Keletah kanak-kanak adalah perkara yang paling mencuit hati dan disukai kebanyakan individu. Namun bukan semua perkara boleh dikongsi di media sosial, terutamanya gambar anak tantrum. Mengapa?
Bukan gambar anak tantrum
Rata-rata ibu bapa, khususnya golongan ibu gemar berkongsi gambar anak mereka di media sosial, tidak kiralah selebriti mahupun individu kebanyakan. Perkara ini dikenali dengan istilah sharenting. Umumnya, tujuan utama perkongsian seperti itu dilakukan adalah untuk disimpan sebagai kenangan.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa gambar yang tidak sepatutnya dikongsi kepada umum, antaranya seperti gambar anak sedang meragam. Bagi ibu bapa, berkongsi gambar anak tantrum mungkin dianggap sebagai humor.
Namun, adakah anda sedar perkongsian gambar seperti itu akan membawa impak yang besar kepada si kecil apabila dewasa nanti? Ataupun ia mungkin akan di salah gunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab sehingga boleh menyebabkan wujudnya rasa malu kepada anak?
Anda mungkin sedang mengalami tekanan disebabkan kerja pejabat yang bertimbun. Pulang ke rumah pula, si kecil meragam kerana kehendaknya tidak dipenuhi sehingga menangis. Nah, peluang terhidang di depan mata.
Anda pun terus memegang telefon dan merakam gambar anak yang sedang menangis tersedu-sedu. Lalu membuat perkongsian di media sosial dengan #tantrumgedik. Namun adakah itu yang sepatutnya anda lakukan?
Pastinya akan ada mommies yang bertanya, mengapa tidak sepatutnya membuat perkongsian gambar anak yang sedang meragam mahupun tantrum.
Berikut disenaraikan 4 alasan:
Ads
Tugas seorang ibu, menaikkan semangat anak
Anda pernah mendengar istilah body-shaming? Situasinya lebih kurang sama dalam hal ini, cuma ia melibatkan kanak-kanak, iaitu child-shaming. Ia boleh dianggap sebagai 1 keadaan yang semakin berkembang di media sosial.
Tetapi apakah kesan jangka panjang daripada perbuatan itu kepada si kecil saat dia sudah meningkat dewasa nanti? Bagaimana pula kesan perkongsian itu terhadap hubungan anda dan anak anda nanti?
Tidakkah anda sedar segala apa yang anda kirimkan di internet akan kekal selama-lamanya? Lebih-lebih lagi jika anda tidak memprivasikan akaun media sosial dan ia boleh diakses oleh sesiapa sahaja.
Jadi bukankah lebih baik untuk anda berkongsi gambar si kecil sedang menikmati dan bergembira dengan kehidupannya? Ia adalah aura positif yang pasti akan melahirkan senyuman kepada anda dan anak anda saat mereka melihatnya 1 hari nanti.
Ibu sepatutnya menenangkan anak
Jika si kecil sedang tantrum, manakala anda pula sibuk mengambil gambarnya, bukankah itu satu contoh yang tidak baik? Pada tanggapan si kecil, ibunya mungkin lebih pentingkan telefon berbanding dirinya sendiri.
Ads
Adakah itu sesuatu yang baik untuk berlaku? Sudah tentulah tidak. Malah, penulis rasa kalau anda mengambil gambar anak tantrum, jeritan dan tangisan akan menjadi semakin kuat.
Jadi, sudah tentu ia bukanlah 1 tindakan yang bagus. Ya, anda perlu memberi ruang untuk si kecil meluahkan apa yang dirasanya atau istilahnya kecerdasan emosi (EQ). Namun, janganlah sampai mengambil gambar si kecil yang menangis itu.
Tidak semua harus dikongsikan
Kemunculan media sosial menyebabkan kebanyakan daripada kita berasakan setiap momen yang berlaku harus dikongsi dengan umum. Tetapi hakikatnya, bukan semua. Bahkan, ada sesetengahnya hanya patut menjadi kenangan peribadi.
