Kegembiraan ibu membawa anak untuk beriadah sambil mandi sungai berdekatan rumah nenek bertukar tragedi yang tak disangka-sangka apabila keluar darah tanpa henti sehingga terpaksa dimasukkan kamera untuk melihat punca pendarahan.
Bagaimanapun, semuanya terjawab apabila doktor mengesahkan ia berkemungkinan berpunca daripada lintah sehingga menyebabkan pendarahan tak berhenti.
Kisah yang dikongsikan oleh Puan Amira Syafiqah ini boleh dijadikan peringatan bersama bagi yang ada anak kecil dan berhajat untuk mandi sungai.
Baru ada kekuatan untuk menceritakan hal sebenar. Ramai yang tertanya dan saya kongsikan untuk papa mama semua.
3/3/2021 (4.36ptg)
Masa ni kami satu family dah bercadang nak berkelah dekat rumah tok. Dekat Kampung Kubu. Memang best laa air jenih, musim panas pula kan! Seronoklah duduk berendam dalam tu. Mikayla pun mandi tak pakai pampers, pakai seluar je. Sepanjang masa mandi Mikayla dengan saya. Dalam pukul 6 lebih macam tu, dah tak mahu mandi dah. Jadi angkat Mikayla nak balik rumh tok nak tukar baju. Ketika angkat Mikayla, buang seluar dia nak lap dengan tuala. (Bermulalah kisah sedih)
Lepas buang seluar dia terus nampak darah keluar dari kemaluan dia. Bukan sikit tapi banyak sampai meleleh-leleh. Masa ni Allahuakbar tak tahu nak buat apa dah. Tapi relaxkan diri balik rumah tok dulu. Mandikan dia lagi sekali. Pakaikan pampers, dalam masa setengah jam, buka pampers dia penuh dengan darah. Siap ada darah ketul-ketul lagi. Allahu, masa ni otak jadi blur tak tahu nak buat apa. Jadi ajak suami balik.
Dalam pukul 8 macam tu buka pampers dia nak tengok. Tiba-tiba makin banyak keluar non stop!!!!!! Siap keluar ketul-ketul tu. Masaa ni saya dah mula menangis sebab tak tahu apa nak buat apa lagi. jadi buat keputusan untuk bawa ke Hospital Kuala Nerang. Dah sampai hospital bagitahu doktor yang kemalaun dia berdarah.
Setelah buat pemeriksaan, doktor beritahu kena rujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) sebab sana ada pakar..Mereka pun tahu itu darah apa. Dalam pukul 10 sampai di HSB masuk Zon Kuning.
Cerita semua apa yang terjadi dekat doktor, lepas tu doktor beritahu kena buat pembedahan kecil untuk masukkan kamera. Ini bagi lihat apa sebenarnya berlaku. Lagi sekali saya menangis. Waktu itu juga doktor terangkan risiko-risikonya kalau buat pembedahan tu. Masa ni saya fikir nak anak sihat je.
Dalam pukul 11 masuk wad untuk rehat dulu dan Mikayla kena puasa sebab nak buat pembedahan tu. Masuk wad dia pun dia minta nak susu. Sedih pula sebab dia kena puasa.
4/3/2021
Dalam pukul 12.45 dah bersedia untuk masuk bilik pembedahan. Dalam pukul 12.50 pagi masukkan ubat bagi Mikayla tidur. Doktor suruh saya keluar. Dalam pukul 2 pagi, doktor keluar semuanya dah selesai. Alhamdulillah bersyukur sangat.
Doktor beritahu semasa pembedahan itu dia tak jumpa apa-apa pun. Mereka periksa semuanya ok. Tak ada nampak pendarahan disebabkan punca lain dan doktor juga hairan.
Doktor cakap tunggu sampai dia sedar dan tengok masih ada darah keluar atau pun tak. Doktor cakap dalam masa 40 minit dia sedar..Alhamdulillah Mikayla dah sedar tetapi darah masih lagi keluar. Tapi doktor cakap masuk dulu dalam wad.
Dalam pukul 8 pagi doktor datang dan beritahu kemungkinan disebabkan lintah masuk dan gigit, lepas tu dah jatuh. Sebab kalau lintah yang gigit memang darah lambat berhenti dan akan ambil masa sikit untuk berhenti.
Jadi doktor buat keputusan nak masukkan ubat berhentikan darah. Dalam pukul 12 tengah hari doktor periksa sekali lagi darah dah kurang, tiada lagi keluar ketul-ketul lagi. Doktor beritahu jika semua ok dah boleh dibenarkan balik.
5/3/2021 (10pagi)
Doktor datang periksa keadaannya dan darah tak keluar banyak seperti sebelum itu. Hanya ada sikit-sikit je lagi. Alhamdulilah Mikayla dibenarkan pulang. Terima kasih Allah akhirnya dipermudahkan urusan Mikayla.
Moral of story:- Kalau nak bagi anak mandi sungai pakaikan dia seluar yang ketat ataupun tak payahlah bagi mandi. Saya dah serik nak bagi anak mandi sungai.. LEPAS NI MANDI KOLAM DEKAT RUMAH JE…Terima kasih juga yang mendoakan anak saya. Puncanya sebenarnya adalah lintah.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Influenza terbahagi kepada banyak jenis dan dikategorikan sebagai influenza A, B dan C. Virus jenis A adalah penyebab utama flu terhadap manusia dan haiwan. Jenis B pula kurang biasa tetapi boleh menyebabkan penyakit yang menyerupai jenis A manakala influenza jenis C pula mengakibatkan selesema sederhana dan jarang dijangkiti.
Tanda dan gejala influenza tidak sama dengan selesema biasa. Gejala flu biasanya lebih serius dan mungkin memerlukan pesakit berehat daripada tugas harian. Gejala influenza pada kebiasaannya muncul secara tiba-tiba. Pesakit biasanya menghidap demam yang tinggi, batuk, sakit kerongkong, berhingus, sakit otot dan badan, sakit kepala dan keletihan.
Berikut perkongsian dari Dr Erna Nadia mengenai Infuenza A
Ok, apa benda influenza A ni? Ianya adalah sejenis penyakit yang sangat mudah berjangkit dari satu individu ke individu yang lain melalui cecair di udara ( melalui batuk, selsema) yang disebabkan oleh sejenis kuman virus yang bernama influenza.
Influenza ini ada 4 jenis : A,B,C,D.
Dan yang paling serius jangkitannya adalah jenis A. Ianya bukan sahaja boleh menjangkiti manusia, tetapi juga boleh menjangkiti haiwan seperti burung dan khinzir.
Tempoh jangkitan adalah 7-21 hari. Jadi, bertabahlah jika dijangkiti.
Saya senaraikan tanda-tanda dan rawatan di dalam gambar di bawah ok. (Tulis dalam gambar macam lebih mudah diingati, kan?)
Nasihat saya adalah jika anda atau anak anda atau ahli keluarga anda ada yang sedang demam, batuk, selsema berehatlah di rumah sahaja. Jangan keluar ke mana-mana kerana anda boleh menyebabkan orang lain terjangkit sama atau jangkitan anda akan menjadi semakin teruk.
Jika suhu badan melebihi 38 darjah selsius, tolong ke klinik atau hospital untuk dapatkan pemeriksaan dan rawatan yang betul. Ianya penting samada untuk tengok anda dijangkiti kuman virus atau bakteria.
Dengan cuaca sekarang yang agak sejuk dan lembab, banyak kuman bersuka ria di udara persekitaran kita.
Influenza pun bermaharajalela, denggi pun berkenduri sama dan radang paru paru pun nak turut serta.
Jangan biarkan dah melarat baru nak berjumpa doktor ok.
Rehat di rumah. Minum air masak banyak banyak. Makan makanan yang tidak terlalu berat. Tukar cadar, langsir, tuala dan kain yang terdedah kepada virus. Amalkan buah dan sayur sayuran secukupnya.
Dan dapatkan vaksin influenza apabila sudah sembuh nanti.
Adakah supplemen yang boleh merawat influenza? Tidak ada. Sebab rawatannya adalah berdasarkan simptom sahaja. Kalau nak makan vitamin C, silakan tapi dapatkan di farmasi berdaftar sahaja bukan dibeli online.
Elok lagi ambil natural produk yang mengandungi tinggi vitamin c seperti buah orange, kiwi, buah naga.
