Garlic bread sangat sesuai untuk dijadikan kudapan berkhasiat. Ia bagi mengelakkan anak daripada makan makanan ringan. Tak tahu nak cuba menu baru untuk anak, apa kata buat Garlic bread untuk anak.
Selain tiada apa-apa perasa tambahan semestinya ia sesuai untuk buat kudapan anak selain makan nasi atau bubur. Roti ini pun boleh dicicah dengan sup cendawan dan pasti membuka selera si kecil anda.
Bawang putih memang bagus. Kalau anak ada selesema, elok buatkan garlic bread ini. Mesti anak makan banyak sebab sedap!
Bawang putih memiliki kandungan nutrisi di dalamnya. Seulas bawang putih (3 gram) bawang putih mengandung vitamin B6, C, selenium, serat, kalsium, tembaga, kalium, fosfor, dan mangan.
Bahan-bahan:
Roti gardenia (potong panjang)
1 ulas bawang putih
Parsley flakes
Unsalted butter (mentega)
Cara membuat:
2. Tumis bawang putih dengan unsalted butter. Jangan sampai hangit pula ya.
3. Campurkan tumisan bawang putih tadi dengan butter (mentega). Gaul sampai sekata.
4. Letak sedikit parsley flakes. Gaul rata. Sapu pada roti yang dipotong panjang-panjang tadi.
5. Bakar dalam oven/pemanggang ajaib. Siap!
Sumber: Aya Zuki
Artikel berkaitan: Resipi Garlic Bread & Mushroom Sup Tersangat Sedap, Patutlah Share Sampai 58K, Nak Buat Pun Senang!
Susah Hati Anak Suka Makan Makanan Ringan. Kawal Sebelum Jadi Ketagih!
Ibu Berpantang Pun Boleh Makan Kuih-Muih, Ini 10 Jenis Kuih Yang Sesuai Untuk Kudapan Berpantang!