Garam epsom memang bagus untuk anak yang kurang sihat. Bila anak demam, batuk dan selesema sesuai sangat buat. Kalau anak susah makan ubat ada usaha lain yang boleh kita lakukan untuk merawat masalah ini.
Antara caranya adalah dengan rendam anak dalam air garam epsom atau epsom salt. Garam mineral ini sebenarnya punya banyak manfaat untuk kesihatan. Kalau nak anak cepat tidur, kurang meragam pun boleh guna kaedah ini.
Tapi jangan makan ya, sebaliknya berendam dalam air garam ini. Kalau tiada bath tup guna baldi pun boleh. Khasiat garam epsom ini dikongsi oleh Dr Mazliana Mazlan.
Banyak manfaat garam epsom, semua rumah kena ada. Saya suka betul rendam anak dalam air epsom salt. Tak kira masa. Anak pun syok betul berendam. Sehari sekali. Ambil 1 cawan epsom salt, masuk dalam air suam. Buat waktu mandi petang. Anak mudah mengantuk malam nanti, tidur lebih nyenyak insyaAllah.
Bila anak demam, tak sihat, batuk atau selesema, saya akan kerapkan buat. Dua atau tiga kali sehari. Dari lemah tak larat, segar anak setiap kali lepas rendam. Kahak pun banyak keluar.
Dalam garam epsom ada magnesium. Magnesium bantu untuk relax kan otot anak, bantu untuk tenangkan sistem saraf anak.Magnesium antara suplement transdermal yang paling selamat untuk anak-anak kecil.
Lebih 325 proses biologi dalam tubuh badan anak perlukan magnesium. Kalau tak cukup magnesium, maknanya akan ada fungsi sistem badan yang akan terganggu. Dan ramai sebenarnya anak-anak yang tak cukup kandungan magnesium dalam badan mereka.
Dalam makanan, magnesium ada pada bayam, kacang, dark chocolate, pisang, tofu, dan sebagainya. Tapi anak kecil makan bukannya dalam kuantiti yang banyak.
Magnesium penting untuk;
1. Tidur anak yang baik
2. Perbaiki mood anak
3. Lebih fokus
4. Kuatkan tulang dan gigi
5. Berikan energy secukupnya untuk anak
6. Sihatkan otot dan saraf
7. Membantu penyerapan vitamin dan mineral lain
8. Tingkatkan imuniti badan anak
Selepas anak bermain waktu petang, rendam anak dalam bath tub. Kalau tak ada bath tub boleh guna baldi. Kalau biasanya anak meragam tapi lepas rendam dalam garam epsom laju sahaja anak masuk tidur. Anak sudah kurang meragam.
Garam epsom ini untuk 1.2 kg, harga tak sampai RM 20 pun. Boleh cari di farmasi berdekatan.
Sumber: Dr Mazliana Mazlan