Gara-gara terlebih makan durian, bayi dalam kandungan isteri penyanyi, Black Hanifah, 32, dikatakan tidak menunjukkan tindak balas seperti biasa.
Black atau nama sebenarnya Hanifah Md Hanafiah berkata, isterinya, Naquia Yasirah Mohd Khairi atau Cira, memang penggemar raja buah.
“Seperti biasa, saya akan memanggil nama bayi kami dalam kandungan isteri dan dia pasti akan memberikan reaksi menerusi pergerakan.
“Tetapi selepas Cira makan durian, tiada tindak balas yang diterima. Jadi, masing-masing mulalah risau. Hanya selepas kali ketiga dipanggil, barulah dia menunjukkan tindak balas.
“Jadi, kalau Cira teringin nak makan durian lagi, saya meminta dia berpada-pada. Bukan apa, bimbang juga andai perkara sama berulang,” katanya.
Tidak sabar menantikan kehadiran cahaya mata kedua, Black bagaimanapun enggan mendedahkan jantina mahupun nama yang sudah diberikan kepada bayi mereka.
“Insya-Allah, minggu depan Cira akan menjalani rutin pemeriksaan kandungan bagi menentukan jantina sebenar bayi. Memang kami sudah memilih nama, cuma eloklah ia dikongsi apabila sudah sah jantinanya,” kata Black.
Black berkahwin dengan Cira pada 13 September 2013. Hasil perkongsian hidup, mereka dianugerahkan anak lelaki, Khaleef Dayyan, yang kini berusia tiga tahun.
Sebelum ini Cira dah tiga kali keguguran sebelum hamil lagi untuk anak kedua. Semoga kandungan Cira kali ini dipermudahkan.
Sumber: BH Online & ig Black
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kalau Mama Hamil Alah Bau Susu, Jangan ‘Skip’ Ambil Kalsium! Boleh Cuba Sayur Bayam Atau Kailan
Mengapakah pengambilan makanan sihat penting semasa hamil? Tujuannya ialah untuk memastikan perkembangan janin yang sihat dan untuk mengekalkan kesihatan ibu.
Untuk memenuhi keperluan nutrien dan memastikan penambahan berat badan yang bersesuaian semasa hamil diperlukan jika:
- Jika anda kurang berat badan, anda perlu menambah antara 12-18kg.
- Jika berat badan anda normal sebelum hamil, anda perlu menambah antara 11-16kg.
- Jika berat badan anda berlebihan, anda perlu menambah antara 7-11kg.
- Jika kandungan anda kembar, anda perlu menambah lebih kurang 16-20kg.
Semasa hamil, berapa banyakkah yang perlu saya makan?
- 7 hidangan nasi/bijirin atau roti
- 3 hidangan sayur dan 2 hidangan buah (sekurang-kurangnya satu yang kaya dengan Vitamin C dan satu dalam Vitamin A)
- 2 hidangan susu atau produk tenusu
- 1 hidangan ikan, 1 hidangan daging/ayam dan 1 hidangan kekacang
- 6-8 gelas air, dan tidak lebih daripada satu cawan minuman ringan atau satu cawan kopi atau teh sehari
Apakah jenis makanan yang perlu saya makan lebih semasa hamil?
1. Kalori (tenaga) dan nutrien tambahan adalah penting untuk memenuhi keperluan perkembangan fetus dan tisu baru, terutama semasa trimester kedua dan ketiga.
Tenaga tambahan yang diperlukan semasa hamil
Trimester Kedua + 360 kcal/hari
Trimester Ketiga + 470 kcal/hari
Pilih makanan yang tinggi kandungan nutrien seperti :
- Kalsium (susu, keju, dadih, sayuran berdaun hijau dan produk kacang soya)
- Zat besi (hati, daging tanpa lemak, roti yang ditambah dengan zat galian dan kekacang jenis kering (seperti kacang peas)
- Vitamin A (hati, susu, telur)
- Vitamin B kompleks (hati, daging tanpa lemak, ikan dan susu)
- Vitamin C (jambu, betik dan limau)
- Asid Folik (sayuran berdaun hijau, hati dan kacang).
- Ambil makanan tambahan mengikut saranan Doktor atau Pakar Pemakanan.
Jika menghadapi masalah ini, apakah patut saya lakukan?
‘Lactose intolerance’
Ibu boleh Cuba produk susu yang mengandungi rendah laktosa. Lebihkan pengambilan ikan yang mempunyai tulang yang lembut dan boleh dimakan (sardin, ikan bilis).
Minum susu kacang soya dan produk kacang soya. Ambil lebih sayuran seperti bayam dan kailan yang mempunyai sumber kalsium yang baik.
Loya (Morning Sickness)
Makan pada waktu makan yang teratur. Makan dengan amaun yang sedikit tetapi kerap.
Kurangkan pengambilan makanan yang berlemak atau bergoreng. Minum banyak air.
Sakit ulu hati (Heartburn)
Makan dengan amaun yang sedikit tetapi kerap. Kunyah makanan dengan perlahan.
Elakkan berbaring sejurus selepas makan.
Sembelit (Constipation)
Minum banyak air. Ambil makanan yang tinggi kandungan serat (bijiran, bijirin penuh, buah-buahan yang tinggi serat dan sayuran).
Sentiasa aktif.
Kredit: MyHealthPortal
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Jom daftar sekarang, klik https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-detik-indah-bersama-si-manja/
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Puas Hati Naik 15 Kilogram Pun, Syatilla Umumkan Mat Yip Bakal Dapat Adik Perempuan
Akhirnya doa Syatilla dan Shaheizy Sam untuk mendapat anak perempuan dimakbulkan apabila Syatilla berkongsi foto imbasan ultra dan perasaan gembiranya di instagram.
Syatilla yang kini mengandung anak kedua begitu teruja selepas mengetahui anak dalam kandungannya perempuan selepas keguguran sebelum ini.
View this post on InstagramA post shared by S Y A T I L L A M E L V I N (@samtilla) on
Alhamdulillah Mat Yip nak dapat adik perempuan. Syukur atas rezeki ini Ya Allah.
Dulu masa scan Mat Yip asyik senyum je. Kali ini adiknya pun sama. Seiras muka Syeriv masa scan dulu.
Syatilla akui walaupun sebelum ini mengalami peristiwa sedih, Allah tahu apa yang terbaik dan mengurniakan rezeki yang sangat bermakna dan dinanti-nantikan mereka sekeluarga.
Sementara itu, Syatilla akui sejak mengandungkan adik Mat Yip berat badannya dah naik 15 kilogram. Walaupun angka itu dikira banyak tapi sesekali tak tertekan kerana ia dianggap normal bagi ibu mengandung.
“Mungkin nampak macam lebar dan besar tapi insya-Allah selepas melahirkan nanti akan kembali normal,” kongsinya.
Bestnya dapat sepasang
Di ruangan komen, ramai pengikutnya yang teruja dengan pengumuman Syatilla yang akan dapat baby girl.
Tak sabar nak tengok adik Mat Yip
Semoga kandungan Syatilla berjalan lancar dan dipermudahkan proses bersalin nanti.
Sumber: ig samtilla
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Demam Waktu Mengandung, Segera Jumpa Doktor. Paling Tinggi Risiko Waktu Trimester Pertama
Bahaya atau tidak demam yang dialami semasa hamil adalah bergantung kepada jenis jangkitan kuman. Tambahan lagi pada masa kini, terlalu banyak jangkitan baru. Oleh itu, paras bahaya atau tidak demam itu kepada anda yang sedang hamil adalah bergantung kepada pendedahan diri kepada kuman yang ada.
Demam boleh menjadi salah satu simptom yang menunjukkan ibu hamil mengalami jangkitan kuman. Jadi, tidak boleh dikatakan sama ada ia okay ataupun sebaliknya sekiranya dialami oleh ibu hamil. Pemeriksaan doktor perlu dilakukan untuk mengetahui punca demam itu disebabkan oleh apa, lebih-lebih lagi jika demam itu melebihi daripada 38°C.
