Pelakon jelita Diana Danielle tetap tampil langsing dan menawan. Dah beranak dua pun ibu muda ini tetap langsing macam zaman anak dara dulu.
Walaupun sibuk dengan pelbagai urusan kerjaya dan rumahtangga tetapi isteri kepada pelakon Farid Kamil ini tetap mempunyai masa untuk diri sendiri terutama dalam bab melakukan aktiviti kecergasan.
Diana juga sibuk sebagai pelumba kereta program Toyota Gazoo Racing Malaysia dan baru-baru ini dia mendapat tempat ketiga dalam perlumbaan pertama yang diadakan di Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil.
Dalam sibuk di litar lumba, pelakon yang juga pengacara program Kata Serasi di NTV7 ini tetap mempunyai cara tersendiri untuk terus tampil langsing dan bertenaga.
Baru-baru ini Diana berkongsi di Insta storynya tip mengekalkan bentuk badan langsing selepas melahirkan anak.
Ads
Ada pengikut yang bertanya benarkah rahsianya kekal langsing dengan tidak makan nasi sejak melahirkan anak sulungnya Muhammad yang kini berusia 5 tahun dan meminta Diana berkongsi tip turunkan berat badan.
Menurut Diana, dia memang tak makan nasi tetapi tak bermaksud menahan lapar. Sebaliknya pelakon ini telah menukarkan nasi kepada quinoa dan cous cous iaitu pengganti untuk nasi putih yang mengenyangkan dan khasiatnya sama seperti nasi.
Ads
“Jangan biarkan diri anda berlapar, buat senaman yang anda suka seperti menari (jika anda suka) atau yoga (saya sangat suka yoga) atau hiking (jika anda gemar aktiviti outdoors), berenang (saya suka juga).
Ada banyak pilihan yang anda boleh pilih. Macam makanan, saya adalah orang Malaysia yang suka makanan, tapi sesetengah masa saya tukar apa yang saya makan.
Ads
Selain itu banyak makan sayuran dan makanan yang mengandungi banyak air. Paling penting sekali, cukup tidur, rehat cukup, InsyaAllah.
Bayi memerlukan susu yang mencukupi untuk membesar menjadi kanak-kanak yang sihat dan kuat. Seawal usia mereka lagi, susu ibu merupakan pilihan yang terbaik. Namun lama kelamaan, si ibu mungkin akan terpaksa memperkenalkan si kecil mereka dengan susu botol terutamanya yang berkerjaya.
Keadaan ini mungkin akan mengganggu bayi anda kerana mereka masih tidak dapat menerima kenyataan bahawa mereka terpaksa berpisah dengan sumber makanan dan minuman utama mereka. Bagaimana untuk mengatasi masalah ini? Ikuti artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tip ajar bayi minum susu botol.
#1. Biasakan si kecil dengan puting botol
Cara ini dapat dilaksanakan dengan menyusukan bayi dengan susu badan yang telah diisi di dalam botol setiap kali selepas menyusu badan. Namun anda diingatkan untuk mengisi botol tersebut dengan susu dalam amaun yang sedikit sahaja. Ini hanyalah praktis untuk membiasakan mereka dengan puting yang bakal digunakan kelak.
#2. Gunakan puting botol dengan lubang yang kecil
Bagi kebanyakan kanak-kanak terutamanya yang masih bayi, puting botol biasa dengan lubang yang besar akan menjadikan mereka lemas dengan susu. Bagi peringkat awal, gunakan puting botol dengan lubang yang kecil terlebih dahulu.
#3. Pastikan susu yang ada digunakan adalah ‘fresh’
Sebaiknya, anda gunakan susu yang ‘fresh’ iaitu susu yang baru sahaja dipam daripada payudara anda dan belum dibekukan. Konsepnya sama sahaja seperti makanan yang kita makan. Bayangkan makanan yang baru sahaja dimasak, dimasukkan ke dalam mulut. Begitu juga halnya dengan susu badan.
