“Alaa dah bocor, habis kena seluar dan tilam..” Situasi ini antara yang selalu berlaku pada ibu bapa yang ada bayi kan? Kadang tu, bila keluar jalan-jalan, tahu-tahu bocor. Terus mood ibu dah tak ceria seperti sebelumnya.
Jika nak diikutkan, tukar lampin anak kena kerap dan ikut pada keperluan. Jika hari tu anak menyusu atau minum banyak, lagilah cepat membuang air kecil. Kalau anak tak kencing kerap, sekurang-kurangnya 4 jam sekali. Jangan fikir membazir tapi untuk kesihatan kulit anak kita juga.
Cuma ada juga sesetengah ibu bapa, selagi lampin anak tak berat ke bawah, selagi tu tak tukar lagi. Kalau dibiarkan lama-lama, kulit anak cepat dapat ruam dan melecet. Nanti anak pula yang merengek sebab tak selesa.
Lagi satu ilmu baru untuk ibu-ibu, nak tahu lampin anak dah boleh tukar atau belum boleh perhatikan garisan yang ada di tengah lampin anak.
Perkongsian Puan Azimah Zaini ini mungkin boleh membantu ibu-ibu dapat isyarat awal. Sebabnya bayi tak boleh nak beritahu sama ada lampinnya dah penuh kerana buang air kecil atau air besar kan. Yang dia tahu hanya menangis saja.
Biasa mak-mak check anak kencing atau berak selak tepi kan. Sis anak yang ada dua orang ni baru tahu pasal garis dekat pampers tu ada maksud.
Itu pun suami yang beritahu info ni. Memang sebelum ni langsung tak tahu walaupun hari-hari uruskan anak.
Berikut Pa&Ma kongsikan tips tak mahu anak kena ruam lampin daripada Puan Aizah Zarirah.
Penggunaan krim yang salah satu punca terjadinya ruam!Memang sekarang semakin banyak jenis krim untuk merawat ruam lampin bayi di pasaran untuk kita pilih. Tetapi sebagai ibu bapa, kita kenalah bijak membaca kandungan pada label belakang.
Pastikan krim yang kita pilih ni bebas dari bahan yang berbahaya. Lepas tu semak lah mana tau jada di antara bahan di dalam krim tersebut menyebabkan kulit bayi kitanaik ruam. Kadang-kala kulit bayi kita lebih baik jika tidak dipakaikan apa-apa krim.
2. Tak membersihkan kotoran dengan betul
Ini punca ruam lampin bayi yang ramai ibu bapa terlepas pandang, kadang kala kita cuci sambil lewa, paling malas pun cuci pakai tisu basah je.
Ya memang air kencing bayi bukanlah terlalu kotor. Tetapi kulit bayi sangat sensitif.
Bukan tu je, cara membersihkan bayi lelaki dan perempuan pun berbeza. Bagi bayi perempuan, pastikan kekotoran tidak termasuk ke dalam vagina mereka dengan membersihkan dari arah depan ke belakang dan bukan sebaliknya.
3) Salah bagi makanan pejal
Kita memang teruja kalau anak kita dah mula boleh makan makanan pejal. Terasa macam nak bagi mereka cuba semua benda!
Tapi pernah tak kita pikir dan ingat kembali, adalakah selepas mula makan makanan pejal, bayi kita mula naik ruam lampin?
Mereka mungkin alergi terhadap sesuatu makanan yang diberikan kepada mereka. Sebab itulah penting untuk kita memerhatikan reaksi dan perubahan anak kita selepas mencuba makanan yan baru. Praktikkan ‘4 days wait rule’ ketika perkenalkan makanan pada bayi kita.
Dengan ini, kita boleh mengelak alahan anak sambil memastikan anak tak terkena ruam lampin bayi lagi.
4) Jarang tukar lampin
Akak ada juga perhati sesetengah ibu bapa ni, selagi lampin tak bergayut ke bawah tak adanya nak pergi tukar.
Sepatutnya tukar lampin ni kena dengan kerap. At least 4 jam sekali. Jangan fikir membazir semua tu untuk kebaikan anak kita.
5) Jangan guna bedak talkum
Jangan guna bedak talkum. Ia tidak akan melindungi daripada ruam lampin dan boleh menyebabkan geseran dan keradangan kulit bayi.
Pakaikan lampin secara longgar supaya ada ruang untuk udara mengedar sekeliling punggung bayi kita.
Kredit: Azimah Zaini, Aizah Zarirah & Rynn Naan
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)