Gaya Tu Siap Bersilang Kaki. Siapa Sangka Rezeki Ainul Sekarang Makin Cerdik!

Share

Walaupun bukan selalu ibu bapa Ainul Mardhiah memuat naik status terbaru mengenai perkembangan kesihatannya, ternyata ramai yang ternanti-nanti untuk mengetahui keadaan terkini buah hati rakyat Malaysia ini.

Biarpun tiada ikatan persaudaraan dengan si comel Ainul, namun auranya cukup hebat sehingga buatkan ramai yang masih mengingati perjuangan anak kecil ini pada tahun 2019 untuk menjalani pembedahan yang dianggap cukup berisiko bagi penyakitnya itu.

Terbaru dalam status terbaru walid dan mama Ainul, mereka berkongsi rasa syukur dan kegembiraan melihat anak sulungnya semakin sihat dan aktif. Walaupun Ainul sedikit lewat perkembangan dengan anak seusianya, kesihatannya hari ini dah buat semua ahli keluarga bersyukur sangat.

Menurut mama Ainul, Nurul Erwani, Ainul banyak belajar semua perkara. Siapa sangka dari seorang anak yang hanya terbaring atas tilam, keletahnya sekarang langsung tak dijangka sama sekali.

“Ainul dah pandai pimpin tangan mama, kalau kita lepaskan, cepat-cepat dia pegang semula. Syukurnya mama dapat jaga amanah dari Allah ni Ainul Mardhiah.

“Mama tak akan lupakan perjuangan Ainul dari lahir sampai sekarang. Bila mama rasa penat, rasa tak larat, cepat-cepat mama tengok muka Ainul.

Bila Mama penat, tak larat, cepat-cepat mama tengok muka Ainul.

“Seronok tengok Ainul main aktif dan cergas. Ainul lalui hari-hari Ainul dengan sangat baik tanpa banyak kerenah.

“Terus melangkah Ainul, jangan pandang belakang tau. You Can Do It Ainul!,” kongsinya.

Sementara itu, dalam perkongsian walidnya pula, Ahmad Safiuddin, Ainul sekarang makin banyak akal dan suka ikut apa orang buat. Semua dia nak cuba dan perkembangan ini sesuatu yang sangat membanggakan kami semua.

Bermain, bergurau semua itu sesuatu yang cukup menyeronokkan Ainul. Walaupun dia agak lambat untuk dapat momentum itu kerana masalah kesihatan sebelum ini, rasa bertuah sangat tengok dirinya sekarang.

Dalam satu perkongsian Safiuddin baru-baru ini, gelagat Ainul yang duduk bersilang kaki bersama atoknya menarik perhatian ramai.

Atok dah pencen ni, memang kena timang dengan atok je lah lepas ni. Duduk pun bukan main tu, siap bersilang kaki. Ewahh ewahh

Kredit: Nurul Erwani & Ahmad Safiuddin

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
Wan Amy