Alat pencegah kehamilan membantu pasangan suami isteri merancang keluarga. Penggunaan dengan cara yang terlebih tempoh boleh menyebabkan masalah hingga wanita perlu dibedah.

IUCD ialah singkatan daripada Intrauterine Contraceptive Device ialah sejenis alat yang berbentuk seperti huruf ‘T’ yang ditempatkan di dalam rahim untuk menghalang persenyawaan ovum. Ia juga mencegah pelekatan janin pada dinding rahim. Terdapat dua benang akan berjuntaian keluar ke ruang serviks bagi memudahkan ia dikeluarkan.

Gara-Gara Lambat Keluarkan IUCD Selepas Tamat Tempoh 3 Tahun, Rahim Wanita Ini Terpaksa Dibedah

Seorang ibu, Puan Hayati Yati telah berkongsi ceritanya tentang terlewat sehingga enam bulan untuk mengeluarkan IUCD selepas tamat tempoh selama 3 tahun. Kisahnya ini wajar untuk dijadikan pengajaran kepada semua wanita. Berikut ialah perkongsiannya;

Assalam..kawan-kawan. Ramai yg PM, Whatsapp dan call tanya pasal fb status saya baru-baru ni. Actually saya x sakit buat masa ni .Tapi lepas ni mungkin sakit. (Harap-harap saya sihat).

Baik lah saya share ape yang tengah saya hadapi dan moga boleh dijadikan pelajaran utk kawan-kawan semua especially yang dah berkahwin.

TERLUPA & TERLEWAT 6 BULAN

Selepas 3 bulan saya bersalin ank bongsu, saya pasang IUCD sebagai perancang. Lepas 3 tahun kena tukar. Tapi saya terlupa dan lewat 6 bulan untuk tukar. Bulan 5 saya ke klinik kesihatan. Tapi nurse cakap suh datang masa period. So..bulan 6 saya pergi lagi masa period tapi nurse suh datang period hari ke3. Saya datang balik masa period hari ke3 dan dapat jumpa doktor. Tapi doktor tidak boleh nak keluarkn. Dia ckp benang pendek.

Gara-Gara Lambat Keluarkan IUCD Selepas Tamat Tempoh 3 Tahun, Rahim Wanita Ini Terpaksa Dibedah

Doktor bagi appointment suh datang period bulan depan pulak masa first day period.Dia nak buat msa bleeding tengah byk. Jadi bln 7 saya datang lagi masa period hari pertama. Tapi agak nya doktor busy..Masa tu kebetulan hari Isnin..memang ramai pesakit. Jadi doktor arah kan nurse minta saya datang masa period hari ke6 pulak..hari Jumaat. Aduhh..pening di buatnya. Nak tak nak saya datang balik hari Jumaat.

BENANG PUTUS & IUCD TERLEKAT DALAM RAHIM

Dpt jumpa doktor. Tapi still tak boleh keluarkan. 2 orang doktor buat saya msa tu. Last-last benang tu putus. Alat dah terlekat dalam rahim. Terus doktor referkan saya ke hospital. Di hospital doktor dah scan, X-ray, ambik darah dan jumpa pakar bius. 

PERLU DIBEDAH

So doktor cakap sya kena operate (dibedah) untk buang alat IUCD tu. Risiko? Tetap ade. Kalau alat tu dlm sangat dan terlebih bleeding nanti kemungkinan rahim kena buang. Sebelum operate doktor nak inject belakang. Ini paling saya tak nak. Saya sudah deal dengan pakar bius untuk bius penuh. Biar lah saya tidak sedar sebab saya takut nak hadap operation ni.

Gara-Gara Lambat Keluarkan IUCD Selepas Tamat Tempoh 3 Tahun, Rahim Wanita Ini Terpaksa Dibedah

So…kawan-kawan,adik beradik dan saudara semua..tolong doakan untuk saya ye. Harap tak jadi apa-apa risiko yang membahayakn diri saya. Doa kalian amat-amat saya hargai. Sya tahu rupanya masih ramai yang sayangkan saya. Semoga Allah makbulkn doa hamba Mu ini..

Keadaan Puan Hayati adalah stabil. Menurutnya, pembedahan berjalan lancar tanpa sebarang komplikasi. Pa&Ma yang telah menghubungi Puan Hayati dimaklumkan, doktor yang merawat menyarankan agarnya berpantang sehingga tiba haid seterusnya.


 INFO MENGENAI IUCD

  • Berupaya mengelakkan kehamilan dalam tempoh 3 tahun.
  • Tidak bergantung kepada cara penggunaan.
  • Selamat digunakan bagi ibu yang menyusukan.
  • Tidak mengandungi sebarang hormon( kecuali jenama yang mengandungi hormon)
  • Tiada menyebabkan kenaikan berat badan kepada ibu.
  • Sesuai untuk wanita yang mempunyai masalah perubatan.

KESAN SAMPINGAN IUCD

  • Haid yang banyak
  • Sakit sengugut
  • Alat boleh terkeluar sendir sekiranya haid terlalu banyak

Sumber: Puan Hayati Yati

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI