Masalah GDM atau kencing manis bukanlah satu masalah yang boleh dipandang ringan dan dibiarkan tanpa sebarang rawatan. Ini kerana terdapat beberapa risiko pada kesihatan yang mungkin boleh berlaku kepada ibu hamil. Jadi jangan leka dan buat tak kisah.
Antaranya seperti pendarahan, pitam, risiko melahirkan anda bersaiz besar juga tidak ketinggalan risiko bayi terdedah kepada jaundis serta banyak lagi. Semua ini amat berbahaya untuk ibu dan bayi.
Petua Hilangkan Kencing Manis Semasa Mengandung
Ada beberapa langkah yang boleh ibu lakukan untuk menangani kencing manis semasa mengandung. Antaranya adalah:
1. Ubah diet pengambilan makanan seharian
Diet yang penuh nutrisi adalah salah satu cara terbaik untuk mengawal gula darah. Wanita hamil perlu mengehadkan makanan yang mempunyai kadar gula dan karbohidrat yang tinggi.
Ibu perlu makan pelbagai jenis makanan seperti kanji, zat besi, vitamin, dan makanan rendah lemak. Makan tiga hidangan kecil dan satu hingga tiga makanan ringan setiap hari.
Wanita yang mengandung juga harus makan banyak makanan kaya serat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin, beras bijirin penuh, roti.
Di bawah adalah beberapa tip memilih makanan baik yang boleh anda ikuti:
Ads
Makanan bijirin penuh seperti roti gandum penuh
Pilih makanan rendah GI, Indeks Glisemik- adalah bagaimana mengukur makanan yang mengandungi karbohidrat meningkatkan glukosa darah, seperti pasta yang diperbuat daripada tepung gandum, epal, oren, kekacang, jagung manis dan bubur.
Henti minum minuman manis
Pilih makanan yang dipanggang, bukannya digoreng
Amalkan makanan berserat seperti perbanyakkan pengambilan sayuran berdaun hijau dan buah-buahan
2. Makan secara tetap
Ibu perlu memastikan mempunyai jadual pemakanan secara tetap dan elakkan daripada melangkau sebarang waktu hidangan makanan walau sesibuk mana anda dalam melaksanakan pekerjaan harian anda.
Maka petua hilangkan kencing manis ketika mengandung yang harus diamalkan adalah untuk makan 3 kali hidangan makanan yang bersaiz kecil atau sederhana.
Jangan mengambil sesuatu hidangan makanan dalam kuantiti yang besar dan banyak. Jika perlu, anda juga boleh untuk menambah waktu pengambilan snek dalam pemakanan harian anda.
Sarapan pagi antara jam 6.30 pagi hingga 8.00 pagi
Makan tengah hari antara jam 12 tengah hari hingga 1.30 petang
Makan malam antara jam 6.30 petang hingga 7.00 malam
Waktu untuk snek:
Minum pagi antara jam 10.30 pagi hingga 11.00 pagi
Minum petang antara jam 4.00 petang hingga 4.30 petang
Minum malam antara jam 10.00 malam hingga 10.30 malam
Ads
Cuba makan pada masa yang sama setiap hari dan pada jumlah yang sama setiap kali. Ini dapat membantu tahap gula dalam darah anda kekal stabil.
Elakkan semua jenis gula, minuman berkarbonat, kordial, sirap, jem, kaya,kuih manis, aiskrim, susu pekat manis, yogurt manis, buah dalam tin, jeli dan lain-lain.
3. Lakukan aktiviti fizikal untuk elak kencing manis
Senaman pastinya merupakan satu aktiviti fizikal yang dapat membantu menurunkan tahap gula dalam darah dengan berfungsi mengangkut gula ke sel untuk digunakan sebagai sumber tenaga.
Bersenam juga dapat meningkatkan kepekaan terhadap insulin, yang bermakna badan tidak memerlukan insulin untuk membantu membawa gula ke sel-sel badan. Lakukan aktiviti fizikal ini secara tetap dan teratur selama 15 sehingga 30 minit setiap hari.
4. Pantau tahap gula dalam darah
Periksa dan pantau paras gula dalam darah agar dalam keadaan terkawal. Anda perlu menguji tahap gula dalam darah anda secara teratur, sebelum makan dan antara 1 atau 2 jam selepas pengambilan sebarang hidangan makanan utama.
Ads
Terdapat juga sesetengah individu wanita hamil memerlukan rawatan insulin. Insulin adalah hormon yang digunakan untuk merawat diabetes dengan mengawal gula dalam darah.
Jika diet dan senaman tidak cukup untuk mengimbangi gula dalam darah, wanita hamil akan disuntik dengan insulin supaya jumlah glukosa dalam darah kembali ke tahap yang selamat.
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
Ibu kepada tiga orang cahaya mata, Anggrek, 5, Assan, 4, dan Anggun, 3, tidak pernah berkongsi mengenai kehamilan keempatnya itu di media sosial.
Penyanyi lagu Pujaan Hati Kanda ini terkenal aktif menguruskan tiga orang anaknya selain sibuk mengendalikan perniagaan produk kecantikan serta sambal yang diusahakannya.
Pemilik nama sebenar Siti Adira Suhaimi, 31, ini tidak pernah menjadikan kehamilan sebagai alasan untuknya sentiasa aktif dan bertenaga.
Peminat Pun Teruja & Terkejut
Menjengah ke ruangan komen, ramai pengikut Adira tumpang teruja melihat penyanyi berkulit putih gebu ini mengandung lagi.
Adira juga kelihatan membalas dengan emoji gembira pada beberapa komen pengikutnya yang terkejut dia hamil lagi.
Berdasarkan pada saiz perut Adira dijangkakan kandungan beliau sudah masuk ke trimester ketiga (7 hingga 9 bulan kehamilan).
Apa pun semoga Adira dan bayi dalam kandungan sentiasa dalam keadaan sihat dan dipermudah proses kelahirannya kelak.
Untuk rekod Adira mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red sebagai isteri kedua pada 3 Disember 2015.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents atau channel Telegram Pa&Ma https://t.me/majalahpama sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Proses kehamilan memang sesuatu yang indah namun tak semudah yang di sangka. Begitulah perkongsian daripada pemilik jenama pakaian muslimah terkenal, Leeyana Rahman atau mesra dipanggil Yana Lee.
Usahawan terkenal ini berkongsi cabaran kehamilan dan dalam masa yang sama terpaksa melaksanakan tugas dalam menjalankan perniagaanya walaupun sedang hamil.
“Kesian isteri, mengandung bawak perut kehulu kehilir cari rezeki, berperang dengan morning sickness, tambah pulak sakit sakit tulang belakang, nikmat tidur ditarik and bergelut dengan emosi yang tak menentu.
Yana kini hamil anak kedua menitipkan pesanan kepada lelaki yang bakal bergelar bapa tidak lama lagi agar lebih menghargai pengorbanan isteri.
“So hargai lah isteri anda”
Dia juga turut berkongsi pengalaman mengalami ‘morning sickness’ selama hampir 2 bulan dan terpaksa berehat di rumah sahaja.
“Alhamdulillah, 2 bulan terperuk di rumah. Akhirnya boleh hirup udara luar”
Rata-rata warga maya bersetuju dengan pendapat Yana dan memberikan nasihat buat semua agar lebih menghargai pengorbanan isteri dan ibu.
syahiraisyah22 Itu la pergorbanan seorang ibu pahala besar . Sayangi la isteri2 anda 😢
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tak perlu senaman yang berat, cukup hanya senaman ringkas setiap hari untuk mengekalkan tenaga ibu hamil sepanjang kehamilan. Paling penting, kecergasan tubuh ini juga buat ibu lebih bersedia untuk proses kelahiran kelak.
Rupanya bukan hanya ibu turut menerima manfaatnya, bahkan bayi dalam kandungan juga turut sama menerima tempias kebaikan dari ibu bersenam.
Menurut perkongsian dari Public Health Malaysia, ibu hamil yang menjaga rutinnya dengan senaman dapat merendahkan risiko masalah paru-paru pada anaknya kelak. Hebat kan?
Satu lagi sebab mengapa anda perlu aktif walaupun anda sedang hamil. Baru-baru ini, para penyelidik telah menemui bukti bahawa senaman semasa hamil adalah baik bukan sahaja untuk ibu tetapi juga untuk bayi yang dikandung.
Dalam penyelidikan yang dibentangkan di Kongres Antarabangsa Persatuan Pernafasan Eropah ‘pada hari ini Ahad, Dr Hrefna Katrin Gudmundsdottir mengatakan bahawa kajian kepada 814 bayi, untuk pertama kalinya, menunjukkan perkaitan antara fungsi paru-paru bayi yang dilahirkan oleh ibu yang tidak aktif secara fizikal berbanding dengan yang dilahirkan oleh ibu yang aktif.
Dr Gudmundsdottir, seorang pakar pediatrik dan pelajar PhD di University of Oslo, Norway, mengatakan:
“Kajian terdahulu menunjukkan individu dengan fungsi paru-paru rendah pada masa bayi mempunyai risiko asma, penyakit paru-paru obstruktif lain, dan fungsi paru-paru yang lebih rendah di kemudian hari.
“Dalam kajian kami, kami mendapati bahawa bayi yang dilahirkan oleh ibu yang tidak aktif lebih cenderung untuk berada di dalam kumpulan fungsi paru-paru yang tidak baik berbanding dengan bayi yang dilahirkan oleh ibu yang aktif.”
Ibu aktif kurangkan risiko pada bayi:
* Bayi kurang risiko paru-paru yang teruk.
* Kurang risiko masalah pernafasan.
* Kurang risiko asma.
“Kami melihat pentingnya memberi nasihat kepada wanita hamil mengenai aktiviti fizikal.
Walaubagaimanapun, kajian masih lagi perlu dilakukan dengan lebih mendalam di tambah dengan faktor-faktor lain bagi merungkai perkaitan ini dengan lebih baik.
Selain minum susu dan makanan yang sihat, jangan lupa untuk bersenam untuk kekal aktif sepanjang hamil.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.