Saat berasa marah, kecewa, terluka harus dijadikan privasi dan rasa hormat, bukannya dikongsikan di Instagram atau Facebook.
Meletakkan diri sendiri
Apa kata mommies sekalian letakkan diri di tempat anak, adakah anda mahu ibu anda berkongsi gambar anda menangis meraung di media sosialnya? Tidak, bukan? Jadi itu jugalah yang si kecil rasai.
Ads
Ada masanya kita akan mengalami rasa letih yang teramat sangat, sehingga moody dan hanya ingin menangis. Anak anda juga begitu.
Jadi jika anda tidak mahukan gambar hodoh anda yang sedang menangis sehingga merosakkan solekan di wajah, mengapa anda harus berkongsi gambar si kecil yang sedang menjerit, menangis dan sebagainya?
Jadilah ibu yang bijak
Sebagai ibu atau bapa, apabila si kecil meragam, pastinya kita akan melihatnya sebagai 1 perkara yang comel, ditambah pula dengan raut wajah yang sedang merajuk. Lebih seronok, jika perkongsian tersebut mendapat banyak likes dan komen.
Namun, percayalah, bukan semuanya perlu dikongsikan bersama umum, terutamanya gambar anak tantrum. Berikan si kecil anda ruang peribadinya sendiri. Si kecil pasti akan menghargainya.
Sekiranya anda masih mahu mengambil gambar si kecil sedang menangis, terpulang. Tetapi cukuplah sekadar menjadikannya sebagai simpanan peribadi anda sendiri
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru 15 bulan dan travel 9 buah negara. Bawa anak kecil masa travel boleh jadi rencam tapi kalau rancang dari awal dan buat 7 persediaan ini memudahkan.
Jauh berjalan luas pemandangan. Pendedahan awal kepada si kecil tentang kepelbagaian budaya pendedahan kepada perkara baru. Perkongsian ibu ini, Puan Kina Omar tentang tip membawa bayinya, Amir Yaakub ini boleh dijadikan buat ibu bapa lain.
Mempunyai anak kecil bukan halangan untuk melancong tetapi perlu ibu bapa perlu buat persiapan awal agar keadaan terkawal dan tidak kelam kabut. Berada di negara orang dan mungkin ramai ibu ayah yang gusar mendapatkan sajian halal dan perlu menyediakan sendiri makanan bayi, bolehlah memasak sendiri di lokasi penginapan.
Alhamdulillah kina dah bawa Yaaqub travel ke 9 negara walaupun umurnya baru 1 tahun 3 bulan.
Di sini kina share sedikit tips untuk ibu bapa yang merancang untuk bawa baby travel:
#1: PENGINAPAN YANG MENYEDIAKAN DAPUR
Pastikan anda sewa penginapan yang ada menyediakan dapur supaya mudah untuk ibu prepare susu dan makanan untuk bayi. Penginapan yang ada dapur ni lebih mudah untuk dicari di website Airbnb. Bila dah tiada pilihan di Airbnb baru kina booking di booking.com
#2: PENGINAPAN YANG ADA PRIVATE PARKING
Bagi yang sewa kereta pastikan anda cari penginapan yang ada menyediakan ‘Private Parking’ untuk memudahkan kita untuk angkat barang dan anak. Public parking biasanya perlu dibayar dan susah nak dapat terutama di kawasan bandar. Kalau dapat public parking yang jauh penat kita nak jalan kaki sambil bawa beg dan anak.
#3: ADA LIF & MESIN BASUH
Antara kriteria utama kina dalam booking penginapan selain ada dapur dan private parking ialah yang ada menyediakan mesin basuh dan elevator atau rumah yang tiada tangga. Ini semua untuk kemudahan kita waktu tinggal di sana nanti.
#4: TAPIS SEMASA BUAT TEMPAHAN
Semua kemudahan di atas anda boleh ‘filter’ waktu nak buat tempahan penginapan di airbnb atau booking.com
#5: MAKANAN ANAK DALAM PENERBANGAN & TRAVEL
Pastikan anda sediakan makanan yang secukupnya untuk bayi sewaktu dalam kapal terbang atau travel. Selain bubur nasi biasanya kina akan bawa sedikit biskut dan buah-buahan yang mudah untuk bawa travel antaranya anggur (seedless), pisang dan blueberry.
#6: BAWA SEDIKIT BERAS UNTUK BUBUR ANAK
Bawa sedikit beras dari Malaysia supaya kita boleh masak bubur setibanya ke negara tersebut. Barang2 mentah lain seperti sayur dan telur boleh beli di sana sahaja. Kina juga selalu beli ayam halal di asian market atau asia grocery. Google saja biasanya ada di bandar bandar besar. .
#7: IKUT WAKTU TIDUR BAYI
Biasanya waktu baru sampai negara tersebut baby akan mengalami jet lag. Rancang perjalanan anda ikut waktu tidur bayi anda. Anak saya jenis susah tidur jadi saya akan pastikan bila waktu dia tidur kami sudah berada di hotel atau dalam kereta supaya dia boleh tidur dalam car seat.
Perasan tak bila anak mula buat drama, kita sebagai ibu bapa seolah hilang kesabaran. Cepat je rasa nak marah atau naik tangan dengan niat nak ajar anak. Tapi adakah kita terfikir tindakan ini betul atau salah?
Selalu mak ayah akan tanya nak berkeras ke nak menyerah? Dilema mak ayah bila anak dah mula masuk fasa “The Teribble Twos”. Ini la fasa di mana anak tak menerima kata “tidak” bila dia nak sesuatu.
Berikut perkongsian lanjut oleh Influencer Parenting, Mohd Fhais
Fasa paling dasyat dalam sejarah keibubapaan kerana ada satu tahap tu anak sampai boleh memukul, menendang, menyepak, mengigit, baling barang dan hempas badan untuk meluahkan protes bila tak dapat apa yang di minta.
Makin kita berkeras, makin menjadi pula tantrum dia. Bila kita menyerah, takut sampai di pijak kepala pula nanti. Aduh, dilema sungguh!
Baik, di sini ada beberapa tips tentang anak fasa The Teribble Twos ni.
– Fasa ini hanya normal semasa anak berumur 1-3 tahun. Jika berlarutan sampai ke 4/5 tahun itu tak normal.
– Ketika umur 1-3 tahun perkembangan IQ dan Fizikal sedang melonjak naik. Berjalan, bercakap, sudah pandai meminta, belajar tentang emosi dan belajar tentang hak peribadi.
– Antara semua perkembangan ni, emosi yang paling lemah sekali. Kerana mereka hanya pandai merasa tapi mereka tak pandai mengawal emosi tersebut.
– Oleh sebab ini la ketika mereka marah, tak puas hati, sedih, stress, frust, atau lost sekalipun mereka hanya ada satu je respon. Iaitu tantrum dan berkelakuan buruk.
– Sangat bahaya jika kita marah, tengking atau memukul anak ketika emosi mereka sedang bergelora. Ini akan membuatkan otak reptilia anak menjadi makin ganas.
– Itu yang tantrum makin lama makin menjadi jadi. Kalau hari ni kita berjaya diamkan anak dengan keganasan, tunggu la next tantrum dia pasti lebih ganas dari sebelumnya.
– Cara terbaik untuk handle masalah emosi anak adalah dengan formula 3R
1 – Regulate ( Tenangkan diri )
Fokus utama tenangkan emosi dan sensori anak dulu. Abaikan dulu walau apa pun anak dah buat.
2 – Relate ( Bina connection )
Sebelum nak pujuk atau tegur dapatkan dulu connection. “Ibu tahu adik sedang sedih” atau “kakak marahkan bila adik buat macam tu”
3 – Reason ( Terangkan )
Terangkan kenapa dia tak boleh buat apa yang dia buat. Beri alternatif kepada tindakan yang lebih baik.
