Dalam pada kita beringat pun jika nak jadi sesuatu, ia pasti akan berlaku. Begitu juga dengan kemalangan jalan raya. Mungkin sebab kecuaian orang lain, ahli keluarga kita jadi mangsa.
Sebagai ibu bapa yang ada anak kecil, penggunaan kerusi keselamatan dalam kenderaan sangat penting walaupun ada yang menganggapnya bukan keperluan utama. Namun jika kita teliti semula, ia salah satu langkah pencegahan dari sebarang kemungkinan.
Seperti perkongsian bapa, Nuzul Azbab di facebooknya, dia dan isteri bersyukur kerana kerusi keselamatan melindungi bayinya dari kecederaan yang teruk ketika kenderaannya dilanggar.
Allah Masih Lindung
Syukur alhamdulillah saya sekeluarga diberikan lagi nikmat hidup di atas dunia ini dan terima kasih diucapkan kepada semua yang mendoakan. Keadaan kereta tidaklah begitu teruk namun kejadiaan ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada baby kami yang baru sahaja berusia 2 bulan.
Kronologi Kejadian
Trafik agak pelrahan dilorong tengah di kilometer 1.5 highway Lekas menuju ke semenyih. Kejadiaan berlaku sekitar jam 6.30 petang disebabkan tangga yg jatuh di lorong tengah jalan dalam keadaan melintang. Melihat keadaan itu seorang lelaki memberhentikan kereta di tepi jalan dan memberanikan diri cuba membantu mengalih tangga tersebut, yakni dikuatiri boleh mengakibatkan pengguna lain kemalangan terutamanya pengguna motosikal.
Keadaan lorong yg sangat pelahan menyukarkan kami untuk menukar lorong berikutan lorong kiri dah kanan agak laju pada ketika itu dan memaksa kami menggunakan emergency signal dan seterusnya berhenti di hadapan lelaki yg mengutip tangga tadi dengan harapan dapat membantu menghadang lelaki tersebut yg berada dalam keadaan yg bahaya.
Detik cemas pelanggaran ini berlaku apabila kereta yang berada dalam keadaan statik dibelakang kami cuba memotong kami di lorong paling kanan.
Dalam keadaan kereta tersebut yang kurang kelajuan agak sukar untuk memotong dan kami semua terpaksa menerima impak daripada perlanggaran kereta di belakang kami dan di lorong paling laju. Kami juga bernasib baik kerana daripada impak tersebut kami tidak melanggar lelaki mengutip tangga di hadapan kami.
Carseat Menyelamatkan Baby Kami
Kami bersyukur skali terutamanya kepada Allah Maha Pencipta yg memberikan kami peluang untuk terus hidup kerana dia lah penentu segala2nya. Pada waktu kejadiaan baby kami naura berada di tempat duduk belakang kereta bersama mamanya Nurul Hidayah Mohd Zin yg sedang menyusu.
Sebelum pelanggaran berlaku, baby kami sempat diletak semula ke dalam carseat. Saya bersyukur kerana isteri adalah seorang yg sangat menekankan keselamatan di atas jalan raya walaupun ada kalanya seperti merasa memandu bersama pegawai JPJ.
Ketika pelanggaran berlaku baby kami menerima sedikit hentakan didalam carseat dan isteri saya menerima hentakan di kepala, rusuk, dan bahagiaan lutut manakala saya dan anak lelaki seorang lagi cuma menerima sedikit hentakan sahaja. Sekiranya baby kami yg berusia 2 bulan masih ditangan, kami tidak boleh membayangkan apa yg akan berlaku kepada baby kami daripada impak perlanggaran tersebut.
Berdasarkan pengalaman yg kami kongsikan, kami nasihatkan kepada ibu bapa diluar sana supaya mengambil langkah jaga-jaga dan jangan mengambil ringan tentang keselamatan anak. Sentiasalah letak anak di dalam carseat ketika memandu. Kecekapan kita memandu belum cukup menjamin keselamatan keluarga kita di atas jalan raya.
Sumber: FB Nuzul Asbab
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI