Kertas Dinding Pada Peralatan Elektrik
Jangan tampal pada bahan mudah terbakar
Pemasangan kertas dinding (wallpaper) boleh menjadikan ruang pada sesebuah rumah itu kelihatan cantik dan menarik. Namun, usah sesekali menampal bahan mudah terbakar itu pada peralatan elektrik.
Boleh tingkatkan risiko kebakaran
Selain haba tidak dapat dibebaskan dengan baik, trend pemasangan kertas dinding pada peti sejuk misalnya boleh meningkatkan risiko kebakaran.
Tindakan itu juga dapat mengurangkan keberkesanan dan memendekkan jangka hayat sesebuah peralatan elektrik.
Sumber info: Public Health Malaysia, Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Beli Set Pinggan Jangan Simpan! Rai Suami & Anak, Bukan Tunggu Tetamu Baru Guna
Lumrah orang perempuan memang suka beli tapi sayang nak guna. Bila suami tanya “kenapa tak guna barang yang dibeli tu?” Jawapannya “yang lama elok lagi, sayanglah nak guna yang baru..”
Bukan saja pinggan mangkuk, kasut, beg tangan, baju atau apa saja mesti simpan dulu. Kadang bila mengemas baru perasan barang yang dibeli beberapa tahun lepas masih tak guna dan elok je dalam kotak atau plastik.
Sama juga set pinggan mangkuk atau tupperware kebanyakan ibu-ibu rela simpan dalam almari. Hanya guna sesekali jika ada tetamu datang, majlis tertentu ataupun ketika Hari Raya.
Kalau diikutkan, barang-barang yang kita beli jika disimpan saja dan tak guna, kita akan berat saat dihisab nanti. Na’uzubillahi min zalik. Ingat bukan tak boleh membeli, boleh tetapi jangan mengumpul harta.
Seperti perkongsian Puan Nurlia Mohd Nor, ada tiga perkara yang dia belajar dari arwah maknya sehingga buatkan diri tersedar dan cuba ubah untuk jadi lebih baik.
ARTIKEL BERKAITAN [Beli Baju, Handbag, Pinggan Mangkuk, Tupperware Jangan Simpan. Semua Ada Hisabnya]
Ada 3 benda saya belajar dari arwah mak:-
1) Pinggan mangkuk untuk kegunaan keluarga dalam rumah sebolehnya jangan tangkap muat. Kalau raikan tetamu kita kalut keluarkan pinggan mangkuk cantik, sebenarnya di rumah pun sama. Tak kisah la plastik/ kaca tapi make sure kalau boleh seragam.
Biasa kalau ada anak kecil kita prefer plastik kan. Mahal atau murah tak jadi isu, tapi biarlah sedap mata memandang. Yang sebenarnya family dalam rumah ni lagi kena raikan. Takkan tunggu tetamu datang baru suami atau anak-anak dapat merasa guna pinggan cantik kan. Mak dulu pinggan Pyrex kaler coklat dia guna untuk pakai harian. Kata abah,
“ Buat apa simpan. Dah beli guna. Bukan boleh bawa mati pun..”
2) Pastikan telekung kita bersih dan cantik. Mampu beli yang mahal, belilah. Bila nak jumpa orang kita beria pilih baju cantik, siap make up bagai tapi nak mengadap Allah kenapa tak boleh cantik jugak kan. Tetiba jadi berkira dan cincai saja.
Janganlah pakai telekung yang dah bertahi lalat, dah kuning dan kusam. Murah pun tak apa asalkan bersih. Mak dulu telekungnya sentiasa bersih. Kalau tak sebab reput/ kain dah jarang memang boleh guna lagi. Bila mak meninggal saya wakafkan telekung-telekung dia yang masih elok di surau- surau.
3) Sejadah. Ada masa sejadah perlu dicuci. Jangan biarkan berbau kepam. Macam mana kita nak perkara lain pun cantik dan elok, sama jugalah dengan sejadah. Nak menghadap Allah jangan ambil mudah. Sampai masa kalau perlu tukar baru, tukarlah. Baju boleh beli dan tukar, kenapa sejadah tak bolehkan.
Beberapa hari lepas saya beli set pinggan mangkuk ni memandangkan set pinggan mangkuk Ikea yang kami guna seharian dah banyak yang sumbing/pecah. Encik suami suggest beli yang baru. Senang, tetamu datang pun guna yang ni, orang dalam rumah pun pakai juga yang ni.
Harta benda dah beli, sila guna..
Kredit: Nurlia Mohd Nor
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jangan Jemu Mendoakan Anak. Bacalah Setiap Hari, Insya-Allah Anak Jadi Soleh
Doa adalah senjata yang cukup hebat buat umat Islam. Bagi ibu bapa doa anda adalah kekuatan buat anak-anak tak kira masa.
Ramai juga yang percaya doa ibu adalah mustajab, sebab itulah seorang ibu perlu sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anaknya. Ibu tidak boleh berasa lemah atau berputus asa mendoakan yang lebih baik untuk anak.
Sekalipun menghadapi kesukaran dan kesedihan, janganlah meletakkan diri sebagai ibu yang lemah untuk terus berdoa demi kebaikan.
Letakkan kepercayaan pada Allah, pastinya doa kita suami isteri untuk anak akan sampai buat mereka semua.
Jangan Jemu Mendoakan Anak
1. Nabi Ibrahim menampilkan contoh terbaik dalam kesungguhan mendoakan anak. Sebelum dikurniakan anak lagi, Nabi Ibrahim berdoa agar dikurniakan anak yang soleh. Firman Allah:
رَبِّ هَبْ لِي مِنَ الصَّالِحِينَ
“(Nabi Ibrahim berdoa): Wahai Tuhanku, kurniakanlah aku anak yang soleh.” (Surah al-Saffat: 100)
2. Mengapa Nabi Ibrahim bersungguh berdoa agar dikurniakan anak yang soleh? Kerana hanya anak yang soleh sahaja yang mampu memberikan bantuan pada kita setelah kita meninggal. Ini difahami dari hadith Rasulullah yang menegaskan:
إذا ماتَ ابن آدم انْقَطَعَ عنه عَمَلُهُ إلاَّ مِنْ ثَلاَثةٍ: صَدَقَةٍ جارِيَةٍ، أوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أوْ وَلَدٍ صالحٍ يَدْعُو لهُ
“Apabila meninggalnya anak Adam, terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara: (1) Sedekah jariah, (2) ilmu yang bermanfaat, serta (3) anak yang soleh yang mendoakan mereka.
3. Barangkali atas dasar itulah Nabi Ibrahim berdoa kepada Allah agar dikurniakan anak yang soleh. Bagi ibubapa yang belum, sedang atau telah mempunyai zuriat, jangan sesekali berhenti berdoa agar dikurniakan anak yang soleh.
4. Setelah dikurniakan anak, Nabi Ibrahim berterusan berdoa agar dikurniakan anak yang sentiasa mendirikan solat. Ini difahami dari doa Baginda yang direkodkan di dalam al-Quran. Firman Allah:
رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ
“Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang sentiasa mendirikan solar, begitu juga dengan anak-anakku, Wahai Tuhan kami, perkenanlah (doa ini).” (Surah Ibrahim: 40)
5. Perhatikan doa ini. Dihujung doa tersebut, terdapat satu ungkapan yang tidak pernah disebutkan di dalam doa Nabi Ibrahim yang lain (sebagai kata penguat) iaitu ungkapannya:
رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاء
“Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa ini!”
Ungakapan yang terakhir ini seolah menggambarkan betapa bersungguhnya Nabi Ibrahim dan amat berharap agar dikurniakan anak yang konsisten mendirikan solat. Begitulah juga kita yang sepatutnya sentiasa berdoa agar dikurniakan anak yang sentiasa menjaga solatnya.
6. Nabi Ibrahim turut dilihat mendoakan anaknya yang berada dalam keadaan kesusahan yang membimbangkan. Ini didapati daripada doa beliau ketika meninggalkan anaknya Nabi Ismail di Mekah. Firman Allah:
رَّبَّنَا إِنِّي أَسْكَنتُ مِن ذُرِّيَّتِي بِوَادٍ غَيْرِ ذِي زَرْعٍ عِندَ بَيْتِكَ الْمُحَرَّمِ رَبَّنَا لِيُقِيمُواْ الصَّلاَةَ
“Wahai Tuhan kami, aku telah menempatkan zuriatku di lembah yang tidak mempunyai tumbuhan di sisi RumahMu, Wahai Tuhanku, supaya mereka mendirikan solat.” (Surah Ibrahim: 37)
7. Nabi Ibrahim sedar bahawa anak dan isterinya berada dalam keadaan yang sukar sewaktu di Mekah, lalu dipanjatkan doa agar Allah memelihara mereka. Kebergantungan yang tinggi kepada Allah menjanjikan pulangan yang lebih lumayan.
Pada asalnya, Nabi Ibrahim berdoa agar Allah memelihara keluarganya sahaja. Namun anugerah yang diberikan oleh Allah lebih dari itu. Telaga Zamzam yang ditemui mereka sangat diberkati sehingga dinikmati oleh umat manusia pada hari ini.
8. Dalam apa keadaan sekalipun, jangan pernah jemu mendoakan anak. Doa adalah manifestasi kebergantungan seorang hamba kepada Tuhannya. Saat belum dikuniakan anak, ketika dikurniakan anak, malah ketika anak dalam kesusahan, usah jemu berdoa. Moga Allah memelihara hamba-hambaNya yang berharap kepadaNya.
Sumber: FB Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tak Kisah Tampal Pelekat Pada Diaper Pant Mateen, Yana Samsudin Senang Hati Elak Pembaziran!
Hati seorang ibu ini memang istimewa. Bukan hanya kisahkan anak tak makan atau nak minum susu sahaja, bahkan semua perkara yang melibatkan anak, ibu boleh jadi rasa tak tenang seharian. Bab-bab melibatkan kos antara perkara penting yang sentiasa difikirkan seorang ibu.
Tak terkecuali berhadapan dengan situasi sebegini adalah pelakon cantik, Yana Samsudin. Perkongsian Yana yang menampal tape pelekat pada lampin pakai buang Mateen yang telah terkoyak, tetapi masih belum digunakan sememangnya mendapat pujian netizen.
Malah pendekatan Yana yang mengelakkan daripada membazir juga dikira satu amalan yang boleh dicontohi oleh ibu di luar sana. Jimat dan dapat elakkan pembaziran.
Semalam malam masa nak mandikan @aisymateen, yana terus koyakkan diaper pant dia.
Alaaaaaa!!!! Lepas koyak tu, baru sedar diaper tu baru je tukar dan tak ada najis pun lagi.
So lepas mandikan tu terus cakap dengan suami @fadzilzahari , “sayang, i rasa menyesal tak check dulu diaper ni, bersih lagi… sayang nya membazir. Ramai orang luar sana yang susah perlukan diaper untuk anak dia. Macam mana ni? I rasa bersalah. ”
Lepas tu dia reply, i pun pernah macam tu yang hari tu, lepas tu i letak soletip. ” Ha!!! Idea!!! ??????? .
So hari ini saya pun DIY lah diaper ini supaya tidak menjadi satu pembaziran.. it work!! Tahan juga!! Hahaha .
Lepas tu Mateen tanya mommy buat apa ni? Dia macam curiga kenapa kena tampal tampal. Mommy cakap DIY diaper mateen biar tak membazir. Dia jawab oooooooo…
Akhirnya Mateen happy! ❤️THANK YOU sayang ku @fadzilzahari bagi idea DIY ni!!❤️?? Kadang kadang mak mak ni buntu juga… benda simple je pun hahahaa!
Ok selesai separuh tugasan jadi ibu dan hati ku dah tenang. Nak bagi mateen makan pula. Muka ada cengkung sikit sebab baru kebah dari demam panas.
Sememangnya selagi boleh elakkan membazir, ada baiknya kita gunakan sahaja lampin yang masih bersih. Ingatlah bahawa ada ibu di luar sana yang terpaksa berdikit-dikit untuk membeli lampin pakai buang anak setiap bulan.
Semoga tip yana ini dapat dijadikan contoh buat semua. Tak salah pun kan tampal seletip. Cun lagi kreatif. Netizen pun puji!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI