Kegembiraan ibu membawa anak untuk beriadah sambil mandi sungai berdekatan rumah nenek bertukar tragedi yang tak disangka-sangka apabila keluar darah tanpa henti sehingga terpaksa dimasukkan kamera untuk melihat punca pendarahan.

Bagaimanapun, semuanya terjawab apabila doktor mengesahkan ia berkemungkinan berpunca daripada lintah sehingga menyebabkan pendarahan tak berhenti.

Kisah yang dikongsikan oleh Puan Amira Syafiqah ini boleh dijadikan peringatan bersama bagi yang ada anak kecil dan berhajat untuk mandi sungai.

Baru ada kekuatan untuk menceritakan hal sebenar. Ramai yang tertanya dan saya kongsikan untuk papa mama semua.

Gara-Gara Lintah Ketika Mandi Sungai, Darah Keluar Tak Berhenti! Anak Terpaksa Operate

3/3/2021 (4.36ptg)

Masa ni kami satu family dah bercadang nak berkelah dekat rumah tok. Dekat Kampung Kubu. Memang best laa air jenih, musim panas pula kan! Seronoklah duduk berendam dalam tu. Mikayla pun mandi tak pakai pampers, pakai seluar je. Sepanjang masa mandi Mikayla dengan saya. Dalam pukul 6 lebih macam tu, dah tak mahu mandi dah. Jadi  angkat Mikayla nak balik rumh tok nak tukar baju. Ketika angkat Mikayla, buang seluar dia nak lap dengan tuala. (Bermulalah kisah sedih)

Lepas buang seluar dia terus nampak darah keluar dari kemaluan dia. Bukan sikit tapi banyak sampai meleleh-leleh. Masa ni Allahuakbar tak tahu nak buat apa dah. Tapi relaxkan diri balik rumah tok dulu. Mandikan dia lagi sekali. Pakaikan pampers, dalam masa setengah jam, buka pampers dia penuh dengan darah. Siap ada darah ketul-ketul lagi. Allahu, masa ni otak jadi blur tak tahu nak buat apa. Jadi ajak suami balik.

Dalam pukul 8 macam tu buka pampers dia nak tengok. Tiba-tiba makin banyak keluar non stop!!!!!! Siap keluar ketul-ketul tu. Masaa ni saya dah mula menangis sebab tak tahu apa nak buat apa lagi. jadi buat keputusan untuk bawa ke Hospital Kuala Nerang. Dah sampai hospital bagitahu doktor yang kemalaun dia berdarah.

Setelah buat pemeriksaan, doktor beritahu kena rujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) sebab sana ada pakar..Mereka pun tahu itu darah apa. Dalam pukul 10 sampai di HSB masuk Zon Kuning.

Gara-Gara Lintah Ketika Mandi Sungai, Darah Keluar Tak Berhenti! Anak Terpaksa Operate

Cerita semua apa yang terjadi dekat doktor, lepas tu doktor beritahu kena buat pembedahan kecil untuk masukkan kamera. Ini bagi lihat apa sebenarnya berlaku. Lagi sekali saya menangis. Waktu itu juga doktor terangkan risiko-risikonya kalau buat pembedahan tu. Masa ni saya fikir nak anak sihat je.

Dalam pukul 11 masuk wad untuk rehat dulu dan Mikayla kena puasa sebab nak buat pembedahan tu. Masuk wad dia pun dia minta nak susu. Sedih pula sebab dia kena puasa.

4/3/2021

Dalam pukul 12.45 dah bersedia untuk masuk bilik pembedahan. Dalam pukul 12.50 pagi  masukkan ubat bagi Mikayla tidur. Doktor suruh saya keluar. Dalam pukul 2 pagi, doktor keluar semuanya dah selesai. Alhamdulillah bersyukur sangat.

Doktor beritahu semasa pembedahan itu dia tak jumpa apa-apa pun. Mereka periksa semuanya ok. Tak ada nampak pendarahan disebabkan punca lain dan doktor juga hairan.

Gara-Gara Lintah Ketika Mandi Sungai, Darah Keluar Tak Berhenti! Anak Terpaksa Operate

Doktor cakap tunggu sampai dia sedar dan tengok masih ada darah keluar atau pun tak. Doktor cakap dalam masa 40 minit dia sedar..Alhamdulillah Mikayla dah sedar tetapi darah masih lagi keluar. Tapi doktor cakap masuk dulu dalam wad.

Dalam pukul 8 pagi doktor datang dan beritahu kemungkinan disebabkan lintah masuk dan gigit, lepas tu dah jatuh. Sebab kalau lintah yang gigit memang darah lambat berhenti dan akan ambil masa sikit untuk berhenti.

Jadi doktor buat keputusan nak masukkan ubat berhentikan darah. Dalam pukul 12 tengah hari doktor periksa sekali lagi darah dah kurang, tiada lagi keluar ketul-ketul lagi. Doktor beritahu jika semua ok dah boleh dibenarkan balik.

Gara-Gara Lintah Ketika Mandi Sungai, Darah Keluar Tak Berhenti! Anak Terpaksa Operate

5/3/2021 (10pagi)
Doktor datang periksa keadaannya dan darah tak keluar banyak seperti sebelum itu. Hanya ada sikit-sikit je lagi. Alhamdulilah Mikayla dibenarkan pulang. Terima kasih Allah akhirnya dipermudahkan urusan Mikayla.

Gara-Gara Lintah Ketika Mandi Sungai, Darah Keluar Tak Berhenti! Anak Terpaksa Operate

Moral of story:- Kalau nak bagi anak mandi sungai pakaikan dia seluar yang ketat ataupun tak payahlah bagi mandi. Saya dah serik nak bagi anak mandi sungai.. LEPAS NI MANDI KOLAM DEKAT RUMAH JE…Terima kasih juga yang mendoakan anak saya. Puncanya sebenarnya adalah lintah.

Kredit: Amira Syafiqah

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI