Tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan berhampiran sebuah ladang organik di Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya awal pagi ini terus meningkat seramai 16 orang yang maut, 61 orang selamat sementara 17 orang lagi masih belum dijumpai sehingga jam satu tengahari tadi.
Salah seorang mangsa tragedi yang terselamat dalam kejadian tanah runtuh itu awal pagi tadi bercerita pengalamannya ketika berdepan detik cemas itu.
Menurut satu laporan yang dikongsikan oleh Harian Metro, Chong, 28 yang berasal dari Melaka, berkata, runtuhan tanah berlaku di tapak perkhemahan bahagian zon A dengan hampir keseluruhan kawasan itu musnah.
Katanya lagi, kejadian itu berlaku ketika dia bersama dua anaknya dan isteri sedang tidur di dalam khemah di lokasi tanah runtuh.
“Saya tak nampak, kami dalam khemah tengah tidur, sekali bunyi sangat kuat. Nasib baik khemah saya yang akhir sekali. Kaki terseliuh sikit sebab lari,” katanya.
“Saya dan rakan terus menggali tanah itu dengan tangan kami untuk membantu wanita dan anaknya.
Lelaki yang berasal dari Melaka itu berkata, dia bersama 18 ahli keluarga dan rakan berada di zon B yang semuanya selamat dan tidak terjejas teruk seperti di zon A.
Berkongsi pengalaman itu, tragedi tanpa diduga itu berlaku sekitar 2 pagi ketika kesemua mereka sedang tidur di khemah masing-masing sebelum terdengar bunyi seakan dentuman kilat.
Ia disusuli dengan runtuhan tanah yang turut dirasai. Sehingga kini dilaporkan melibatkan seramai 79 orang mangsa yang kini sudah dikenal pasti 16 orang maut (sehingga jam 1 tengahari).
“Kami kemudiannya terus keluar untuk selamatkan diri. Malam tadi hujan cuma renyai.
“Saya bersyukur kumpulan kami semua selamat cuma khemah saya saja koyak dalam kejadian itu. Kami datang ke tapak perkhemahan itu sejak kelmarin dan sepatutnya pulang hari ini,” kongsinya lagi.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Pa&Ma
Sumber: Harian Metro & Sinar Harian, Bernama