Akibat cemburu, seorang lelaki bertindak diluar kawalan dengan menyimbah minyak panas kepada isteri dan bayi perempuannya berusia empat bulan selepas berlaku pertengkaran antara mereka, petang 11 Februari.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Asisten Komisioner Lim Meng Seah, ketika dihubungi berkata, kejadian berlaku jam 5.50 petang di Semabok Dalam, Semabok, Melaka.
Beliau berkata, kejadian menyebabkan mangsa berusia 21 tahun serta bayinya terpaksa dikejarkan ke Hospital Melaka untuk rawatan akibat melecur di beberapa bahagian badan.
Menurutnya, siasatan awal mendapati kejadian berpunca apabila suami berusia 24 tahun mengesyaki isterinya berkawan dengan lelaki lain selepas kerap berbual menggunakan telefon bimbit.
“Si suami kemudian meminta penjelasan daripada isterinya yang ketika itu sedang menggoreng ayam di dapur.
“Wanita itu cuba memberi penjelasan, namun tidak diendahkan oleh suami.
“Pada masa sama bayi mereka menangis dan mangsa mendukung anaknya, sebelum suspek yang dipercayai tidak berpuas hati menyimbah minyak panas dari kuali di dapur ke arah mangsa dan anak bongsunya itu,” katanya.
Katanya, kejadian turut disedari ibu mentua mangsa yang membawa menantu dan cucunya mendapatkan rawatan selepas dengar tangisan kuat bayi itu.
Lim berkata, mangsa yang juga suri rumah mengalami kesan lecur di paha kiri manakala bayinya turut melecur pada belakang pinggang, punggung serta keseluruhan kaki sebelah kiri dan kanan.
“Suspek bekerja sebagai pemotong ayam di Pasar Borong Batu Berendam dan pasangan itu mempunyai tiga lagi anak berusia antara dua hingga enam tahun.
“Dia ditahan selepas polis menerima maklumat kejadian dan kini direman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan,” katanya.
Terdahulu kejadian berkenaan dikongsi oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Duyong, Mohd Noor Helmy Abdul Halem di Facebooknya.
Dalam catatannya itu, beliau melahirkan rasa kecewa kerana tindakan di luar batasan si suami menyebabkan anaknya menjadi mangsa.
Kredit: Metro
Selain Bahasa Melayu, mama papa mesti nak anak pandai Bahasa Inggeris juga kan? Bila dia pandai, dah tentu akan jadi lebih yakin nak bertutur dan menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian. Jom, mama papa belajar macam mana nak didik anak untuk mahir bahasa ini di E-Workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat! Dengan hanya RM20, bukan saja ilmu tapi mama papa berpeluang memenangi pelbagai hadiah istimewa dari Pa&Ma. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/panduan-ajar-anak-pandai-english/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI