Garing Luar, Lembut Di Dalam. Resipi Bingka Ubi Terlajak Sedap, Harum Satu Rumah Bila Bakar Dalam Oven!

Share

Bosan juga kalau asyik makan mi atau bihun goreng untuk minum petang. Nak buat sandwic pun tak terasa nak makan. Kadang-kadang kalau makan kuih tradisional pun sedap. Kuih talam atau bingka, memang menyelerakan. Modal nak menghasilkannya pun tak besar.

Seperti yang dikongsikan oleh Baizura Muhammad, resipi bingka ubi ini sangat sedap. Teksturnya garing diluar dan lembut di dalam dengan rasa manis yang sedang elok, pasti menjadi rebutan sekeluarga.

Sumber foto: Facebook Baizura Muhammad

Ikuti perkongsian resipi ini:

Ya Allah sedapnya bau Bingka Ubi ni masa tengah masak! Memang bisa menggugat jiwa yg tengah resah.. mana tak resah, tengah hujan guruh sibuk buat kuih siap amik gambar bagai huhuuu

Yang bestnye Bingka @ Bengkang Ubi ni, bukan je nak buat dia senang sangat, rasa pun bukan main sedap lagi! Dengan texture yang garing di luar lembut di dalam, manis sedang elok, rasa lemak berkrim disukai ramai yang balance, eh pendek kata mmg sedaplah! Orang dok ingat buat bingka ni susah kan tapi senang sangat sebenarnya, just campurkan semua bahan & bakar je 😱

Resepi ni mmg dah tepat2 sukatan dia. Siapa nak fefeeling terrer masak boleh cuba buat bingka ni insyaAllah CONFIRM JADI – kalau ikut bahan & cara buat dia betul2..

Bahan2 seperti di bawah:
🍠4 cawan Ubi Kayu – disagat
🍠2 cawan Santan Pekat – kakbai guna santan kotak M&S
🍠1 cawan Gula Pasir
🍠½ sudu kecil Garam
🍠Sedikit Pewarna Kuning

Rugilah siapa tak cuba buat kuih sedap mcm ni..

1. Ini pelakon utama kita. Ubi kayu & penyagat.
Penyagat tu kalau takde bolehlah beli, kang tak pasal2 kena sagat ubi pakai gigi pulak nnt 😬

Ubi tu belilah dalam 1.5kg. Beli lebih takpe sebab kadang2 bahagian dalam dia rosak dan ada yg tak boleh pakai, so kalau beli lebih adalah backup kalau dapat ubi yg kurang elok..

Sebelum sagat ubi, panaskan oven dulu. Suhu 200’ guna api atas bawah tanpa kipas.

Sumber foto: Facebook Baizura Muhammad

2. Lepastu dah boleh sagat ubi dengan ikhlas.
Contoh ikhlas tu sampai jari bengkok mcm akak tu ha.
Punyalah sepenuh hati kakbai sagat ubi tu..
Make sure sagat sampai dapat 4 cawan tau.

Cawan mana2 pun takpe, asalkan guna 1 je cawan yg sama dari awal sampai siap bingka ni nanti..

Sumber foto: Facebook Baizura Muhammad

3. Step seterusnya paling senang. Ko campur je semua bahan yg ada dalam list tu..

Okay, mula2 masukkan gula 1 cawan.

Sumber foto: Facebook Baizura Muhammad

4. Lepastu, masukkan santan pekat 2 cawan.
Kalau guna santan asli, perah dari 1 biji kelapa.
Kakbai pakai santan kotak je, kuazer ah nak pening2 kepala 🤭

Sebagai rujukan utk beli bahan: Cawan metriks yg kakbai pakai tu memerlukan 500ml santan kotak. Ikut cawan masing2 kay. Kita perlukan 2 cawan. Jgn lupa kocak dulu sebelum tuang santan tu.

Sumber foto: Facebook Baizura Muhammad

5. Pastu masukkan garam 1/2 sudu kecik.
Nampak tak kat sudu tu ada tulis 1/2 tbs (1/2 table spoon). Haa senang kan pakai penyukat metriks mcm tu, takyah pening2 nak fikir banyak mana sebenarnya setengah sudu tu. Beli kat shopee je senang. Shopee pee pee pee 🎼

Sumber foto: Facebook Baizura Muhammad

6. Masukkan pewarna kuning.
Ikut suka je nak letak banyak mana.
Mula2 letak sikit dulu, kacau dan tengok hasilnya.
Kalau masih belum cukup keramat lagi warna kuning tu, bolehlah tambah lagi sampai puas hati.

Sumber foto: Facebook Baizura Muhammad

7. Kacau rata semua bahan tadi sampai gula hancur.
Jgn pandai2 nak tambah tepung ke apa. Memang itu je bahan2 dia. Simple tapi menjadi.

Tuang dalam loyang 7 inci. Ratakan.

Loyang tu tak perlu sapu atau alas apa2 sebab nanti santan pekat tu bila dibakar akan jadi berminyak sikit, so bingka tak melekat dan senang je nak keluarkan – asalkan dah betul2 sejuk.

Sumber foto: Facebook Baizura Muhammad

8. Masukkan loyang dalam oven yg dah dipanaskan tadi. Kalau ada yg terlepas pandang, kita guna suhu 200’ api atas bawah tanpa kipas.
Letak dekat rak paling bawah.
Bakar dalam 1 jam – 1 1/2 jam.

Baca Juga:

Resipi Mi Sizzling Abang Remy, Makan Panas-Panas Memang Syok! Hidangan Sesuai Untuk Satu Famili

Biskut Raya Terpaling Sedap, Rasa Ala-Ala Jenama Terkenal. Rangup, Tak Sedar Habis Sebalang!

Resipi Bubur Nasi 2 Bahan, Mudah Masak. Makan Dengan Lauk Simple, Bertambah Tak Cukup Semangkuk!

Kalau jenis suka bingka yg lembut semua, 1 jam dah cukup. Kalau suka yg garing kulitnya, bakar dlm 1 1/2 jam. Atau tengok kalau bahagian atas dah perang, dah boleh angkat. Pendek kata ikut selera masing2. Kalau suka yg rentung pun boleh je kalau itu yg membahagiakan..

Sumber foto: Facebook Baizura Muhammad

9. Bila dah masak, keluarkan dari oven.
Sejukkan dulu lebih kurang 3-5 jam.
Bingka akan lekang sendiri dari loyang bila dah cukup sejuk. Sejuk ni maknanya pada suhu bilik ya, takyah masukkan dlm fridge pulak. Tapi kalau dah tak sabar sangat nak makan panas2, makan jelah dik. Bingka kita kan, sukati kita lah nak mcm mana.

Sumber foto: Facebook Baizura Muhammad

10. Punyalah nak tunggu betul2 sejuk sampai terlupa nak makan hahaaa! Gambar ni diambil lebih dari 24jam bingka siap.. Korang kalau buat utk makan berbuka, boleh start buat dalam pukul 10-11 pagi so ada cukup masa utk sejukkan dia elok2..

Sumber foto: Facebook Baizura Muhammad

Kalau nak bingka yg lembut dan lemak berkrim mcm yg kakbai dok sembang dari tadi ni, make sure ikut betul2 sukatan dan cara buat dia tau. InsyaAllah puas hati & puas makan.. jgn lupa share sikit dgn org sekeliling.

Memang sedap makan kuih orang lama waktu minum petang. Pekena pula dengan kopi O panas, memang betul-betul layan! Biarpun mengambil sedikit masa untuk menyediakan kuih bigka ini, tetapi hasilnya sangat menakjubkan. Ngam sangat!

Nak menang cash bernilai RM4000? Jom, hantarkan foto OOTD Sedondon Raya bersama anak anda di 👉🏼 SINI

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

Published by
Emy H