Keibubapaan

Gambar Kecil Atau Besar Untuk Ajar Anak Mewarna? Ini Panduan Dari Pakar!

Share

Aktiviti mewarna dilihat sebagai aktiviti yang cukup mudah bagi sesetengah orang namun aktiviti ini sebenarnya mempunyai begitu banyak kebaikkannya kepada anak kecil.

Mewarna menggunakan kertas warna bersaiz besar atau kecil, mana lagi satu baik untuk anak?

Menurut perkongsian Ahli Terapis Cara Kerja, Pn Mahfuzah Zainol, anak yang menggunakan kertas warna kecil dan bersaiz besar banyak perbezaannya.

Jom ikuti perkongsian beliau.

Kalau nak ajar mewarna, kena guna gambar yang besar ke gambar kecik?

“Gambar besar”

Hampir 90% guru-guru menjawab mereka menggunakan gambar besar dalam slot aktiviti mewarna di sekolah.

Sebenarnya, kemahiran mewarna adalah untuk mereka belajar fokus.

Implikasi guna gambar besar:
1. Murid lebih kepada menconteng keseluruhan gambar.
2. Cepat penat.
3. Lepas tu dah tak nak mewarna lagi.

Implikasi guna gambar lebih kecil:
1. Murid lebih fokus kepada satu objek yang hendak diwarna.
2. Cepat siap.
3. Excited nak mewarna objek lain pula.

Cuba try test kepada anak-anak atau murid di sekolah. Mulakan dengan mewarna bentuk kecil.

Menarik: MUA Bellaz Sebak Ada Sebab Gigih Rakam Momen Dengan Anak, “Dulu Tak Ada Gambar Waktu Kecil

Burnout Jaga Anak Sendirian, Suami Tempat Wany Hasrita Mengadu!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my

Published by
SRM