Sekiranya demam yang dialami terus tinggi iaitu antara 39°C hingga 40°C dan pada masa yang sama ada simptom berkaitan seperti anda keletihan, tidak berselera makan dan kurang minum air, itu menunjukkan demam itu bukan simptom yang biasa.
Oleh yang demikian, anda perlu segera ke hospital. Dalam kes seperti ini, ia perlu dilakukan kerana anda memerlukan pemeriksaan doktor. Jika perlu, ujian darah dan rawatan sokongan seperti drip intravenous perlu dilakukan.
Baca Juga:
Bangga Dengan Kerja Ayah! Kanak-Kanak Ni Gayakan Uniform Ayah Untuk Tema Kerjaya
“Anak Tu Kan Rezeki Dari Allah.” 14 Tahun Berkahwin, Beto Kusyairy Bahagia Bersama Isteri
‘Kantoi’ Tengah Seronok Makan Tepi Fridge, Menangis Bila Butter Kena Rampas. Lucu Sungguh!
Boleh makan paracetamol
Lazimnya, semasa mengandung, daya ketahanan tubuh wanita mengandung seseorang itu lebih rendah berbanding orang biasa. Disebabkan itulah, anda mudah mendapat jangkitan. Kadang-kadang orang biasa tidak mudah mendapat jangkitan seperti yang dialami oleh wanita hamil.
Walau bagaimanapun, jika demam itu adalah kurang daripada 38°C dan pada masa yang sama anda rasa okay dan tiada simptom sampingan lain, maka boleh ambil paracetamol. Selain daripada paracetamol, terdapat beberapa ubat untuk mengubati demam namun tidak begitu berkesan. Jadi, paracetamol adalah ubat paling berkesan untuk mengatasi demam. Tambahan pula, paracetamol mudah didapati. Jadi, pengambilannya sudah mencukupi.
Risiko boleh menular kepada kandungan
Bergantung kepada jenis demam dan jangkitan kuman yang disyaki, ia boleh memberi kesan kepada bayi di dalam kandungan. Apa yang membimbangkan oleh para doktor ialah jangkitan virus yang dialami anda boleh menular kepada bayi. Biasanya jika demam itu dialami dalam trimester pertama.
Ia boleh menjejaskan proses pembentukan organ. Penyakitnya adalah seperti rubela, German measles atau measles. Lantaran itulah, trimester pertama adalah tahap paling kritikal sepanjang tempoh kehamilan.
Satu lagi yang dirisaukan ialah apabila anda mendapat jangkitan chicken pox semasa trimester ketiga. Perlu anda ketahui bahawa di dalam mukus faraj terdapat banyak gelembung virus. Dalam proses kelahiran, bayi akan melalui saluran peranakan dalam proses kelahiran normal boleh terdedah kepada jangkitan yang sama.
Ibu Kena Chicken Pox
Hal ini terutamanya jika anda mengalami chicken pox dua minggu sebelum tarikh jangkaan bersalin. Sekiranya demam anda aktif dalam tempoh kritikal itu, maka doktor akan menasihatkan anda untuk menjalani proses kelahiran melalui pembedahan caesarean.
Di dalam lain masa, risiko jangkitan boleh berlaku jika demam ada ada simptom. Jangkitan kuman merebak kepada bayi mengikut jenisnya. Suhu badan yang terlalu tinggi boleh menyebabkan nadi bayi menjadi laju. Hal ini kerana apabila suhu badan tinggi dan anda mengalami dehidrasi kerana kekurangan air, ia akan menjadikan aliran darah kepada bayi menjadi kurang, lalu nadi bayi pun menjadi laju. Lama-kelamaan bayi boleh mengalami distress.
Jadi, anda perlu cepat berjumpa doktor. Impaknya, ia boleh buat bayi distress dan paling teruk bayi meninggal dalam kandungan. Jika hal ini berlaku semasa di trimester ketiga dan usia kandungan lebih 34 minggu, bayi boleh dikeluarkan. Sebaliknya, jika umur kandungan kurang daripada itu, ia boleh sebabkan risiko kematian. Oleh sebab itu, sangat penting untuk anda kekal dehidrasi dan turunkan suhu dengan cepat.
Sumber: Majalah Pa&Ma
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI