Gaya rambut anak lelaki yang dibiarkan sedikit panjang seakan menjadi satu trend dikalangan ibu bapa ditambah lagi dengan kesukaran untuk menggunting rambut mereka. Sudahnya rambut dibiarkan sedikit panjang.
Lain pula kisahnya dengan pengguna Tik Tok dikenali sebagai Madam Ain @madamainn yang berkongsi kisah rambut anaknya yang dipotong pengasuh.
Jelas @madamainn melalui perkongsiannya menerusi video yang dikongsikan, dia mengakui berasa sedih kerana rambut anaknya itu dipotong tanpa sebarang persetujuannya.
Memuat naik beberapa keping gambar anaknya sebelum dan selepas ke rumah pengasuh ternyata amat berbeza.
Apa yang pasti, rambut anaknya, Aydan dilihat lebat, lurus dan siap ada gaya ‘bangs’ yang menutupi bahagian dahinya. Memang comel!
Ads
Pun begitu Ain dikejutkan dengan dengan penampilan terbaru anaknya itu sebaik menjemputnya dari rumah pengasuh.
Paling ketara, gaya rambut ‘bangs’ Aydan kini dipotong kemas hingga menampakkan dahinya.
Walau bagaimanapun, dalam muat naik terbaru pengguna TikTok itu, dia menjelaskan sudah reda dengan apa yang terjadi dan meminta orang lain tidak terus berbalah mengenai apa yang menimpa anak lelakinya.
“Jangan gaduh-gaduh lagi pasal rambut Aydan. Mama dah move on,” tulisnya.
Usahawan berjaya, Aisyah Hijanah bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi. Berita gembira tersebut dikongsi olehnya di laman instagram semalam.
Aisyah yang juga selebriti sosial media kini sedang menunaikan umrah di Tanah Suci pada awalnya terkejut dengan keputusan positif dari alat ujian kehamilan kerana dia dan suami sama sekali tidak merancang apa-apa.
Aisyah dan suami memanjatkan rasa syukur dengan rezeki yang tak terduga ini. Tambahnya lagi, perancangan awal dia dan suami sebenarnya nak membawa anak sulung Khadeejah untuk menunaikan umrah tetapi memikirkan kesihatan yang tidak berapa kuat ketika itu.
“Alhamdulillah, MasyaAllah Tabarakallah. Allah hadirkan lagi seorang dalam keluarga kecil kami.”
“Mula-mula fikir nak bawa Khadeejah sekali, tapi dengan keadaan Tanah Haram yang sesak, badan pun tak berapa kuat utk berat, perhatian pada ibadah, jadi kami percaya pada keluarga untuk bersama Khadeejah”
Bercerita tentang rasa mengidam yang datang tiba-tiba, Aisyah mengakui agak terkejut dengan kehamilan kedua dan kini usia bayi di dalam kandungan sudah mencecah 4 bulan.
“Awalnya terkejut sebab Aisyah & Alif tak merancang apa-apa. Tiba-tiba, lidah rasa tak sedap, rasa nak makan manis memanjang, badan pun rasa lemah macam awal trimester dulu. Alhamdulillah dah 4 bulan lebih adik Khadeejah bersama kami. Semoga menjadi anak yang baik dalam dunia & agama di dunia & Akhirat”
Aisyah yang popular dengan pelbagai perkongsian ilmu di laman Instagram sempat menitipkan doa buat anak di dalam kandungan agar mudah dijaga dan menjadi anak yang soleh serta solehah.
“Semoga anak ini mudah untuk dijaga, tak banyak ragam, kuat, mudah menerima & mengajarkan ilmu, dimurahkan rezeki, diberikan jodoh yang baik buatnya, diberikan rezeki yang halal, dijauhkan daripada kekayaan yang sia-sia, dijauhkan dari hubbud dunya, anak yang menjaga mata & diri daripada maksiat, mudah masuk ke syurga & menjadi orang yang kuat pertahankan agama dengan cara & pemahaman yang sahih. Dijadikan seorang yang berani seperti Saidina Hamzah”
“Semoga @alifteega menjadi ayah yang adil, Aisyah menjadi ibu yang mendidik, @khadeejahhijanah menjadi kakak yang mendorong kepada kebaikan. Nanti Aisyah share eh sickness masa awal-awal trimester dulu. Fuuh lain macam dia punya mual, lama nak hilang 🤮🤮🤮”
Rata-rata warga maya mengucapkan tahniah kepada pasangan ini dan mendoakan agar ibu serta bayi dalam kandungan sihat sentiasa.
Kredit: Aisyah Hijannah
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Jangan ketinggalan okay! Teruskan menyokong kami di @majalahpama #majalahpama #pamasuperbhuffaz
Buat pertama kalinya BINTANG KECIL membawa anda menyaksikan kisah magisnya ciptaan Allah di samping mendekati kehidupan para sahabat nabi dan tokoh ilmuwan di dalam siri Hikayat 1001 Malam yang disokong sepenuhnya dari TATEH. Saksikan setiap hari sepanjang bulan Ramadan ini istimewa bersama PU RIZ dan team BK Squad di Youtube Channel Bintang Kecil bermula 1 Ramadan pada jam 6.30 petang. Jangan ketinggalan! Follow @bintangkecil #bintangkecilmy #bintangkecil #1001Malam
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seorang bayi berusia 2 tahun maut setelah tercampak dari pangkuan ibunya dalam kemalangan di Jalan Titi Haji Idris, di sini, awal pagi tadi.
Kejadian jam 7.40 pagi itu melibatkan kereta Perodua Myvi yang dipandu pasangan suami isteri bersama bayi tersebut dengan Perodua Alza yang dipandu seorang wanita berusia 30-an.
Wanita yang memandu Alza itu pula hanya cedera ringan di tangan dan kepala. Kedua-dua kereta dipercayai bertembung lalu terjunam ke dalam parit sawah.
Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain, pemandu kereta Myvi itu tersepit di tempat duduk hadapan manakala bayi itu pula tercampak ke bahagian hadapan kereta.
Pemandu berusia 20-an itu patah paha kanan dan kaki kiri, manakala isterinya mengalami kecederaan di kepala dan kaki.
Kesemua mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk rawatan lanjut, manakala jenazah bayi dihantar ke unit forensik HSB.
Kementerian Kesihatan (KKM) melalui kenyataan rasminya memaklumkan bakal melaksanakan pemberian vaksin pneumokokal bawah Program Imunisasi Kebangsaan untuk kanak-kanak di semua Klinik Kesihatan KKM di seluruh negara, bermula 1 Disember ini.
Bantu cegah penyakit jangkitan bakteria pneumokokus
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, vaksin pneumokokal konjugat (PCV) diberikan untuk mencegah penyakit disebabkan oleh jangkitan bakteria Streptococcus pneumoniae atau pneumokokus yang boleh mengakibatkan penyakit radang paru-paru (pneumonia), radang sinus (sinusitis), jangkitan telinga tengah (otitis media), radang selaput otak dan saraf tunjang (meningitis) serta jangkitan bakteria dalam darah (septicaemia).
Katanya, komplikasi penyakit pneumokokal termasuk cacat pendengaran, kecacatan otak dan kematian.
“Pemberian vaksin pneumokokal kepada kanak-kanak bertujuan mengurangkan kadar morbiditi dan mortaliti akibat penyakit pneumokokal dalam kalangan kanak-kanak berusia bawah lima tahun.
“Ini seterusnya dapat mengurangkan kos rawatan penyakit pneumokokal dan komplikasinya. Walaupun penyakit pneumokokal boleh dirawat dengan pemberian antibiotik, namun terdapat beberapa strain bakteria pneumococcus yang mempunyai kerintangan terhadap antibiotik,” katanya dalam kenyataan media (24 November).
Justeru, Dr Noor Hisham berkata, pemberian vaksin pneumokokal adalah kaedah paling berkesan untuk menghalang jangkitan bakteria pneumokokus dan secara tidak langsung mengurangkan kerintangan terhadap antibiotik.
Kanak-kanak lahir 1 Januari, layak terima suntikan
Beliau berkata, melalui pemberian PCV, kanak-kanak akan diberikan sebanyak tiga dos iaitu dua dos primer pada usia empat bulan dan enam bulan; diikuti dengan satu dos penggalak (booster) pada usia 15 bulan.
Katanya, kanak-kanak yang lahir pada 1 Januari 2020 dan seterusnya adalah layak menerima suntikan vaksin pneumokokal di klinik kesihatan KKM, yang mana ibu bapa perlu membuat temujanji bagi mengelakkan kesesakan dan memastikan kepatuhan kepada normal baharu dalam usaha mencegah penularan penyakit Covid-19.
Katanya, bagi kanak-kanak yang lahir pada 1 Januari 2020 dan seterusnya yang sudah berusia lima bulan atau lebih, jadual imunisasi pneumokokal akan disesuaikan mengikut umur oleh fasiliti kesihatan KKM.
Beliau berkata, KKM turut membenarkan ibu bapa mempunyai anak yang lahir bermula 1 Januari 2020 dan seterusnya yang sudah mengambil satu atau dua dos suntikan vaksin pneumokokal di fasiliti kesihatan swasta untuk memilih untuk melengkapkan jadual imunisasi pneumokokal di fasiliti kesihatan swasta atau di klinik kesihatan KKM.
Bagaimanapun, Dr Noor Hisham berkata, pemberian vaksin pneumokokal di fasiliti kesihatan swasta tertakluk kepada caj yang dikenakan oleh fasiliti kesihatan swasta.
“Ibu bapa yang memilih untuk melengkapkan imunisasi pneumokokal di klinik kesihatan KKM dinasihatkan membawa bersama rekod imunisasi anak mereka, bagi memudahkan urusan penjadualan imunisasi oleh anggota kesihatan di klinik kesihatan KKM.
“Vaksin pneumokokal yang akan digunakan dalam Program Imunisasi Kebangsaan untuk tempoh dua tahun pertama pelaksanaan adalah vaksin PCV-10 (Synflorix) yang memberi perlindungan terhadap sepuluh ‘serotype’ bakteria pneumokokus, merangkumi ‘serotype’ 1, 4, 5, 6B, 7F, 9V, 14, 18C, 19F dan 23F serta memberi perlindungan ‘cross-reactivity’ terhadap ‘serotype’ 19A,” katanya.
Vaksin berkesan dan selamat
Mengulas tahap keselamatan PCV, Dr Noor Hisham berkata, berdasarkan kepada pemantauan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di peringkat global sehingga 30 Jun lalu, sebanyak 156 negara menyenaraikan vaksin itu dalam Program Imunisasi Kebangsaan mereka.
“Seperti vaksin lain yang digunakan dalam Program Imunisasi Kebangsaan, ia adalah vaksin yang berkesan dan selamat.
“Bagi memastikan semua vaksin berdaftar yang digunakan di Malaysia kekal selamat, kesan advers susulan imunisasi vaksin dipantau rapi oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), KKM,” katanya.
Bagi tujuan ini, beliau berkata, ibu bapa perlu melaporkan sebarang kesan advers yang dialami oleh anak mereka kepada anggota kesihatan selepas setiap suntikan dengan mengembalikan borang pelaporan, walaupun kesan yang dialami adalah ringan seperti merah di tempat suntikan.
Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan mengenai pelaksanaan pemberian vaksin pneumokokal, sila hubungi KKM di talian 03-8883 4003 pada hari Isnin hingga Jumaat (tidak termasuk cuti umum) dari jam 9 pagi hingga 5 petang, atau ajukan persoalan kepada emel imunisasi@moh.gov.my. Ibubapa boleh juga mengunjungi mana-mana klinik kesihatan yang berdekatan untuk mendapatkan penjelasan lanjut.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!