Pelbagai fesyen kasut bayi membuatkan ibu bapa seronok membeli untuk anak-anak. Maklumlah bila disarungkan pada kaki bayi, nampak comel sangat. Sebenarnya tindakan ibu bapa memakaikan kasut kepada bayi masih kecil akan membuatkan perkembangan otot telapak kakinya terbantut.
Tidak perlu kenakan kasut kepada bayi anda, cukup sekadar dengan memakaikan mereka stokin. Stokin juga biarlah sedikit longgar.
Dengan memakaikan stokin yang sedikit longgar kepada bayi, ia memberi kebebasan pada tulang-tulang kaki dan jari kaki mereka. Tidak perlu dipakaikan kasut kerana berjalan dengan kaki ayam pun mereka belum mampu.
Jika bayi dalam proses membesar, biarkan kaki mereka sentiasa bebeas agar mereka dapat meregangkan otot kaki sekaligus merangsangnya agar mudah digerakkan. Sebelum pandai berjalan, bayi gemar meregangkan tulang jari kaki mereka dengan cara tersendiri.
Perhatikan bayi anda. Mereka suka menggerakkan jari kaki serta pergelangan kaki. Bayangkan jika dipakaikan kasut, bagaimana mahu digerakkan? Tiada salahnya untuk anda gayakan bayi, tetapi jangan sampai membebankan perkembangan mereka. Dengan membiarkan kaki mereka sentiasa bebas, ia akan menjadi kuat dan proses mereka untuk berjalan juga lebih cepat.
Bila tengok rekaan kasut yang comel-comel tu, pendamkan perasaan dahulu. Tunggu sehingga mereka sudah boleh bertatih sendiri, kemudian belilah kasut yang selesa untuk mereka.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tahukah anda bahawa anak yang sukar tidur awal akan jejaskan pertumbuhannya? Usia si kecil semakin meningkat. Sehubungan itu mengajar si manja tidur awal sejak kecil adalah penting supaya tidak menghadapi masalah kesihatan dan menjejaskan pertumbuhannya apabila usianya mencapai umur pra sekolah.
Ini kerana daripada hasil kajian yang dilakukan oleh Jean-Philippe Chaput, Marc Brunet dan Angelo Tremblay mengumpulkan data sebanyak 422 anak usia 5 sehingga 10 tahun.
Mereka melakukan penilaian terhadap berat badan, tinggi badan, dan lingkar pinggang para peserta. Mereka turut mengumpulkan informasi tentang gaya hidup anak-anak tersebut serta status sosial ekonominya melalui wawancara dengan ibu bapa mereka.
Hasil penelitian tentang Body Mass Index menunjukkan bahawa 20 peratus kanak-kanak lelaki dan 24 peratus kanak-kanak perempuan mengalami masalah kegemukan. Anak-anak yang memiliki waktu tidur kurang dari 10 jam dalam seharinya berisiko mengalami kegemukan 3 atau 5 kali lebih tinggi dibandingkan dengan mereka yang tidur 12 jam atau lebih dalam seharinya.
Untuk memastikan anak tidur awal , terdapat 8 tip yang boleh menjadi panduan:
1.Pastikan si kecil tahu dengan jelas waktu untuk dia tidur. Contohnya pukul 9 malam perlu masuk bilik untuk tidur.
2.Tegas apabila waktu tidur sudah tiba.
3.Jangan biarkan dia menonton televisyen setengah jam sebelum waktu tidurnya.
4.Cipta suasana tenang seperti suasana bilik yang senyap dan gelap.
5.Biarkan si kecil tidur dengan sendiri daripada anda yang mendodoikannya.
6.Jangan berinya minuman berkafeina seperti kopi yang menyegarkan matanya.
7.Jadikan waktu tidurnya adalah rutin. Jangan ubahnya kecuali jika perlu.
8.Hargai setiap masa jika si kecil memberitahu mahu tidur.
Ketahui kebenaran sebenar tentang diet ibu menyusu — adakah makanan pedas, kopi atau brokoli benar-benar menjejaskan bayi? Pakar pediatrik menjelaskan mitos, fakta dan panduan selamat untuk ibu yang ingin menyusu dengan yakin.