Belanjawan 2021 yang baru dibentangkan sebentar tadi pastinya memberi banyak kelebihan kepada kita sebagai rakyat Malaysia. Bukan hanya beberapa faedah dan ganjaran yang diumumkan bahkan turut memberi pulangan berbaloi kepada rakyat terutama melalui skim perubatan dan rawatan buat diri sendiri dan keluarga.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam pembentangan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat, hari ini turut mengumumkan beberapa kelebihan yang bakal diperolehi terutama mengenai vaksin untuk keluarga. Pastinya ia memberi kelegaan buat ibu bapa yang terpaksa menanggung kos yang banyak untuk tujuan ini.

Dengan kos yang agak banyak, memilih untuk memberikan vaksin bukanlah dilihat sebagai keutamaan sedangkan ianya cukup penting bagi kita, lebih-lebih lagi kala terpaksa berdepan dengan penularan wabak pandemik yang mengancam dunia.

Ganjaran Bawa Anak Ambil Vaksin Pneumokokal & Influenza, Mak Ayah Terima Pelepasan Cukai!

Katanya menerusi pengumuman yang berdurasi selama dua jam itu, kerajaan pastinya mengutamakan vaksin Covid-19 yang melibatkan sejumlah kos yang agak tinggi demi memastikan kesejahteraan rakyat Malaysia.

“Kerajaan komited untuk mendapatkan sumber vaksin Covid-19 antaranya melalui penyertaan ke dalam program Covid-19 Vaccine Global Access atau COVAX. Dijangkakan bekalan vaksin Covid-19 ini melibatkan kos melebihi 3 billion ringgit untuk memenuhi keperluan rakyat Malaysia,” katanya.

IKLAN

Paling menarik dan cukup berbaloi pastikan kelebihan pelepasan cukai untuk ibu bapa yang memilih untuk memberikan vaksin kepada anak-anak mereka.

Ganjaran Bawa Anak Ambil Vaksin Pneumokokal & Influenza, Mak Ayah Terima Pelepasan Cukai!

“Selain itu, bagi menggalakkan rakyat mendapatkan vaksinasi mencegah penularan penyakit, Kerajaan juga bersetuju untuk meluaskan skop pelepasan cukai bagi perbelanjaan rawatan perubatan meliputi perbelanjaan vaksinasi seperti pneumokokal, influenza serta Covid-19.

Paling menarik, pelepasan cukai ini juga diberikan ke atas perbelanjaan vaksinasi bagi diri sendiri, pasangan dan anak-anak terhad kepada 1,000 ringgit,” katanya berkongsi.

IKLAN

Pastinya ia satu pelepasan yang cukup berbaloi malah memberi manfaat untuk keluarga agar terus terhindar dari pelbagai penyakit.

Bukan itu sahaja, paling berbaloi, Kerajaan juga akan menaikkan had pelepasan cukai ke atas perbelanjaan rawatan perubatan diri, pasangan dan anak bagi penyakit serius daripada 6,000 kepada 8,000 ringgit dan had pelepasan cukai bagi skop perbelanjaan pemeriksaan kesihatan penuh dinaikkan daripada 500 kepada 1,000 ringgit.

Sebagai tambahan juga, had pelepasan cukai ke atas perbelanjaan bagi rawatan perubatan, keperluan khas dan penjagaan ibu bapa juga dinaikkan dari 5,000 kepada 8,000 ringgit.

IKLAN

Ganjaran Bawa Anak Ambil Vaksin Pneumokokal & Influenza, Mak Ayah Terima Pelepasan Cukai!

Bantuan untuk rakyat

Dalam pada itu, rakyat juga turut menerima pelbagai faedah dan manfaat lain diantaranya termasuklah beberapa bantuan khas seperti Bantuan Prihatin Rakyat kepada isi rumah dengan pendapatan bawah RM2, 500 mengikut bilangan anak dari RM1,200 hingga RM1,800, Bantuan Khas Kewangan kepada kakitangan awam sebanyak RM600 untuk Gred 56 dan ke bawah.

Dalam pada itu, pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang terjejas dengan Covid-19 juga dibenar mengeluarkan simpanan daripada Akaun 1 secara bersasar sebanyak RM500 sebulan selama 12 bulan.

Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI