Tular baru-baru ini dengan gambar dan cerita seorang ibu penghantar makanan yang menggendong anaknya. namun lapor sebuah akhbar wanita tersebut menyatakan yang dia sebenarnya hanya membantu suaminya dengan menggalas beg yang berisi makanan sementara suaminya mengambil pesanan pelanggan di sebuah restoran makanan segera.
Menurut Nur Fatin Mohd Yusof, 24 dia sebenarnya tidak senang dengan perkongsian yang dibuat secara membuta-tuli sebegitu. Ujarnya orang yang menyebarkan gambarnya itu sepatutnya bertanya perkara sebenar terlebih dahulu bukannya terus berkongsi dan membuat andaian sendiri.
Gambar Gendong Anak Undang Sebak Warganet
Gambar berkenaan mengundang sebak warganet yang rata-ratanya mendoakan dan memuji kesungguhan Nur Fatin mencari rezeki tetapi tidak kurang juga yang meluahkan simpati dengan nasib wanita itu.
“BUKAN saya tetapi suami yang bekerja sebagai penghantar makanan, ramai salah sangka dan membuat penilaian sendiri selepas melihat gambar berkenaan,” itu reaksi Nur Fatin yang merupakan ibu kepada dua anak ketika ditanya mengenai kesahihan gambar tersebut.
Dalam gambar tersebut Nur Fatin dilihat memakai topi keledar dengan menggalas beg sandang GrabFood sambil mengendong seorang kanak-kanak di hadapan sebuah restoran makanan segera.
Menceritakan perkara sebenar, Nur Fatin mengakui terkejut selepas gambar berkenaan tular dan hanya tahu mengenainya selepas dimaklumkan oleh rakannya, Syahmi Hakimi, 24, menerusi kiriman WhatsApp semalam.
Ads
“Sejak semalam, ramai yang menghubungi dan menghantar kiriman WhatsApp kepada saya untuk mendapatkan kepastian mengenai perkara itu termasuk saudara di kampung kerana kasihankan saya selepas melihat gambar berkenaan.
“Malu juga kerana apa yang tular itu tidak betul dan membuatkan ramai keliru hingga menyangka saya bekerja penghantar makanan untuk menyara keluarga.
“Sedangkan saya hanya membantu suami menggalas beg sementara dia mengambil pesanan pelanggan di dalam restoran makanan segera di Bangsar, Kuala Lumpur.
“Jadi, cerita yang tular itu tidak benar dan saya sendiri tidak sedar bila gambar berkenaan diambil,” katanya.
Ads
Tanya Dulu Perkara Sebenar Bukan Terus Kongsi di Laman Sosial
Menurut Nur Fatin, secara peribadi, dia berasa tidak senang dengan tindakan individu berkenaan kerana mengambil gambarnya secara senyap-senyap dan memuat naiknya di media sosial.
“Sepatutnya, individu berkenaan datang kepada saya untuk bertanyakan perkara sebenar dan bukannya dengan mengambil gambar tanpa izin.
“Disebabkan perkongsian gambar itu, ada yang mempersoalkan tindakan saya membawa anak bersama sedangkan suami yang menunggang motosikal dan kami hanya membonceng di belakang.
Ads
“Suami juga sebenarnya bekerja sendiri dan hanya menjadi penghantar makanan secara sambilan pada waktu lapang sejak enam bulan lalu,” katanya.
Tidak Berniat Hanya Mahu Beri Inspirasi
Sementara itu, Norazwan Azmi, 30, yang bekerja sebagai perunding unit amanah berkata, dia tidak berniat buruk sebaliknya mengambil dan berkongsi gambar Nur Fatin di media sosial bagi memberi inspirasi kepada mereka yang mengikutinya di platform berkenaan.
“Gambar itu diambil pada awal pagi Isnin lalu secara spontan ketika saya berada di hadapan restoran berkenaan dengan tujuan untuk menyuntik semangat rakan sekerja dan sesiapa saja yang melihat perkongsian berkenaan.
“Namun, saya tidak sangka pula gambar itu tular di media sosial dan membuatkan ramai salah tafsir mesej sebenar yang ingin cuba saya sampaikan.
“Apa pun, saya akui tindakan mengambil gambar dan memuat naik gambar tanpa izin itu adalah satu kesalahan dan berharap mereka (Nur Fatin dan suaminya, Mohamad Hafifie) memaafkan perbuatan saya,” katanya.
Dalam peti sejuk juga boleh berlaku letupan walaupun rasanya tak ada benda yang memudaratkan. Murah ke mahal ke peti ais tersebut tetap akan berlaku letupan jika tiga benda ni disimpan di dalam peti ais.
Tiga benda ini yang dikenal pasti tidak selamat untuk diletakkan di dalam peti sejuk;
Minuman Bekarbonat
Minuman ni mengandungi karbon dioksida di dalamnya. Pada suhu yang sangat sejuk, karbon dioksida akan mengembang pada tekanan yang amat tinggi. Ini akan menyebabkan minuman dalam tin ini meletup bila tidak dapat lagi menampung tekanan.
Ais Kering
Ais kering juga terbentuk dari formasi pepejal karbon dioksida. Jika ia berada di dalam peti sejuk, suhu berada di bawah -18 darjah celcius, dan proses pemejaluwapan dipercepatkan pada tahap yang sangat pantas. Kalau pun ia x meletup di dalam ruang sejuk beku, peti sejuk akan termati dengan sendiri disebabkan suhunya yang jauh lebih rendah dari suhu peti sejuk anda.
Alkohol dan cecair mudah terbakar
Jika ia disimpan dalam ruang sejuk beku ia akan menyebabkan tekanan dan cecair dalam botol mengembang lalu menyebabkan letupan yang serius jika disimpan lama di ruang sejuk beku.
Jika anda tak pasti sama ada makanan dan minuman tu boleh diletak di dalam peti sejuk atau tak, boleh rujuk pada label pembungkusan.
Raya baru-baru ini pelakon Bell Ngasri telah memuatnaik gambar raya satu keluarga sedondon memakai pakaian raya berwarna emerald green. Apa yang menarik perhatian adalah wajah ayah kepada tiga orang anak ini masih kelihatan muda! Rata-rata peminat seakan tidak percaya bahawa Bell Ngasri atau nama sebenarnya Nasrizal Ngasri ini sudahpun berkeluarga.
Menurut pelakon yang lahir pada tahun 1980 ini, anak-anak sering mengadu kawan sekolah anggap dia tidak berpuasa disebabkan watak Barkoba yang dilakonkannya, namun dia bersyukur anak-anak sedia maklum bapa mereka seorang pelakon. –Berita Harian
Personalitinya yang ramah dan lawak sentiasa menjadi tumpuan peminat. Apabila tengok gambar family, semua dah nampak macam adik beradik bukan anak beranak! Kekal muda ya Bell Ngasri ni.
Dalam pada masa yang sama ramai peminat yang berseloroh di ruangan komen mengenai watak Barkoba yang dilakonkan oleh Bell.
Antara komen-komen yang ditinggalkan oleh warganet:
Tak kiralah anak lelaki mahupun anak perempuan, sememangnya rapat dan manja dengan ayah. Kalau boleh tak mahu berenggang! Ada satu bonding yang istimewa antara ayah dan anak-anak ni tak sama seperti dengan ibu. Sebab itulah dikatakan ayahnya adalah role model untuk anak lelaki dan cinta pertama untuk anak perempuan.
Kadang-kadang bila rapat dengan ayah pun ada tersilap juga. Itulah yang berlaku pada kanak-kanak ini apabila dia dengan yakin didukung oleh seorang lelaki. Tak menangis atau minta diturunkan kanak-kanak tersebut akhirnya tercengang apabila melihat ayahnya berada di tempat lain.
Sebenarnya yang mendukung kanak-kanak tersebut adalah seorang lelaki yang mempunyai rupa seakan-akan ayahnya. Dengan bentuk badan dan pemakaian yang lebih kurang sama, maka tak hairanlah dia boleh tersalah ayah!
Orang di sekeliling sudah tertawa melihat kanak-kanak tersebut yang asyik memandang kedua-dua lelaki tersebut untuk mengenal pasti ayahnya. Akhirnya, dia menuding jari ke arah ayahnya yang sedang duduk.
Memang terhibur bila tengok gelagat kanak-kanak tersebut.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.