Garam Dalam Makanan Anak Umur 2 Tahun Ke Bawah Beri Kesan Kepada Buah Pinggang Untuk Lebih Bekerja!

Share

Garam memang menyedapkan masakan tapi jangan letak garam dalam makanan anak umur 2 tahun ke bawah. Kadang-kala ada ibu yang tahu tentang info ini tapi rasa macam ok kalau setakat letak sikit sahaja garam dalam masakan anak.

Jangan main-main ya ibu! Baca penerangan kenapa garam tak dibenarkan dalam makanan anak bawah umur 2 tahun yang dikongsikan oleh Dr.Mazliana Mazlan.

Tahukah ibu-ibu, dalam makanan anak-anak terdapat garam semula jadi di dalamnya.

+ Dalam susu ibu dan air, ada garam

+ Dalam nasi, ikan, ayam dan daging, ada garam

+ Dalam telur dan kekacang, ada garam

+ Dalam sayuran dan buahan, ada garam

Hatta dalam bebawang, pun ada garam!

Keperluan garam seharian, bergantung kepada tahap umur anak-anak ya.

1. 0 hingga 1 tahun

Hanya memerlukan garam sebanyak, kurang daripada 1g sehari (bersamaan dengan 0.4g sodium atau 1/6 sudu kecil garam).

Anak-anak yang berumur 6 bulan dan ke bawah, kandungan garam dalam susu ibu sudah mencukupi untuk keperluan harian mereka. Sebab tu, anjuran untuk perkenalkan solid food pada anak adalah selepas umurnya 6 bulan.

Kebiasaanya, selepas umur 6 bulan, ibu-ibu perkenalkan makanan buat anak-anak. Secara tidak langsung, anak-anak akan kurang sedikit demand untuk menyusu. Jadi, balance lah kandungan garam dalam susu ibu dan juga pemakanan real food anak-anak.

2. 1 hingga 3 tahun

Hanya memerlukan garam sebanyak, kurang daripada 2g sehari (bersamaan dengan 0.8g sodium atau 1/3 sudu kecil garam).

Dalam tempoh 1 hingga 2 tahun, anak biasanya masih mendapat sumber garam daripada susu ibu, dan juga pemakanan real food.

Selepas umur 2 tahun, tidak ada masalah jika ibu-ibu ingin menambahkan garam dalam makanan anak, tetapi cukuplah sekadar kuantiti yang sedikit.

Garam sebaiknya, tidak diberikan pada anak-anak yang berumur 2 tahun dan ke bawah. Maksud Ummi di sini, garam tambahan seperti garam himalaya. Ataupun garam putih, yang mana sepatutnya dielakkan terus kerana tidak punya kandungan nutrisi, walaupun sedikit.

Oh, dalam makanan terproses jugak sebenarnya ada kandungan garam yang tersembunyi. Maka, lebih baik ianya juga dielakkan. Sebaiknya baca label sebelum membeli sesuatu untuk anak.

Jap. Tertinggal satu. Ikan bilis pun ada garam tambahan tau. Cuba ibu-ibu try study bagaimana ikan bilis diproses.

Hmm. Ada masalah ke kalau bagi anak-anak garam ‘tambahan’ atau garam ‘tersembunyi’ sebelum 2 tahun?

Jika kandungan garam masih di paras normal, mestilah takde masalah. Tapi boleh ke kita nak kira manually banyak mana garam yang masuk dalam badan anak kita? Haaaa.

Pernah tak kita tapis air kopi dalam penapis kain yang sangat halus. Serdak kopi akan terperangkap ke dalam kain tu. Kali pertama dan kedua tuang air kopi, smooth je air turun. Kali ketiga, kali keempat, agak susah air nak turun sampai perlukan bantuan sudu untuk kacau serdak kopi tersebut.

Gitulah jugak buah pinggang anak-anak. Lebihan garam akan memberi kesan kepada buah pinggang untuk lebih bekerja, sampai satu tahap mungkin perlukan bantuan seperti dialisis.

Kandungan garam yang tinggi juga boleh menyebabkan naiknya tekanan darah ye. Jangan ingat darah tinggi warga emas je boleh dapat tau.

Hal sebegini, bukan harini buat esok dapat hasilnya. Kesannya akan beri pada anak mungkin 10 tahun, 30 tahun atau 50 tahun akan datang. Jika kita sebagai ibu tidak membantu anak-anak untuk menjaga kesihatan mereka dari sekarang, siapa lagi kan?

Sekian dari Ummi.

Moga bermanfaat.

Sumber: Facebook Mazliana Mazlan

 

Published by
Hasnita Sawal