Comel dan cute sangat Raden dalam persalinan baju masyarakat Jawa. Kecil-kecil dah pandai posing. Nampaknya mommy macam dah tak sabar nak mengayakan baby Raden. Tak percaya tunggulah bila dah besar nanti.
Mawar Rashid berkahwin dengan Raden Ahmad Faizal Yaakob pada 9 November 2017 dan pada 13 Mac lalu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Raden Muhammad Rafael selain sepasang cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu Raf Yaakob.
Sumber: ig Mawar Rashid & Raden Rafael
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ibu bapa sangat risau kalau anak sembelit. Anda sudah memberikan makanan yang lembut agar si manja mudah membuang air besar tanpa menyebabkan sembelit.
Namun, masalah ini berulang lagi. Apakah ada faktor lain yang boleh menyebabkan si manja sembelit?
Tujuh faktor ini mungkin punca anak sembelit;
Anak mungkin stres
Kurang selera makan
Tabiat menahan daripada membuang air besar kerana lebih suka bermain
Dalam proses bercerai lampin
Baru memulakan makanan lengkap
Kurang aktiviti fizikal
Banyak mengambil makanan berlemak atau berempah
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kesian tengok ada ibu yang terkial-kial bila bayi menangis nak menyusu di tempat awam. Ibu jadi serba salah untuk menyusukan anak di khalayak ramai tetapi kehendak bayi yang tak faham apa-apa lagi mesti dipenuhi.
Bila dah jadi ibu menyusu anak kenalah pandai ‘cover line’ bila si kecil menangis nak menyusu di tempat awam.
Itu dilema sesetengah ibu menyusu yang mungkin tak biasa menyusukan bayi di tempat awam. Bagi yang biasa sudah tentu tahu apa patut dibuat dan persediaan sudah dilakukan.
Puan Bel Nawhen selaku Jururawat Terlatih berpengalaman berkongsi tips dan panduan kepada ibu-ibu menyusu dan peranan yang patut dilakukan oleh masyarakat sekeliling juga.
1) MENYUSUKAN DI TEMPAT AWAM
Punya anak menyusu badan kebiasaannya memerlukan kita untuk bersedia bila-bila masa untuk menyusukan anak.
Tidak ada timing tertentu bila kala anak mahu menyusu dan seringkali bila ‘alarm’ dari si anak berbunyi, memang tak boleh dinanti-nanti.
Tetapi, apabila menyusukan ditempat awam, ia amat berbeza dengan menyusukan anak di rumah.
Sebab di rumah, kita biasa selak sahaja baju dan beri bila perlu tetapi di tempat awam, kita perlu menjaga tertib, tidak boleh main selak sahaja ataupun membiarkan anggota terlindung dari kelihatan.
Maka, sedikit sebanyak kita perlu praktis cara menyusukan anak di tempat awam dahulu bersama anak di rumah (seperti mengajar anak untuk dicover menggunakan shawl/pasmina) kemudian barulah anak boleh terima perubahan sedikit demi sedikit. Iyalah, dia dah selesa menyusu dengan cara dia di rumah, ditempat awam pula sebaliknya.
Antara cara lain yang boleh kita lakukan untuk menjayakan penyusuan tidak kira secara terus atau melalui botol (susu perahan) adalah dengan:
• Cuba cari bilik penyusuan atau tumpang surau di tempat yang kita kunjungi untuk tujuan menyusukan anak anda.
• Cuba pula cari tempat-tempat terselindung (jika tidak disediakan bilik penyusuan), atau tumpang sudut di dalam kedai makan bagi tujuan menyusu bayi anda.
• Bersedia dengan memakai tudung labuh menutup dada agar boleh menjadi pelindung kepada si anak dan payudara terlibat.
• Boleh pakai baju penyusuan yang ada dijual yang hanya perlu diselak atau ada bukaan bahagian payudara tanpa perlu mengangkat keseluruhan baju.
• Pakai pakaian berzip dihadapan dan bra yang dikhaskan untuk menyusu agar boleh mendedahkan hanya bahagian areolar untuk tujuan hisapan si anak. Di sini kita boleh meminimalkan pendedahan bahagian lain tubuh.
• Bagi yang tidak bertudung, boleh bawa shawl, nursing cover atau pasmina untuk tujuan menutup tubuh dan bayi semasa menyusu. Boleh juga guna kain lampin si anak untuk tujuan cover.
• Boleh juga sediakan satu dua botol susu perahan yang cukup untuk aktiviti di luar jika boleh membantu.
• Jika keadaan mendesak dan si anak kelihatan menganggu perhatian orang sekeliling, jadikan suami anda sebagai benteng atau pelindung anda saat menyusukan bayi.
2) TANGGUNGJAWAB MASYARAKAT
• Tundukkan pandangan. Jangan ingat ibu suka-suka nak menunjuk payudaranya untuk menyusukan bayi. Itu bukan hal jelik yang perlu anda hairankan.
• Beri ruang. Seeloknya jika anda melihat si ibu sedikit kekok dan si anak pula mula meragam dan tempat anda duduk merupakan tempat ideal untuk si ibu menyusukan anak, berilah ruang anda itu kepada si ibu dan beralihlah kedudukan anda dan berhadapan dengan si ibu kepada membelakanginya. Hormati hak si anak dan si ibu.
• Jika anda tahu lokasi sesuai untuk si ibu menyusukan anaknya, sila tunjukkan jalan kepadanya.
• Jangan curi pandang. Ibu pun ada rasa malu dan serba salah antara kehendak si anak dan rasa malunya di khalayak walaupun telah sempurna ditutup payudaranya.
Bukan sengaja mengada-ngada minta bayi disendawakan selepas menyusu. Ia dilakukan bersebab. Jangan sekali-kali rasa menyusahkan. Selain mama, papa boleh bantu sendawakan bayi.
Papa boleh mengambil tugas untuk menyendawakan bayi setiap kali selepas penyusuan. Selalu ingatkan ahli keluarga dan penjaga bayi supaya memastikan bayi disendawakan setiap kali sesi penyusuan.
KENAPA IA PENTING?
Langkah untuk sendawakan si kecil ialah satu kewajipan setiap kali selepas penyusuan walau pun ia mengambil masa dan bayi susah disendawakan. Ada ibu bapa yang kurang cakna kepentingan sendawa pada bayi.
Perlu diingatkan agar jangan culas untuk sendawakan bayi. Lazimnya bayi baru lahir akan mudah tertidur semasa menyusu. Walaupun bayi sudah tertidur selepas menyusu, langkah menyendawakannya perlu diteruskan.
#1 SENDAWA BOLEH ELAK KEMBUNG PERUT
Sendawa penting untuk mengelak bayi kembung atau kolik. Ia bertujuan untuk mengeluarkan udara yang masuk ke dalam perut bayi semasa bayi menyusu atau menangis. Sekiranya bayi tidak disendawakan, udara akan terkumpul di dalam perut dan bayi akan berasa tidak selesa.
Tindakan sendawakan bayi boleh mengurangkan risiko berlakunya kolik. Walau pun kembung perut boleh dirawat, tapi langkah mengelakkannya dari awal adalah lebih baik. Tambahan pula, bahaya jika bayi dibiarkan menangis terlalu lama kerana ia mungkin akan mengundang risiko sawan tangis. Bayi juga akan keletihan dan tidak cukup tidur. Malah, mama papa juga akan keletihan setelah berjaga malam untuk meredakan tangisan anak.
#2 TIDUR LENA
Apabila angin dapat dikeluarkan, bayi lebih selesa dan tenang. Ini secara tidak langsung akan membantu mereka tidur lebih nyenyak.
#3 SENDAWA BOLEH BOLEH ELAKKAN TERSEDAK SUSU
Apabila bayi disendawakan, risiko terjadinya tersedak susu dapat dikurangkan. Mama dan papa amat tidak digalakkan meninggalkan bayi selagi masih belum sendawa selepas menyusu kerana bayi berkemungkinan akan memuntahkan susu/ muak susu selepas seketika selepas menyusu.
#4 BAYI LEBIH GEMBIRA
Dengan menyendawakan, bayi lebih ceria, selesa dan aktif. Maka dia boleh bermain dan melalui perkembangan yang baik seiring usianya. Jika tidak, rasa sebu akan menyebabkan mereka menangis, meragam dan rasa tidak selesa.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tidak dinafikan mendidikan anak adalah suatu yang mencabar. Lantaran itu ada segelintir sanggup mengikuti kelas keibubapaan untuk mendapat ilmu.Menerusi FB Zatil Arip, beliau berkongsi...