Kita bukan sahaja nak tenangkan tantrum anak tapi kita nak mendidik anak tentang Self-Regulation dan Self-Control
Ini penting supaya masalah tantrum anak kita ni tak berterusan sampai ke tadika. Masa tu agak terlambat dah.
Terlalu berkeras pun tak boleh. Terlalu lembut pun tak boleh juga. Kita kena duduk di tengah tengah.
Mak ayah kena kental dan tak terlalu ikut emosi. Boleh jadi tegas bila perlu, dan boleh jadi lembut jika mahu. Yang penting jangan emo bila anak tantrum.
Kalau nampak anak mengamuk tak tentu pasal tu bersabar la. Dia tak sengaja, dia budak baru belajar nak kawal emosi.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terdapat beberapa jenis ubat yang diambil dengan memasukkannya ke dalam rektum atau dipanggil ubat supositori seperti diclofenac, paracetamol dan sebagainya.
Umumnya supositori adalah ubatan kecil berbentuk torpedo yang dimasukkan ke dalam punggung – rektum. Ubat jenis ini akan cair di dalam rektum kerana kepanasan pada suhu badan dan seterusnya diserap ke dalam darah.
Bagaimanapun, ibu bapa yang ingin memberikan ubat jenis ini, perlu betul-betul faham mengenai jenis Supp. PCM dan Diclofenac.
Bagi mendapatkan penjelasan lanjut, Doktor Pediatrik, Dr Redza Zainol ada jawapannya.
Baru-baru ni, kawan saya dari Selangor hubungi saya. Dia kata anak dia demam tinggi dan tak kebah-kebah. Bila pergi ke klinik, rupanya positif jangkitan Influenza.
Doktor tu nak bagi ubat demam melalui punggung tapi kawan saya ni tak bagi.
“Aku dengar bahaya bagi ubat demam melalui punggung. Betul ke?”
Saya kata gini.
Ada 2 jenis ubat demam yang selalu diberi melalui punggung ni. Yang pertama namanya Paracetamol.
Bila Paracetamol diberi melalui punggung, kita panggil ia sebagai Suppository Paracetamol.
Nama pendek dia Supp. PCM.
Yang kedua, namanya Diclofenac dan ia dibawah kumpulan NSAID (Non-Steroidal Anti-Inflammatory Drug).
Diclofenac pun boleh diberi melalui punggung dan nama pendeknya ialah Supp. Voren.
Ada 1 kajian yang diterbitkan di Jepun. Dia dapati kadar kematian meningkat bila ubat Diclofenac diberi pada pesakit yang positif jangkitan Influenza. Jadi, dah jelas yang kita tak boleh bagi Suppository Diclofenac kalau positif jangkitan Influenza.
Saya nasihatkan dia untuk guna Supp. PCM sahaja. Dos untuk Supp. PCM, kiraannya macam ni:
• Umur 3 bulan – 11 bulan : 60 – 125mg
• Umur 1 tahun – 4 tahun : 125 – 250mg
• Umur 5 tahun – 11 tahun : 250 – 500mg
Selalunya, Supp. PCM datang dalam dos 250mg. Jadi kalau anak umur setahun, boleh patahkan ubat Supp. PCM jadi dua dan beri separuh.
“Separuh lagi tu kau simpan. Lagi 6 jam, kau bagi lagi separuh tu kalau masih demam.”
Maksimum boleh bagi Supp. PCM 4 kali sehari dan ubat ni tak boleh ditelan. Kalau masih tak sihat, saya minta dia bawa ke klinik lagi.
Cuti sekolah ini pasti ada yang mengambil kesempatan nak khatankan anak. Memang tak dinafikan kaedah sekarang buatkan luka pada tempat khatan sembuh dengan cepat, tapi untuk ibu yang pertama kali nak jaga anak berkhatan, tentu ada gusarnya.