Bosan juga kalau asyik makan mi atau bihun goreng untuk minum petang. Nak buat sandwic pun tak terasa nak makan. Kadang-kadang kalau makan kuih tradisional pun sedap. Kuih talam atau bingka, memang menyelerakan. Modal nak menghasilkannya pun tak besar.
Seperti yang dikongsikan oleh Baizura Muhammad, resipi bingka ubi ini sangat sedap. Teksturnya garing diluar dan lembut di dalam dengan rasa manis yang sedang elok, pasti menjadi rebutan sekeluarga.
Ikuti perkongsian resipi ini:
Ya Allah sedapnya bau Bingka Ubi ni masa tengah masak! Memang bisa menggugat jiwa yg tengah resah.. mana tak resah, tengah hujan guruh sibuk buat kuih siap amik gambar bagai huhuuu
Yang bestnye Bingka @ Bengkang Ubi ni, bukan je nak buat dia senang sangat, rasa pun bukan main sedap lagi! Dengan texture yang garing di luar lembut di dalam, manis sedang elok, rasa lemak berkrim disukai ramai yang balance, eh pendek kata mmg sedaplah! Orang dok ingat buat bingka ni susah kan tapi senang sangat sebenarnya, just campurkan semua bahan & bakar je 😱
Resepi ni mmg dah tepat2 sukatan dia. Siapa nak fefeeling terrer masak boleh cuba buat bingka ni insyaAllah CONFIRM JADI – kalau ikut bahan & cara buat dia betul2..
Bahan2 seperti di bawah: 🍠4 cawan Ubi Kayu – disagat 🍠2 cawan Santan Pekat – kakbai guna santan kotak M&S 🍠1 cawan Gula Pasir 🍠½ sudu kecil Garam 🍠Sedikit Pewarna Kuning
Rugilah siapa tak cuba buat kuih sedap mcm ni..
1. Ini pelakon utama kita. Ubi kayu & penyagat. Penyagat tu kalau takde bolehlah beli, kang tak pasal2 kena sagat ubi pakai gigi pulak nnt 😬
Ubi tu belilah dalam 1.5kg. Beli lebih takpe sebab kadang2 bahagian dalam dia rosak dan ada yg tak boleh pakai, so kalau beli lebih adalah backup kalau dapat ubi yg kurang elok..
Sebelum sagat ubi, panaskan oven dulu. Suhu 200’ guna api atas bawah tanpa kipas.
2. Lepastu dah boleh sagat ubi dengan ikhlas. Contoh ikhlas tu sampai jari bengkok mcm akak tu ha. Punyalah sepenuh hati kakbai sagat ubi tu.. Make sure sagat sampai dapat 4 cawan tau.
Ads
Cawan mana2 pun takpe, asalkan guna 1 je cawan yg sama dari awal sampai siap bingka ni nanti..
3. Step seterusnya paling senang. Ko campur je semua bahan yg ada dalam list tu..
Okay, mula2 masukkan gula 1 cawan.
4. Lepastu, masukkan santan pekat 2 cawan. Kalau guna santan asli, perah dari 1 biji kelapa. Kakbai pakai santan kotak je, kuazer ah nak pening2 kepala 🤭
Sebagai rujukan utk beli bahan: Cawan metriks yg kakbai pakai tu memerlukan 500ml santan kotak. Ikut cawan masing2 kay. Kita perlukan 2 cawan. Jgn lupa kocak dulu sebelum tuang santan tu.
5. Pastu masukkan garam 1/2 sudu kecik. Nampak tak kat sudu tu ada tulis 1/2 tbs (1/2 table spoon). Haa senang kan pakai penyukat metriks mcm tu, takyah pening2 nak fikir banyak mana sebenarnya setengah sudu tu. Beli kat shopee je senang. Shopee pee pee pee 🎼
6. Masukkan pewarna kuning. Ikut suka je nak letak banyak mana. Mula2 letak sikit dulu, kacau dan tengok hasilnya. Kalau masih belum cukup keramat lagi warna kuning tu, bolehlah tambah lagi sampai puas hati.
Ads
7. Kacau rata semua bahan tadi sampai gula hancur. Jgn pandai2 nak tambah tepung ke apa. Memang itu je bahan2 dia. Simple tapi menjadi.
Tuang dalam loyang 7 inci. Ratakan.
Loyang tu tak perlu sapu atau alas apa2 sebab nanti santan pekat tu bila dibakar akan jadi berminyak sikit, so bingka tak melekat dan senang je nak keluarkan – asalkan dah betul2 sejuk.
8. Masukkan loyang dalam oven yg dah dipanaskan tadi. Kalau ada yg terlepas pandang, kita guna suhu 200’ api atas bawah tanpa kipas. Letak dekat rak paling bawah. Bakar dalam 1 jam – 1 1/2 jam.
Kalau jenis suka bingka yg lembut semua, 1 jam dah cukup. Kalau suka yg garing kulitnya, bakar dlm 1 1/2 jam. Atau tengok kalau bahagian atas dah perang, dah boleh angkat. Pendek kata ikut selera masing2. Kalau suka yg rentung pun boleh je kalau itu yg membahagiakan..
9. Bila dah masak, keluarkan dari oven. Sejukkan dulu lebih kurang 3-5 jam. Bingka akan lekang sendiri dari loyang bila dah cukup sejuk. Sejuk ni maknanya pada suhu bilik ya, takyah masukkan dlm fridge pulak. Tapi kalau dah tak sabar sangat nak makan panas2, makan jelah dik. Bingka kita kan, sukati kita lah nak mcm mana.
10. Punyalah nak tunggu betul2 sejuk sampai terlupa nak makan hahaaa! Gambar ni diambil lebih dari 24jam bingka siap.. Korang kalau buat utk makan berbuka, boleh start buat dalam pukul 10-11 pagi so ada cukup masa utk sejukkan dia elok2..
Kalau nak bingka yg lembut dan lemak berkrim mcm yg kakbai dok sembang dari tadi ni, make sure ikut betul2 sukatan dan cara buat dia tau. InsyaAllah puas hati & puas makan.. jgn lupa share sikit dgn org sekeliling.
Memang sedap makan kuih orang lama waktu minum petang. Pekena pula dengan kopi O panas, memang betul-betul layan! Biarpun mengambil sedikit masa untuk menyediakan kuih bigka ini, tetapi hasilnya sangat menakjubkan. Ngam sangat!
Nak menang cash bernilai RM4000? Jom, hantarkan foto OOTD Sedondon Raya bersama anak anda di 👉🏼 SINI
Roti kukus tak lengkap rasanya jika tidak digabungkan dengan pandan kaya yang sedap. Bosan makan di kedai, apa kata kali ini kita cuba buat sendiri pulak untuk anak-anak.
Buat kaya pandan. Kukus roti pastu makan dengan homemade kaya memang wow gituu. Makan berebut-rebut pulak tu, puas sangat rasa.
Bila buat kaya sendiri ni manis pun boleh dikurangkan ikut suka kita. Cubalah demeh kalau nak buat kaya ni.
Tauhu goreng dengan inti bergedil yang kemudiannya digoreng selalu jadi kegemaran kita. Lagi-lagi kala digabungkan bersama sambal kicap power. Memang tak cukup makan beberapa biji.
Mahu lebih jimat masa dan kosnya, apa kata kali ini kita cuba pula tauhu bergedil ini versi bakar. Lain macam sedapnya.
6 biji ubi kentang- kupas dan hiris supaya cepat masak
3 ulas bawang putih
2 cawan air (mungkin boleh kurangkan jika hendak lebih pejal)
1 biji telur
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk lada hitam
Daging cincang secukupnya
½ labu bawang besar dicincang halus
½ cawan campuran daun sup dan daun bawang yang dihiris halus
½ biji carrot dicincang halus
Didihkan sehingga ubi empuk/ ¾ empuk untuk tekstur lebih pejal.
Toskan ubi yang sudah empuk. Airnya jangan dibuang dahulu. Jika terlalu pejal/keras boleh tambah air rebusan untuk lembutkan sedikit.
Masukkan ke dalam pemproses makanan (food processor).
Tambahkan telur, garam dan serbuk lada hitam. Mesin. Tidak perlu risau telur tidak masak kerana ubi masih panas dan cukup untuk memasak telur.
Kisar sehingga halus begini. Nampak gebu dan berkrim.
Alihkan ubi yang sudah halus ke dalam bekas yang sesuai untuk ditambah bahan-bahan lain. Jika hendak buat kentang putar (whipped potato), ini sudah siap. Boleh dihidang dengan sos lada hitam.
Tumis daging cincang dengan ½ labu bawang besar dicincang halus. Tambah garam dan serbuk lada hitam secukup rasa.
Masukkan daging cincang yang telah dimasak ke dalam ubi yang sudah dikisar. Tambahkan bawang besar, campuran daun sup dan daun bawang yang dihiris halus dan carrot.
Gaulkan. Cantik bukan, warnanya? Jika hendak dijadikan samosa, boleh balut inti ini dengan kulit popia dan digoreng. Makan sahaja pun sedap.
Belah tauhu goreng, tekan isi tauhu supaya mampat dan masukkan isi pegedil sehingga penuh.
Sapu dengan kuning telur. Bakar dalam oven pada suhu 180°C/ 350°F sehingga garing.
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Sagu gula Melaka antara makanan tradisi kegemaran ramai. Lebih sedap jika dimakan sejuk-sejuk. Memang nikmat! Jom cuba resipi sagu gula Melaka dua versi dengan hanya menggunakan satu adunan.
Sagu gula Melaka 1 adunan 2 versi. Nak makan dengan sos kastard atau pun dengan kelapa.
Cikza bagi resepi sekali.
Sagu Gula Melaka
Bahan-bahan:
3 cawan sagu (direbus separuh masak dan di lalu bwah air mengalir untuk buang kanji, ketepikan)
3 keping gula Melaka
Gula pasir secukup rasa
1 liter Air
Daun pandan
Cara penyediaan:
Dalam periuk masukkan 3 keping nise atau pun gula Melaka sedikit gula pasir, air dan daun pandan disimpul. Air dalam 1 litter. Dah menggelegak masukkan sagu tadi kacau sampai masak dah tak ada yang biji putih-putih. Angkat dan boleh lah masukkan kedalam loyang. Betul-betul sejuk baru potong.
Sagu Gula Melaka Sos Kastard
Sos Kastard
Bahan-bahan:
1 tin susu cair
1 Sb tpg kastard
Sedikit garam dan daun pandan
Cara penyediaan:
Masak kesemua bahan diatas api sampai menggelegak. Siap boleh tuang di atas sagu yang telah disejukkan tadi.
Sagu Gula Melaka Dengan Kelapa
Bahan-bahan:
Kelapa parut (agak-agak)
Garam secukup rasa
Cara penyediaan:
Kelapa ambil yang putih sahaja dan dikukus sekejap. Setelah dikukus boleh gaul dengan garam. Potong kuih sagu yang disejukkan terlebih dahulu tadi. Golek-golek kan dengan kelapa. Siap untuk dihidang!
Kredit: Noriza awang hamat
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Tidak dinafikan mendidikan anak adalah suatu yang mencabar. Lantaran itu ada segelintir sanggup mengikuti kelas keibubapaan untuk mendapat ilmu.Menerusi FB Zatil Arip, beliau berkongsi...