Mengepam tidak salah tapi pastikan ibu dalam pantang mendahulukan aspek pengukuhan penyusuan terus daripada payudara. Kisah yang diceritakan oleh Pakar Laktasi IBCLC, Dr Hairin Anisa Tajuddin ini boleh dijadikan iktibar kepada ibu-ibu lain.

Ibu -ibu perlu tahu, selepas kelahiran, pengukuhan bayi kepada penyusuan terus daripada payudara amat mustahak. Proses pelekapan yang betul dan proses penyusuan itu sendiri amat membatu bayi untuk bonding dan membantu ibu mengosongkan payudara dengan baik.

International Board Certified Lactation Consultant (IBCLC) & Pakar Pediatrik, Dr Hairin Anisa Tajuddin berkongsi sebuah kisah benar tentang penyusuan susu ibu yang melibatkan ibu yang masih di dalam fasa berpantang atau confinement. Ibu bertindak hanya mengepam susu kepada bayi tanpa penyusuan terus kepada bayi kerana desakan orang di sekeliling.

Ini menyebabkan dua kesan yang memudaratkan iaitu ibu dan bayi tiada bonding serta payudara ibu bernanah. Berikut ialah perkongsian beliau;

Kisah Semalam ;

 Breast Abscess & Baby has No more Bonding with mom.

Semasa confinement, ibu minta confinement lady or center untuk jaga baby. Sedangkan ibunya hanya berehat dan melakukan pengepaman sahaja. Susu yang dipam (Expressed Breast Milk) diberikan melalui botol dan yang memberi susu tersebut juga wanita lain (bukan ibunya sendiri).

IKLAN

 Alasannya ialah ibu ingin berehat. Ibarat macam puteri raja yang tak boleh sentuh anaknya. Kena rehat 24 jam. Hanya pegang anak sesekali sahaja. Bukan tak boleh berehat.

 Memang ibu perlu rehat sebab kalau stress sangat nanti boleh jadi Post Partum Blues pulak. Tapi, kerja-kerja rumah boleh serah kepada orang lain jika ada, tapi penyusuan bayi sepatutnya diberikan kepada ibu. Let the mom & baby develop spiritual bonding.

BAYI DAN IBU TIDAK MEMPUNYAI BONDING YANG BAIK

 Akibatnya : Baby tak suka bau ibu…diletakkan atas dada ibu pun baby dah menjerit-jerit seolah-olah dipukul, apa lagi nak disusukan secara direct. Lagilah baby tolak semahu-mahunya. Seolah-olah baby tu tak suka betul kepada ibunya.

 Bila saya dukung baby ke dada saya, baby diam dan relax aje. Berulang kali saya letak baby semula kepada ibu selepas baby senyap. Immediately baby mengamuk menjerit. Saya pulak yang stress lihat baby memang tak nak ibunya dukung.

Gara-Gara Ibu Hanya Mengepam Masa Berpantang, Payudara Bernanah & Bayi Tiada Bonding. Susukan Dari Payudara Lebih Penting!

IKLAN

SISTEM SOKONGAN SEMASA BERPANTANG

Ini bukan salah ibu semata-mata tapi salah cara sistem sokongan yang ibu lalui. Orang-orang disekelilingnya tidak menunjukkan jalan yang betul.

BAYI ALAMI NIPPLE CONFUSION

Baby memang alami keliru puting (nipple confusion) yang teruk. Letak aje puting ibunya, dia tolak-tolak sambil menjerit dan nangis. Beri susu perahan pakai cawan pun baby malas nak guna lidahnya untuk handle susu dalam mulut. Aduh.

Gara-Gara Ibu Hanya Mengepam Masa Berpantang, Payudara Bernanah & Bayi Tiada Bonding. Susukan Dari Payudara Lebih Penting!

IBU ALAMI PAYUDARA BERNANAH (BREAST ABSCESS)

Ibunya alami breast abscess, bernanah. Sakitnya tambah dengan blocked ducts yang teruk. Sebelum ini saya dah tunjuk ajar ibunya cara menyusukan dengan betul dan baby mesti hisap direct. Jangan pam sahaja, nanti akan jadi abscess. Then masin mulut saya, ibu masih tak buat apa yang suruh dan ajarkan, maka baby menolak payudara ibu untuk disusukan .Maka terjadilah breast abscess.

IKLAN

Gara-Gara Ibu Hanya Mengepam Masa Berpantang, Payudara Bernanah & Bayi Tiada Bonding. Susukan Dari Payudara Lebih Penting!

MENGEPAM TIDAK MENYELESAIKAN MASALAH

Inilah sebab saya ulang kali kata MENGEPAM BUKAN PENYELESAIAN MASALAH…

Baby perlu MENYUSU TERUS DARI IBU, walaupun bekerja, balik kerja baby kena menyusu terus…faham tak?

Gara-Gara Ibu Hanya Mengepam Masa Berpantang, Payudara Bernanah & Bayi Tiada Bonding. Susukan Dari Payudara Lebih Penting!

Pam gunakan hanya di tempat kerja sahaja. Tapi ibu perlu guna perahan tangan juga jika rasa payudara tidak betul-betul lembut dan ada lumps (benjolan) selepas mengepam.

Sumber: Dr Hairin Anisa Tajuddin

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI