Untitled design (16)

Kita selalu sediakan Puding Roti biasa yang manis dan diperbuat daripada susu. Apa kata kali ini kita kawal pula kandungan gula anak dengan sediakan Puding Roti Savoury buat anak. Sesekali ubah selera anak pasti makan bertambah. Puding yang satu ini bukan sahaja enaknya lain macam bahkan kaya khasiat pada anak-anak kita.

Resipi yang dikongsikan oleh Puan Dahlia Kamaruza buat anaknya Hilman ini memang kreatif. Paling penting banyak sayur yang diletakkannya buat anak makin sihat. Jom cuba.

Gantikan Puding Roti Biasa Dengan Puding Roti Savoury, Boleh Kawal Gula Anak!

Petang ni mummy rajin sikit. So mummy try buat savoury bread pudding untuk Hilman. Alhamdulillah Hilman suka sangat. Habis 1/2 tray tu dia makan sorang. Mummy tak letak garam, still dah cukup rasa dia semua dari kombinasi cendawan shitake, capsicum dan cream cheese.

Cendawan kan dah ada umami flavour tu yang buat rasa dia dah cukup kuat. Capsicum dan bawang holand pulak manis-manis. Susu fullcream dengan cream cheese tu untuk rasa lemak-lemak. Bergabung tu dah cukup ngam rasa dia. Kalau tabur mozzarella cheese lagi sedap.

Gantikan Puding Roti Biasa Dengan Puding Roti Savoury, Boleh Kawal Gula Anak!

IKLAN

Resepi chicken and mushroom savoury bread pudding

Bahan-bahan:
Roti wholemeal 2 keping

IKLAN

Isi ayam sedikit (cincang)
Bawang holand 1/4 biji (dadu)
Bawang putih 1 ulas (tumbuk)
Kobis purple sedikit (hiris)
Capsicum merah 2 inci (dadu)
Cendawan shitake 1 ketul (cincang)
Cherry tomato 2 biji (dadu)
Telur 2 biji
Susu fullcream 1/3 cup
Tepung jagung 1 tbs
Mixed herbs sedikit
Unsalted butter sedikit
Cream cheese 2 tbs
Sedikit minyak untuk menumis

Caranya:
Gantikan Puding Roti Biasa Dengan Puding Roti Savoury, Boleh Kawal Gula Anak!

IKLAN

Topping
Panaskan kuali dan tumis bawang putih, bawang holand, cendawan, ayam dan sayur sampai layu. Tabur mixed herbs dan ketepikan.

Gantikan Puding Roti Biasa Dengan Puding Roti Savoury, Boleh Kawal Gula Anak!

Pudding
Sapu loyang dengan sedikit unsalted butter dan susun roti yang di sapu unsalted butter. Letak topping dan cream cheese. Then lapis semula dengan roti dan topping.

Gantikan Puding Roti Biasa Dengan Puding Roti Savoury, Boleh Kawal Gula Anak!

Kacau telur dengan susu fullcream dan tepung jagung. Tuang atas roti yang telah di susun. Bakar dalam oven dengan suhu 180'c selama 30 minit dengan api atas bawah. Siap.

Gantikan Puding Roti Biasa Dengan Puding Roti Savoury, Boleh Kawal Gula Anak!

P/s: Kalau nak koyak-koyakkan roti tu pun boleh. Then kacau topping sekali dengan telur baru tuang atas roti. If loyang tu ngam dengan size roti lagi cantik lah boleh nampak layer roti tu. And ikutkan boleh biar dulu dalam 15-30 minit lepas tuang adunan telur tu pada roti sebelum bakar. Biar dia meresap.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI