Tidak dapat dibayangkan perasaan kedua ibu bapa lantaran si kecil pergi buat selama-lamanya akibat kecederaan di kepala ketika dalam jagaan pengasuh.
Si kecil yang bernama Aisy Fawwaz didapati tidak sedarkan diri oleh bapanya. Pengasuh sebelum itu telah menghubungi ibunya yang memberitahu yang anak kecil ini tidak boleh bernafas. Menurut ibu saudara Fawwaz, Shafiqah Abd Razak kejadian yang menimpa anak kecil yang berusia hampir 8 bulan itu berlalu terlalu pantas hingga akhirnya anak kecil ini pergi buat selama-lamanya.
Bukan sesak nafas seperti yang dikatakan pengasuh tetapi rupanya ada perkara lain yang dilakukan kepada anak kecil ini. Pihak keluarga anak kecil ini menyerahkan semuanya kepada siasatan polis agar diberikan keadilan.
Sumber: Shafiqah Abd Razak