Gara-Gara Terjatuh, Tulang Kening Retak. Otak Dijangkiti Kuman. Chinta Survive Tanpa Tempurung Kepala

Share

Tidak sangka insiden tertolak rakan di sekolah membawa kesan besar kepada kehidupan si kecil ini. Malah lebih memilukan tempurung kepala si kecil ini terpaksa dibuang untuk sementara waktu.

Ibu mana yang boleh menahan perasaan melihat penderitaan yang ditanggung anak. sehingga terjadinya jangkitan kuman pada otak si anak. Si kecil yang dulu ceria dan banyak cakap kini berada di katil tidak berdaya seperti dulu.

Perkongsian ibu ini boleh dijadikan panduan buat ibu bapa lain. Anaknya, Chinta Nayli Dhia Syaz Rania dikatakan telah tertolak oleh rakan ketika dalam perjalanan ke kelas. Kesan daripada insiden itu, bahagian hadapan kepala (kening) si kecil ini mengalami keretakan pada awalnya dan tidak ada yang serius.

“Tapi selepas itu Chinta alami demam on off selama lebih kurang 2 minggu. Ada juga alami sawan. Ekoran dari itu Chinta daripada hospital ****** terus dihantar ke hospital pakar. Apa yang mengejutkan ialah selepas dilakukan pemeriksaan Imbasan CT (Computed Tomography) kuman sudah memasuk dalam otak,” Xiela Iela ketika dihubungi Pa&Ma.

Membaca catatan ini membuatkan hati menjadi sebak. Tidak sangka anak yang ceria kini terpaksa menanggung kesakitan. Lebih meyedihkan apabila dia sendiri berusaha menyesuaikan diri dengan keadaan baru.

CHINTA AMANAH ALLAH UNTUK MOMMY

Assalamualaikum semua… Ya Allah hari ni anak sy akan mjalani operation di kepala kerana ada jangkitan kuman pada otak.

Ya Allah ujian yang amat besar dan berat untuk kami tempuhi. Macam-macam risiko kemungkinan yang berlaku, Saya dengan rasa rendah diri memohon rakan2 semua mendoakan semoga operation ini berjalan dengan lancar Chinta sembuh seperti biasa.

Amanah Allah untuk mommy dan papa apa pun tjeradi kamu lah satu2nya Cinta hati kami… Ya Allah berikanlah kami ketabahan… Sembuhkan lah Chinta Ya Allah.

TEMPURUNG KEPALA DIKELUARKAN

23 Mac 2019

Chinta dah selesai buat pembedahan buang kuman di otak. Tapi masih belum boleh pasang kembali tulang kepala yg di potong kerana masih terdpt sedikit lagi dibahagian celah. Sekarang chinta dimasukkan semula ke PICU dan ditidurkan buat sementara waktu.

MOMMY SAYU CHINTA DIAM KAKU

Sedih Ya allah tgok Chinta yg happy go lucky, mulut yg bercakap 24jam tak berhenti diam kaku mcm ni. Mommy doa dan harap sangat chinta kuat. Nak jadi doctor kena kuat tau Chinta.

Mommy, papa, cikgu2, kawan-kawan Chinta semua nak tengok Chinta sihat macam dlu… Kuat ya sayang.

CHINTA MASIH BELUM SEDAR, AIR MATANYA MENITIK

25 Mac 2019

Alhamdulillah dah nampak ada pergerakan selepas Dr buat pembedahan buang kuman di otak. Tapi masih belym blh pasang kembali tulang kepala yg di potong kerana masih terdpt sedikit lagi dibahagian celah. Sekarang Chinta dimasukkan semula ke PICU dan diberikan antibiotik sehingga 4 atau 6 minggu lgi…

Chinta masih belum sedar sepenuhnya, tiub belum buang lagi. Tp bila mommy cakap Chinta kena kuat. Mommy dan papa ada setiap hari, mommy dan papa nak Chinta kuat da sihat macam dulu… Nanti bila dah sihat kita boleh jalan-jalan.

Air mata Chinta keluar tu bermakna Chinta mdengar n faham apa mommy cakap… Alhamdulillah… Moga Chinta hati mommy n papa cpat sembuh…

CHINTA SEDAR SEPENUHNYA

26/3/19


Allahhuakbar, Alhamdulillah, Subhanallah.

Syukur… Syukur Ya Allah terima kasih pada semua yang mendoakan.

Chinta dah sedar sepenuhnya. Hari ni Chinta sudah makan dan minum… Chinta sudah mula cakap nak balik C*******. Chinta dah boring duduk hospital baring ja bosan laa….

Chinta dh mula tringat Rina dan Ratu kawan sekolah dan jiran kat rumah. Itulah Chinta hati mommy awk tak pernah diam mulut selagi tak tidur. Alhamdulillah semoga Chinta terus kuat untuk operation ke dua nt……

KENAPA CHINTA BOTAK?

28 Mac 2019

Dari kelmarin lagi sejak masuk wad Chinta sedih menangis je dia. Sebab dah 4 org datang tanya CHINTA. Abang nama apa. Sembang la dengan acik anak acik pon dok sini.. Cakap la abang nama apa…. Chinta menangis, nampak gaya nya dia dh tau sesuatu dia BOTAK.. Asyik nangis jaa Chinta dah tak comel. Kenapa Chinta botak?

ALHAMDULILLAH CHINTA DAH SIHAT KEMBALI

4 April 2019

Alhamdulillah Chinta sudah kembali sihat… Terima kasih pd semua yg mndoakan kesihatan chinta, selepas operation buang kuman dlm otak 23/3/19 dan selepas operation hidung 1/4/19 Chinta nampak sihat makan dan minum macam biasa.

Doktor on antibiotik selama 6 minggu jadi Chinta kena stay di hospital lagi sampai lah operation untuk letakkan balik tempurung kepala nanti.

BALIK SELEPAS 6 MINGGU

3 Mei 2019

Alhamdulillah setelah 6minggu di hospital ********, hari ni 3/5/19 Chinta dh blh balik C*******, boleh balik rumah dahhhhh yeaaaa…

Tapi Chinta balik dalam keadaan tempurung kepala belum dipasang lagi.

Doktor tanya Chinta nak buat operation kedua sebelum raya ke selepas raya? Cepat sgguh Chinta jawab lepas raya….??

Terima kasih pada semua yg mendoakan kesihatan Chinta.

PEMBEDAHAN MEMASANG TEMPURUNG KEPALA

Ketika artikel ini ditulis, Chinta sedang bersiap untuk masuk ke wad semula untuk pembedahan memasang kembali tempurung kepala. Kata Xiela, pembedahan yang dijadualkan pada 20 Jun 2019 dipercepatkan. Semoga pembedahan yang bakal berlangsung berjalan dengan lancar.

Sumber: Xiela Iela

Published by
Azma ML