#4. Pastikan posisi menyusu betul
Ini sangat penting untuk memastikan bayi dan anda sendiri berasa selesa. Sebagai contoh, anda boleh meletakkan bayi pada posisi sepertimana anda menyusukan bayi dengan susu badan. Paling penting, anda perlu memastikan kepala mereka berada pada kedudukan yang agak tinggi untuk mengelakkan bayi tersedak.
#5. Berikan susu ketika si kecil belum lapar
Anda diingatkan untuk tidak memberi susu ketika bayi sudah lapar. Ini untuk mengelakkan mereka daripada mengamuk dan langsung hilang minat untuk menyusu. Jadi, berikan susu kepada mereka apabila bayi berada dalam keadaan yang tenang dan aman.
#6. Biarkan individu lain menyusukan si kecil bagi pihak anda
Jika si ibu menggunakan susu botol untuk menyusukan bayi, ia hanya akan mendatangkan kekeliruan kepada si kecil kerana mereka menjangkakan untuk menyusu badan. Oleh itu, anda boleh minta bantuan daripada individu lain yang rapat dengan anda terutamanya pasangan anda untuk melakukannya bagi pihak anda.
#7. Jauhkan diri anda daripada si kecil
Bayi boleh mengesan bau ibunya walaupun anda berada di dalam bilik yang bersebelahan dengannya. Oleh itu, si ibu perlu menjauhkan diri anda buat seketika ketika individu lain sedang menyusukan bayi anda dengan susu botol bagi mengelakkan kekeliruan berlaku.
Sudah bersedia mahu menimang cahaya mata kedua, penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menyimpan hasrat untuk mendapat anak lelaki.
Anak sulung Siti, Siti Aafiyah Khalid bakal menginjak ke usia 2 tahun pada 19 Mac ini.
“Saya sudah ada anak perempuan, kalau boleh nak sepasang, saya berharap untuk mendapat anak lelaki pula.
“Namun begitu, segalanya saya serahkan kepada Allah. Apa sahaja yang Allah berikan, saya anggap rezeki.
“Sekiranya Allah izinkan, saya menerima sahaja dengan hati yang terbuka. Tak kisah cahaya mata lelaki atau perempuan,” kata Siti.
Dalam pada itu, Siti, 41, bakal mendapatkan saranan doktor kerana dia perlu melalui proses rawatan kesuburan in vitro fertilisation (IVF) sama seperti Aafiyah.
“Apa-apapun, saya akan mendapatkan nasihat doktor. Usia saya juga semakin meningkat, sebab itu saya meletakkan sasaran untuk mendapatkan anak kedua sebelum usia 43 tahun.
“Jika semuanya berjalan lancar, semuanya akan mengikut apa kata doktor. Jika doktor katakan saya boleh menyanyi, saya akan tetap aktif.
“Tetapi, jika doktor nasihatkan saya supaya senyap atau diam sahaja, maksudnya saya sedang ‘mengeram’ dan melalui proses terbabit,” katanya lagi.
Bayinya merengek-rengek menangis kelaparan, dan Puan Siti terpaksa mencari lokasi atau bilik tertutup yang sesuai untuk menyusukan bayinya agar tidak lagi merengek-rengek.
Berdasarkan situasi di atas, siapa kata bahawa penyusuan bayi adalah sesuatu yang mudah. Kami percaya bahawa ramai ibu yang mempunyai kesukaran untuk menyusukan bayi di tempat-tempat umum sama ada disebabkan oleh ketidaksesuaian lokasi atau faktor-faktor lain.
Walau bagaimanapun, terdapat juga cabaran lain yang perlu dihadapi oleh ibu-ibu yang menyusukan bayi yang mungkin jauh lebih sukar, iaitu kata-kata individu. Berikut merupakan antara kata-kata yang tidak patut dikatakan kepada ibu yang menyusukan bayi mereka.
