“Tak sangka pula gambar anak pakai baju sekolah viral. Sebenarnya koleksi gambar ini hanya untuk kenangan kami sekeluarga apabila Keisha dah besar.” Itu yang dikongsikan oleh Muhammad Shaffiq, ayah kepada Keisha aL Mikhayla berusia 2 tahun 2 bulan.
Menurut Shaffiq, tak pernah terlintas pun gambar Keisha ini akan diviralkan. Ini kerana saya letakkan di Facebook untuk tatapannya bila dah besar nanti. Mungkin yang membuatkan orang suka gambar itu, kerana dia memakai baju sekolah menengah dan kebetulan pula pelajar SPM sedang menduduki peperiksaan.
“Orang kata kebetulan, sebab idea ini dari isteri saya. Memandangkan adik-adik ipar bakal bersekolah tak lama lagi dan masing-masing sibuk membuat persiapan persekolahan, jadi terfikir, kalau Keisha pakai baju sekolah pun ok juga.
“Isteri bawa ke tukang jahit dan beritahu idea tersebut. Mula-mula kami risau juga takut dia tak mahu pakai. Sebab ada anak-anak sebaya dengannya tak mahu dipakaikan pakaian yang mereka rasa rimas, tapi nasiblah Keisha jenis tak kisah,” katanya.
Rumah dekat dengan sekolah
Kongsi Shaffiq lagi, kebetulan rumah berdekatan dengan sekolah, jadi taklah jadi masalah. Masa ambil gambar-gambar Keisha dia sendiri yang posing ikut apa yang dia rasa nak buat. Saya hanya bagi arahan ringkas saja.
“Keisha pula yang teruja dapat bergambar pakai baju sekolah. Mungkin dia nampak di cermin gayanya lain dari pakaian dipakai sebelum ini.
“Semua koleksi gambar Keisha saya sendiri yang ambil kerana memang minat dengan dunia fotografi.
“Melalui komen yang saya baca, ramai suka tengok gayanya yang bersahaja dan sesuai dengan mimik muka. Nak kata dia selalu depan kamera tak juga tapi mungkin sebab dia jenis yang mood ok dan susah nak meragam.
“Lagipun mungkin juga dia dah terbiasa denga hobi saya mengambil gambar dan ikut saja arahan saya dan isteri,” ujarnya.
Sesi photoshoot ini pun taklah terlalu lama. Dalam satu jam semua dah siap dengan 40 aksi yang dilakukannya. Harap memori ini akan beri kenangan manis untuk Keisha bila besar nanti.
Kredit: Capix Aces AP
**Dapatkan kelengkapan anak pada harga berbaloi, klik sini untuk ketahui lebih lanjut.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)