Gara-gara terlebih makan durian, bayi dalam kandungan isteri penyanyi, Black Hanifah, 32, dikatakan tidak menunjukkan tindak balas seperti biasa.
Black atau nama sebenarnya Hanifah Md Hanafiah berkata, isterinya, Naquia Yasirah Mohd Khairi atau Cira, memang penggemar raja buah.
“Seperti biasa, saya akan memanggil nama bayi kami dalam kandungan isteri dan dia pasti akan memberikan reaksi menerusi pergerakan.
“Tetapi selepas Cira makan durian, tiada tindak balas yang diterima. Jadi, masing-masing mulalah risau. Hanya selepas kali ketiga dipanggil, barulah dia menunjukkan tindak balas.
“Jadi, kalau Cira teringin nak makan durian lagi, saya meminta dia berpada-pada. Bukan apa, bimbang juga andai perkara sama berulang,” katanya.
Tidak sabar menantikan kehadiran cahaya mata kedua, Black bagaimanapun enggan mendedahkan jantina mahupun nama yang sudah diberikan kepada bayi mereka.
“Insya-Allah, minggu depan Cira akan menjalani rutin pemeriksaan kandungan bagi menentukan jantina sebenar bayi. Memang kami sudah memilih nama, cuma eloklah ia dikongsi apabila sudah sah jantinanya,” kata Black.
Black berkahwin dengan Cira pada 13 September 2013. Hasil perkongsian hidup, mereka dianugerahkan anak lelaki, Khaleef Dayyan, yang kini berusia tiga tahun.
Sebelum ini Cira dah tiga kali keguguran sebelum hamil lagi untuk anak kedua. Semoga kandungan Cira kali ini dipermudahkan.
Sumber: BH Online & ig Black