“Bukan ke bayi baru menyusu ke?”
Rakan-rakan atau ahli keluarga yang datang menziarahi ibu dan bayi mungkin akan bertanyakan soalan seperti ini sekiranya mereka melihat ibu tersebut menyusukan bayi dengan kerap. Mungkin bayi baru sahaja disusukan, tetapi kita perlu memahami bahawa bayi mahukan susu tanpa mengira masa, jika tidak, bayi akan sentiasa merengek kelaparan.
“Tak risau ke kalau payudara jadi gelebeh?”
Komen atau pertanyaan seperti ini amatlah memalukan untuk ditanya sekiranya anda bertandang menziarahi ibu yang sedang menyusukan bayinya. Mengapa? Ia adalah tidak sopan untuk mempersoalkan saiz atau rupa bentuk fizikal individu lain.
“Susukan anak kat rumah je. Bukan dekat luar”
Bagaimana mungkin untuk seseorang ibu hanya boleh menyusukan anak di rumah sekiranya bayi tersebut kelaparan sepanjang masa terutamanya jika seseorang ibu mempunyai urusan di luar. Selagi mana penyusuan ini dilakukan dengan cara yang sopan terutamanya di lokasi yang lebih tertutup, selagi itulah penyusuan ini boleh dilakukan dimana-mana sahaja.
“Susukan anak ni memenatkan”
Mungkin terdapat juga beberapa individu yang menyatakan seperti, “Kalau saya, saya mungkin tak boleh nak berikan komitmen sepenuhnya untuk menyusukan anak.” Sekiranya anda tidak mampu melakukannya, tidak perlu mengatakan hal yang sama kepada ibu-ibu yang lain. Mungkin mereka lebih berkemampuan dengan komitmen penyusuan anak tersebut.
“Berapa lama nak susukan bayi?. Bila nak hentikan susu baby?”
Soalan seperti ini biasanya ditanyakan oleh individu yang merasakan mereka lebih berpengetahuan atau percaya dengan dakwaan-dakwaan merepek. Pemberhentian penyusuan anak ini bergantung kepada keperluan ibu dan anaknya apabila mereka telah bersedia. Tidak ada tempoh masa yang spesifik untuk menghentikan penyusuan bayi.
“Masih susukan anak ke?”
Jangan bertanyakan soalan ini kerana ia juga seolah-olah mempertikaian tindakan ibu yang masih meneruskan penyusuan bayinya sendiri. Menyusukan bayi tidak mempunyai tempoh masa yang tetap dan tidak menjadi satu kesalahan untuk ibu menyusukan bayi dalam tempoh yang lebih lama.
“Bagi susu botol je, nanti boleh rehat sikit”
Pemberian susu botol terutamanya dalam minggu-minggu pertama kelahiran adalah tidak digalakkan. Pemberian susu botol juga akan mengganggu pengeluaran susu ibu dan mungkin menyebabkan pembengkakan susu pada payudara ibu tersebut.
Susu ibu memberikan banyak kebaikan pada bayi seperti manfaat kesihatan dan tumbesaran. Selagi mana bayi itu menyusu dengan ibunya, selagi itulah dia akan memperoleh kebaikan daripada susu ibu tersebut yang ternyata berbeza daripada susu formula. Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan UNICEF hanya menyarankan agar pemberhentian penyusuan bayi dilakukan sekurang-kurangnya setelah dua tahun atau lebih.
Oleh itu, jangan memerli ibu-ibu yang sedang menyusukan anak dengan pertanyaan-pertanyaan yang kurang pertimbangan. Latihlah diri anda untuk menjadi lebih memahami dan prihatin terhadap individu lain.
Kadang-kadang jadi mak ni rasa macam superhero tak pakai jubah. Mana taknya, pagi-pagi dah kena kejutkan anak, sediakan sarapan, sambung kerja rumah dan dalam...