Tidak dapat dibayangkan perasaan kedua ibu bapa lantaran si kecil pergi buat selama-lamanya akibat kecederaan di kepala ketika dalam jagaan pengasuh.

Si kecil yang bernama Aisy Fawwaz didapati tidak sedarkan diri oleh bapanya. Pengasuh sebelum itu telah menghubungi ibunya yang memberitahu yang anak kecil ini tidak boleh bernafas. Menurut ibu saudara Fawwaz, Shafiqah Abd Razak kejadian yang menimpa anak kecil yang berusia hampir 8 bulan itu berlalu terlalu pantas hingga akhirnya anak kecil ini pergi buat selama-lamanya.

8 Januari 2019, jam 12 lebih tengah hari pengasuh hubungi ibu mengatakan Fawwaz tidak boleh bernafas

Bapa mendapati Fawwaz lemah, darah penuh di hidung & mengganggu pernafasan

 

Doktor cuba selamatkan, tapi Allah lebih menyayangi  Fawwaz

Hasil x-ray menunjukkan banyak darah di saluran pernafasan, bukan tersedak susu

Menunggu keputusan post mortem untuk mendapatkan punca sebenar

Fawwaz kini sedang bermain di taman syurga, rehatlah kamu sayang, kamu insan terpilih

“Dah takda sapa boleh minum susu Fawwaz”

Sebelum ke rumah pengasuh sempat rasa kali terakhir susu ibunya & malam sebelumnya temankan ibunya siapkan kerja

Gambar kopiah ni gambar terakhir sebelum hantar ke rumah pengasuh

Keputusan post mortem mengatakan anak kecil ini mengalami kecederaan parah, kesan hentakan dengan objek tumpul pada bahagian kepala.

Bukan sesak nafas seperti yang dikatakan pengasuh tetapi rupanya ada perkara lain yang dilakukan kepada anak kecil ini. Pihak keluarga anak kecil ini menyerahkan semuanya kepada siasatan polis agar diberikan keadilan.

Sumber: Shafiqah Abd Razak

Tinggalkan Komen